Monday, November 28, 2011

Nasi Ambang ade kt Kuantan tak?



Nasi Ambang...

Aduhai...tiba-tiba terasa nak makan nasi ambang..nasi paling sedap pernah aku rasa sampai bila-bila..huhu..memang feveret aku ni dari dulu..

walaupun aku bukan orang jawa, tapi aku sangat suka nasi ambang ni..huhu..makanan kan universal tak kira apa bangsa dan keturunan, sebat aje kalau sedap..

nasi ambang ni makanan orang jawa..biasa dihidangkan dalam dulang..makan beramai-ramai..dialas dengan daun pisang sebab nanti boleh bungkus..nasi ambang sekarang banyak dijual macam nasi lemak..jadi kalau korg pergi kedai dan tanya

"makcik, nasi ambang sedulang"

rasanya korang bawak balik dulang jela..nasi ambang orang sebut nasi ambeng jugak..biasanya lauknya ayam kicap atau kari, serunding kelapa, sayur, mi, ikan masin..lain dari pada tu, bukan..aku rasa nasi ni mantap sebab:-

1) semua rasa ade, manis, masin,manis,masin,masin,manis,masin...banyakkan?
2) daun pisang dia best, walaupun tak boleh makan, tp buat nasi n lauk wangi.korg tryla mkn daun pisang sekali.mane tahu best.
3) susah nak cari! so, bila dapat cari, memang sgt puas hati..
4) buat aku 'burrpp!"

ok tu je...yang lain2 mengarut..

biasa aku balik kampung,kalau ayah jumpa nasi ambang, mesti dia belikan..nanti kt rumah aku guling2 mcm bola sebab excited..

P/S:kene balik kampunglah nampaknya..kalau nak cari kt Kuantan ni,
memang harapan lah nak jumpa..


Tuesday, November 22, 2011

Pengembaraan 20.11.2011 (^_^)





Sabtu 19.11.2011

9.30 malam: Mulakan perjalanan ke UIA Gombak
11.30 malam: berhenti makan jap kat RNR Temerloh



Mi kari-bolehla..:p

AHAD (20.11.2011)

12.30:
Sampai UIA Gombak. nak makan kat cafe Mahallah Ali. tp,tutup pulak. kami pon cari tempat nak tido. gambar yang sempat snap masa sampai.

Library

Kami rehat sebentar kat Masjid

2.30 pagi:
dengan hati yang berdegup-degup, kami mulakan perjalanan ke bukit Broga. kami gerak awal sebab kami perlu isi minyak dulu.

3.30pagi:
bas UIA baru bertolak dari UIA.


Kami minum-minum sikit

4.30pagi:
kami dah sampai bukit Broga.tapi tempatnya sangat pelik..kami tiba-tiba masuk dalam satu kawasan kelapa sawit yg banyak anjing liar. sampai satu ketika, anjing penuh disekeliling kereta. dalam masa yang sama, bus UIA dah sampai. tapi kami tak tahu kami kat mana. kami decide untuk patah balik.


GPS yg kami guna ni tunjuk puncak bukit broga! patot sesat

4.40 pagi:
kami selamat sampai. hati makin berdegup. mata aku terpandang seseorang. aku rasa aku kenal dia! aku harap dia baik-baik je. risau..:(

4.50 pagi:

Dengan serba kekurangan, aku, wan dan nasir memulakan pendakian. Jalan sangat licin. Bape kali aku tergolek.bila tengok orang lain yang lengkap dengan kasut pon struggle untuk naik aku rasa agak down. Aku dah fikir yang aku takkan dapat naik.


Selipar ni buat aku bertambah sukar nak jalan.licin!


Mulanya kami dibelakang sekali. Dibelakang Taylor College. Tapi kami bergerak laju sedikit untuk kejar kumpulan dari UIA..dalam 10 minit.akhirnya kami berjaya berada dibelakang kumpulan UIA.Aku memang hampir give up. Bukan sebab penat tetapi keadaan jalan yang memang licin.sakit tangan berpaut pada batu, pokok. Tapi, aku kuatkan jugak semangat. Aku terpaksa berkaki ayam.hehe.macam pergi sawah! Masalah kedua ialah gelap. Aku memang tak nampak apa-apa. Paling mencabar bila hendak sampai puncak pertama. Curam bukit tu 80◦. Licin dan curam. Memang sangat menguji fikikal dan mental..hehe..ada satu ketika, aku mengelongsor kebawah, aku panik sangat, sebab curam. Dalam masa aku bergolek-golek tu, aku sempat berpaut pada batu. Tak tahulah apa jadi kalau aku terus bergolek-golek kebawah.huhu..tipsnya, bila naik jangan tengok bawah sebab terasa kita tergantung kat tingkat 20! Huhu..


Dalam perjalanan



6.15 pagi

Kami selamat sampai dipuncak yang pertama. Aku sempat berkenalan dengan beberapa orang brother UIA Gombak. Hampir kesemua orang yang berbual dengan aku terkejut bila aku kata aku dari Kuantan.hehe.semangat datang jauh-jauh, penat-penat sebab ade misi besar..heee…kami pon teruskan perjalanan ke puncak kedua. Dari perbualan dengan bro tadi, puncak kedua lebih besar untuk solat.

6.20 pagi

Aku pun sampai.aku tengok dah ramai orang kat puncak.aku sangat malu. Sebab aku paling comot.hehe.bila sampai, ade budak nakal suluh kaki aku…hehe..bila nafas dah stabil, kami pon cari tempat untuk solat subuh.rasa syahdu solat diatas tu. suasananya yang tenang walaupun bising dengan suara orang. rasa rendah diri bila sujud kat tanah, asal usul aku dan tempat yang bakal aku kembali nanti. selesai solat, aku merenung segalanya yang ada kt pucak tu.sangat nyaman, damai.tak dapat digambarkan dengan apa-apa. bersama dengan seseorang yang penting dalam hidup aku membuatkan aku terleka sebentar menikmati semua ini.terlalu indah.aku ada gmbar.tapi kualitinya kurang dan tak sama dengan apa yang aku alami kat atas tu.


6.30pg-8.00pagi

hari mula cerah. suasana nyaman masih terasa. bahagia aku bertambah..:)



syabas kumpulan UIA. sedang orang lain ketawa-ketawa. bergelak-gelak sakan, tapi kamu semua amek kesempatan untuk membaca al-mathurat.dakwah secara halus...:)


hari mula terang. harimau mula mencari rusa (merepek). rusa menyorok dicelah lalang. harimau pun takut..akhirnya harimau ambill gambar je..:)











9.00 pg
kami mula turun. perjalanan turun lebih mencabar. jalan sangat licin. aku pilih untuk mengelongsor. tengah syok mengelongsor, secara tidak sengaja aku tergelongsor kearah satu ketul batu yang agak tajam. hasilnya,satu lubang dalam terbentuk di tapak kaki aku..hee..disebabkan luka tu, aku bergerak semakin perlahan. sakit kerana tanah dan pasir akan masuk dalam luka tu dan akan menambahkan lagi kesan koyak luka tu.tapi, aku terpaksa push juga untuk turun


macam balik bendang
10.45 pg
mandi di UIA Gombak

12.30 pg
Jumpa akak senior yang dah Grad..

1.30 tengahari
mulakan perjalanan ke majlis pertunangan Akram-Nadia di Rawang

2.45 ptg
sampai disana


Ambik berkat...:p


ramai kan? meriah...hehe

Meriah majlis mereka. terasa hepi sangat. semoga mereka dapat tempuh alam pertunangan ni dengan baik sebelum menginjak ke alam perkahwinan pulak..:)

6.30 petang
sampai di UIA Gombak

8.00 Mlm
aku dijemput untuk menghadiri Meggi Party Munira n kawan-kawan dia. mulanya, agak segan. tapi fikir-fikir, inilah masa nak kenal kawan2 dia kan. aku pon join. Alhamdulillah, boleh sesuaikan diri. mereka memang sangat rapat. nampak ukhuwah antara mereka. harap dapat kekal sampai bila-bila.


Paling bahagia kat sini..:)

ISNIN (21.11.2011)

12.30 malam
kami bertolak ke Kuantan

5.00 pagi
sampai di kuantan

**kenangan yang sangat sukar dilupakan. Alhamdulillah, segalanya seperti sudah dipermudahkan. harapnya ini adalah petanda yang baik. Insyallah**


P/S: Terima kasih Cik Munira bawak jalan-jalan UIA. sangat enjoy..hehe..UIA Gombak cantiik!


Wednesday, November 16, 2011

Exam yang :(



Aku ade exam hari ni. tapi exam hari ni sangatlah mencabar..sudahlah subject Medical Biotech ni memang menjadi nightmare oleh mane-mane student biotech, dah tu formatnya diubah-ubah secara mengejut..

bila lecturer aku masuk tanpa bawak ape-ape kertas soalan. kami semua dah terpinga-pinga. jadi exam ke tak?? bila dia agihkan OMR Sheet, so, exam ade lah..tapi kertas soalannya mane?

then, lecturer aku pon bagi 1 pengumuman yang aku rasa sangat susah aku nak terima. soalan kat slide!.alasannya, soalan tu banyak, dia perlu print 27 kertas seorang. dia nak jaga alam sekitar. jadi dia buat cara ni.



soalan tak berapa nampak, jauh, laju..:(


sangatlah sukar pada aku cara ni. subject ni lebih kepada hafalan. jadi perlukan masa untuk recall. tapi kami diberi 1 min sahaja untuk 1 soalan. slide tu akan bergerak secara automatik setiap 1 minit. kami perlu jawap terus. sebanyak 70 soalan yang pada aku sangat mencabar..menambah kepiluan, exam ni, formatnya adalah minus marking. bila u salah jawap u kene tolak markah. jadi, kene decide betul-betul nak jawap ke tak. sebab tak boleh nak ulang..soalan essay pon memang mencabar..senang cerita susah..:(

kami sangat tension hari ni, lepas je exam kami pergi makan ramai-ramai...




takpelah yang lepas tu biarlah lepas kan...nak fokus paper seterusnya..esok!



note tebal2 ni kene habiskan malam ni..:(


P/S: Semoga ALLAH permudahkan segalanya, amin....


Tuesday, November 15, 2011

Jangan marah bila orang tegur!


kita selalu rasa kita tak da salah.perfect.semua orang selesa dengan kita.
bila ditegur, kita melenting. tak boleh terima, masam muka macam shrek
kita manusia penuh dengan kekurangan, itu fakta!

pernah terfikir tak orang yang tegur tu orang yang caring gile kat kita?
dulu masa kecik2 mak ayah, atok nenek, wan aki tegur-tegur kita,
kita ikut je. mungkin takut kene lempang
tp diorang tegur tu sebab nak kita jadi perfect
err...i mean untuk hampir perfect

aku ingat lagi satu peristiwa semasa aku kat sekolah menengah,
ketika dalam tingkatan satu,
masa tu kat surau sekolah aku,
waktu kejadian tak silap solat asar dan lepas je aku solat,
datang seorang hamba allah duduk sebelah aku
dia tegur kedudukan kaki aku masa solat.
aku tak boleh terima. siapa dia nak tegur aku?
aku betol-betol bengang sebab dia tegur sampai orang kat seblah aku pon dengar.
malu..aku..dia xperlu buat macamtu
tahu aku respond macamana?
aku cakap, "ok" dan terus keluar.tanpa ucap terima kasih pon

bila aku dah besar sikit, aku fikir...
betapa baiknya hati dia..
dia perhatikan solat aku..
bila dia lihat ada salah, dia amek risiko untuk tegur aku
dia nak aku perfect melakukan solat,
kenapa aku nak marah, sedangkan dia nak tolong aku!

jadi, bila orang tegur kita, terimalah..
kita kadang-kadang tak nampak..
even belakang rambut kita pon kita tak boleh nampak..
even pakai cermin pon dah di songsangkan kedudukan kiri dan kanan
kita perlukan orang-orang prihatin ni untuk bagi kita nampak.
paling penting nak bagi kita jadi perfect!

"Siapa diantara kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lisannya dan jika tidak mampu dengan hatinya. Dan yang demikian itu selemah-lemahnya iman” (HR Muslim)


P/S: ada jugak orang tegur dengan cara merajuk..kan tuan Ellie? hehe