Tuesday, December 31, 2013

Sebab-sebab berenang itu baik untuk anda






1) Berenang lebih selamat berbanding sukan lain

 tapi kene pandai berenang dulu la. kalau tak, tak jadi boh..berenang ni paling kurang impak gravitinyanya. dari pembacaan ak dulu, sekali impak masa jogging, impak yang lutut terpaksa endure adalah hampir dua kali ganda dengan berat kalian.kalau berat korg 70kg, skali berlari tu kire-kira 140kg bebanan la.bygkan kalau 140kg. tak kokak lutut? nk pakai lame tu boh..air tu dapat tampung berat korg, so otot korg kurang bebanan dan digunakan just untuk bergerak.tekanan yang kerap di tendon sperti lutut akan menyebabkan arthritis.

2) Berenang boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovascular

Berenang boleh meningkatkan sistem pernafasan korg. ade kajian membuktikan latihan selama 12 minggu dapat meningkatkan kualiti penggunaa oksigen sebanyak 10% dan jumlah darah yang dipam bagi setiap denyutan meningkat sebanyak 18%. semasa berenang, perlu ada teknik pernafasan yang betul dan melalui teknik itulah sebenarnya dapat meningkatkan kualiti stamina kite.

3)  Membina otot

Terdapat kajian ke atas lelaki yang menamatkan program renang lapan minggu, terdapat peningkatan 23.8% pada otot triceps (belakang lengan).tapi otot yang naik ni lebih menyeluruh berbanding main gym. dan gym tu of cos la lebih besar ototnya. kalau berenang ni smua otot akan naik dengan sekata sebab semua part otot digunakan. tone otot org berenang pon agak catik.tak melebih2.ahak..

4) sukan alternative ketika kecederaan


terapi yang baik untuk pemulihan dari kecederaan adalah berenang. ini kerana rintangan dari air  membolehkan otot bekerja kuat tanpa memberi impact yang besar seperti didarat. sebab tu kalau korg tahu, ade sesi physiotherapi buat dalam kolam kecik...

5) aktiviti yang baik untuk keluarga

yang ni mungkin bergantung pada keluarga la.cuma secara lumrahnya org suke main air. ade yang xsuke. tp cube try, main air dgn family dgn main sukan lain dgn family. main air, swimming lagi best kan? ok..ak kot rasa gitu.huhu

6) banyak membakar kalori

banyak kalori dibakar semasa berenang. sbb kebanyak badan bergerak semasa berenang. ade kajian mngatakan kalori berenang ni 89% sama banyak dari berjogging dan 97% same dari berbasikal. so, lebih kurang je kan...cuma kurang faktor graviti.hukhuk

P/s: nak rasa, tryla sendiri..

Monday, December 30, 2013

Jenis darah (perwatakan & pemakanan)


 Darah yang mengalir di badan setiap manusia cuma terdiri  daripada darah O, A, B dan AB..selain tu alien la kot. yang menjadi persoalan, adakah jenis darah yang berbeza tu boleh mengstrukturkan identiti peribadi seseorg? naahh....salah satu kajian yang dibuat oleh saintis Jepun telah merumuskan ..yaa...jenis darah memberi impak juga kepada peribadi seseorg. kat bawah ni ak cerita sikit, peribadi org mengikut darah korg dan nutrisi ape yang terbaik utk uoll..cekedaut...


DARAH O

Character
 org yg berdarah O ni org yang setia, sabar dan yakin dgn kebolehan diri sendiri. pastu diorg ni sering bersifat ingin menjadi ketua especeli masa kerja berkumpulan. pastu kalau dia nak buat ape je, dia mesti nak capai matlamat tu dengan cara apa sekalipun. tp, org darah O ni cemburu skit..wahaha.
.pastu korg mmg serius dalam persaingan sampaikan korg boleh tertekan. so, korg kene bijak utk kawal emosi diri supaya tak dikuasai dengan tekanan.

Makanan terbaik
Brokoli,ubi,lobak cina,blueberry, cerry, jambu biji, kacang merah,semua jenis bawang, rumput laut, kailan, kunyit, dan daging lombu.

Contoh orang ternama yang berdarah O
Ratu Elizabeth II, John Lennon, Elvis Presley, Liam & Noel Gallagher, Paul Newman.

DARAH A

Peribadi
 org darah A ni sukakan keamanan dan keharmonian. so, ade can nk interview jadi superman. diorg suka buat keje berkumpulan. semua nak sesama.semua nak berteman.haa...g makan, shopping, harap g jemaah lerr kat masjid tu kan..pastu aktif dgn persatuan.bijak bergaul dgn org sekeliling dan org pon best je bekerja dgn korg. pastu korg ni ni penyayang sebab korg sabar dan bertimbang rasa. cuma sensitip skit. cuma kelemahan korg ni degil dan bekerja terlalu kuat sampai tolak tepi masa untuk rehat. kerja-kerja jugak, tapi kesihatan kene jage beb!

Makanan terbaik
sardin, tauhu, susu, kacang buncis, kacang tanah, blueberry, pisang, mangga, jus nanas, tempe, siput babi, brokoli, bayam

Contoh orang ternama yang berdarah A
Adolf Hitler, George Bush Senior, Soseki Natsume, Ringo Starr, Britney Spears.
DARAH B

Peribadi
Korang memang sempoi. korg org yang suka bersederhana. untung org yang kawin dengan korg ni.huhu.redha je..haa..dalam perhubungan, korg ni sangat jujur dan bersifat terus terang. korg ni kreatif dan fleksibel sbb korg suka selesaikan kerja dan tugasan korg dengan cara korg sendiri. korg bijak bersosial n dpt sesuaikan diri dekat semua keadaan. kelemahan korg, korg terlalu berdikari, sampaikan jadi masalah besar. korg perlu fikir, ape masalah mmg ada masa korg boleh settle sorg. tapi ade masa korg kene share dengan org yang korg percaya. korg manusia biasa. perlukan bantuan. nanti kalau korg stuck, kan dah lagi stress..jangan malu untuk minta bantuan!

Makanan terbaik
Susu lombu segar,bubur yang terbuat dari gandum, keju, kuih yang terbuat dari beras, Jenis makanan ubi-ubian, roti essene.
 
Contoh orang ternama yang berdarah B
Akira Kurosawa, Paul McCartney, Mia Farrow, Leonardo Di Caprio, Jack Nicholson. 
 
 
DARAH AB

Peribadi
org yang tenang. rileks, cool je..pandai kawal emosi dan berat badan. korg sentiasa menghormati org lain, so kwn, jiran, family,haiwan peliharaan korg mmg selesa nak berkawan dengan korg. korg ade sifat humor semulajadi, ceria dan sikap menghiburkan. tak de korg cam sunyi je.wahaha..kelemahan korg, korg ssh nk buat keputusan. kene tanya org utk buat keputusan untuk korg. so, korg cube try buat keputusan pasni k..mesti org darah AB slalu tanya nak makan kat mane selalu kan..agaknye laa..
Makanan terbaik
Susu kambing, putih telur, ikan sardine, ikan tuna, keju, buah anggur merah, teh hijau.

Contoh orang ternama yang berdarah AB
Jackie Chan, Marilyn Monroe, John F Kennedy, Mick Jagger, Alain Prost.


P/S: kalau darah muda ni panas baran...yeke..