Tuesday, April 6, 2010

Ada Apa dengan Cinta?

Ada ramai org berpendapat..zaman belajar di Universiti ni adalah masa yang sesuai nak cari jodoh..kenapa ek? yelah..nanti dah keje, dah busy..x de masa nak fikir semua tu..betul ke? entahlaa

Ada jugak org berfikiran, bile bercinta masa belajar ni wat kite lagi bersemangat..semangat nak belajar..semangat nak datang kelas..ibaratnye enzim sebagai pemangkin sesuatu tindakbalas..merendahkan tenaga pengaktifan..btol ke? entahlah..

Tapi. betol ke? ape tujuannya kite belajar di Menara gading ni sedangkan matlamat kita sudah berbeza..'menyelam sambil minum air'..antara pepatah yang selalu ak dpt bile tanye kawan..hem..setiap individu akan menakrifkan tindakan dia mengikut kefahaman mereka sendiri..meraka ade alasan mereka sendiri seperti di atas..

Layakkah kite bercinta?? persoalan yang kite perlu selongkar dalam sanubari kita sendiri..LAYAKKAH KITA?? sedangkan cinta pada Tuhan pun masih lagi goyah..apatah lagi cinta pada rasul..kitab2nya...adakah layak kita bercinta selainnya sedangkan cinta pada benda2 asas itu masih belum terjaga...

Cinta itu pasti hadir pada sesiapa pun..

pasti...

percayalah kita pada janjinya.........

Jadi sesiapa yang masih lagi belum menemui cinta yang benar2 sejati...cintailah DIA sehendak2nya..percaya pasti ada hikmah disebaliknya..mungkin apabila kamu menemui cinta  kamu' DIA akan merindui sujud ikhlas dr kamu..merindui Doa tulus kamu..maka..bersyukurlah...jgn tangisi cinta manusia..kita tahu cinta manusia berubah2..tidak sehebat cinta ALLAH......(^_^)

Tulisan ini sebenarnya untuk insan2 yang masih lagi belum menemui cinta mereka..bagi sesiapa yang dah terlibat dgn cinta2 ini......jgn lupa payungi cinta itu dgn cinta-Nya..(^_^)

p/s: KuAtKaNLaH HaTi iNi~~




~LaSt PaPeR~

Tinggal satu je lagi paper ni...xsabar betol rasanye nak cuti...

mmg lembamlah duduk rumah 3 bulan..lepas sudah paper Calculus td..Alhamdulillah segalanya ok walaupun preparation xsmpai 24 jam..tp 'open book' tu btol2 membantu sgt..love it!! haha..mmg belajar masa buat soalan tu..huhu..kan best sgt lau semua paper open book...hu....

paper yang last ni, paper pling rendah sekali Carry Mark yg ak dpt..haaa...mmg sgt menakutkan..entahlah..rasanya xlah susah sgt tp xleh jgk score..huhu..paper lusa...tinggal esk pagi je nak ready2..Ya Allah..kau permudahkanlah segala urusanku...

lepas ni..ak dah jadi 2nd year..diam xdiam cepat sgt masa berlalu..rasanya baru semalam daftar sbg pelajar tahun 1..huhu..umur pun diam xdiam dah 21 tahun..cepatnye masa berlalu..banyak lagi tanggungjawap ak yang masih lg 'hanging2'..harap2 segala benda yang ak alami sekarang mematangkan ak..umur semakin lama semakin bertambah..maka ak kene banyak berubah selaras dgn pertambahan umur itu..hehe..linear growth..banyak benda lagi sebenarnya yang ak perlu ubah..banyak sangat..entahlah..harap2 ak sempat ubah semuanya sebelum ajal menjemput ak..


p/s: maut itu sangat hampir kepada kita..jadi sentiasa ingat kepadanya..kerana sebijak2 manusia adalah org yang mengingati mati...wassalam.....

Friday, April 2, 2010

~Tribute for Abg Din~


Al-Fatihah wat abg Din Beramboi yg menghembuskan nafas terakhir mlm td (12.30pg, 2 april 2010)..bile mendengarkan berita itu mlm td ak seolah2 x percaya..mmg hilang mood nk study mlm td..bkn x redha dgn pemergian dia..ttp sedih..maklumlah selama ni, lau ak btol2 xde mood, ak bukak spontan..tgk lawak2 poyo dia, pastu pg2 dengar lawak dia kt Era, at least wat ak ceria skit..huhu...ak dpt rs sgt pemergian kamu abg Din, mmg 1 Malaysia ni meratap pemergian kamu..ak yg mcm ni, yg minat Abg dr jauh pon terasa sayu bile abg pergi apetah lagi yg selalu disamping Abg..Allah syg kat Abg.abg pergi disaat abg disayangi..insyallah nama abg xkan dilupakan smpai bile2...kami redha dgn pemergian kamu walaupun smpai bila2 kami akan rindu dgn telatah abg..wat keluarga Abg Din, kami ucapkan takziah..kami dpt rasa ape yg kamu rs walaupun sekelumit sahaja..kami akan doakan roh Abg Din di cucuri rahmat..Al-Fatihah

Wednesday, March 31, 2010

~ lepas MCB~

Assalamualaikum...

lepas juga akhirnya, paper MCB..haa...alhamdulillah..nak kate bley score tu xlah smpai ke tahap tu..punya sedap goreng2 atas kertas tadi..campur kicap, garam, gula skit..resultnye?? haaa...yg tu yg kite xtau..hRp2 jd lah gorengan td..herm..balik2 je bilik, ....capai gitar kapok.(x leh bendung dah)...memekak2 skit kat bilik, tambah lagi dgn tenaga2 roomate yg mengimarahkan lagi blik ni wat bilik 1.1 ni xpernah sunyi..haha..memang korg terbaeklah..mesti ak rindu korg semua lepas ni..sebab rasanye xde peluang lagi nak bersama2 mcm skang ni..haha..so, kene hargai lah setiap detik sekarang sementara waktu ade lagi..cewah mcm ajal nk dtg plak..haha...

p/s: blog ni ditulis ditemani dgn bunyi-bunyian gitar yg sungguh mengasyik dan laungan2 maha           dasyat dari kawan2 yg men PES..bygkanlah bertapa happeningye bilik ini..huhu..


peak Hours~~

waktu sy menulis blog ini, jam sudah pon menjangkau 5 pagi...herm..masih banyak lagi persediaan yang masih belum lagi dibuat untuk menempuh "onak" pada jam 9 nanti..bererti sy hanya mempunyai 4 jam sahaja lagi..masyALLAH..bantulah hambamu ini...sy masih lagi tidak bersedia untuk menempuh Final Exam sebentar sahaja lagi..sejak pagi tadi sy masih lagi dgn notes2 yg menjela2 yang xkan tahu bile boleh habis...sejak tadi cube menyumbat9 segala mcm maklumat didalam kepala ni..tp, ibaratnye terlebih subtrat dr pelarut, tepu jua akhirnyaa kepala ini..maka dengan itu, blog ini jua menjadi tempat untuk sy meluangkan semua..huu...haraplah segalanya berjalan lancar exam nanti..harap2lah dapat menjawap dgn tenang, tepat dan ingat kesemua benda yang dibelajar semua ni....huuu..ape2pon..ni lah Biology Life! yeah..kenelah terima seadanya..oraitlah..nak rehat dah..sy ade sejam je nak tido ni..pastu smbung study blik...wish me luck...assalamualaikum......(^_^)

Monday, March 29, 2010

FiNaL~

Assalamualaikaum...
rasany dah lame xupdate blog ni..tibe2 rasa nak meluahkan sesuatu.mungkin inilah tempat atau medium yg sesuai boleh dipergunakan..hehe.la ni, cek tgh Final exam..tapi boleh lg memblog2..memfesbok2..aduhai..kenapalah ye..xde feel kot..mungkin terlalu banyak msalah yg bersarang di benak ini..sejak sebulan lepas..mcm2 dah jadi dlm hidup ni..tp lumrahlah kehidupan..bergeraklah kedepan..jgn keblakang..sebab sgt sakit ble difikirkan..hendak2 lagi lau pngalaman itu sgt menyakitkan..huu.so..lepaskanlah iaaaaaaaaa....dah2..lepas exam ni..sy akan bercuti 3 bulan..waaa..apelah yg nk wat nnt..xsabarnye..orait, studylah En.Hamizan..exam tu esk..k tata...

Friday, December 4, 2009

~REMINDER~

Telah banyak berlaku dan telah ramai yang tahu berkenaan hubungan lelaki dan wanita secara bebas di mana-mana. Bukan sekali dua kita dengar isteri atau suami yang melakukan kecurangan dengan rakan sekerja akibat daripada pergaulan bebas.


“Kami tidak berbuat apa-apa”, itulah slogan utama menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan pernikahan. 


Allah SWT befirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rum: 21)


Dijadikan oleh Allah SWT akan sunnah perkahwinan itu sebagai satu-satunya jalan untuk membolehkan lelaki dan wanita saling bemesra dan berkasih-kasihan serta bersenang hati dan bukan selainnya.


Hal ini jelas di sebutkan oleh Allah SWT : “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra : 32)


Larangan berzina bukanlah hanya pada perbuatannya tetapi termasuk seluruh jalan yang boleh membawa ke arahnya. Namun malangnya syaitan itu menghiasi jalan kejahatan dan mengaburi mata manusia sehingga perhubungan haram itu menjadi senang dan memudahkan serta menyenangkan.


Kita lihat hari ini lelaki dan wanita senang bersenda gurau dan mudah bermesra walau tanpa melalui perkahwinan. Melalui pelbagai cara sehinggalah di tempat kerja, di pusat pengajian, di medan-medan perniagaan, di dalam kehidupan realiti dan juga di alam maya.


Suami orang bersenda gurau dengan isteri orang atau dengan anak gadis tanpa ada rasa malu atau segan sehingga kadang-kadang timbul persoalan iaitu di manakah sifat cemburu mereka ?


Sifat Cemburu adalah Wajib dimiliki oleh orang yang beriman kerana lawan perasaan cemburu yang disebut sebagai (ghirah) ini adalah dayus dan hukumnya ialah haram serta berdosa besar.


Ini berdasarkan sabda nabi SAW yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu ialah apabila seseorang hamba itu melakukan apa yang diharamkan oleh Allah.” (Hadis Muttafaq 'Alaihi)


DI dalam Kitab Tuhfatul Ahwazi ada menyebutkan bahawa cemburu itu adalah bermaksud seorang lelaki itu melindungi isterinya dan ahli keluarganya daripada ditemui dan dilihat oleh lelaki bukan mahram.


Maka hendaklah kita mengembalikan umat Islam kepada penghayatan Islam seperti yang dituntut oleh Allah SWT dan rasulnya serta menjauhi takwilan-takwilan mereka yang jahil dan dibesarkan di dalam suasana rosak sehingga menganggap pergaulan bebas dan kerosakkan akhlak hari ini adalah sebagai lumrah yang biasa.


Ada ramai orang sebegini yang merasa tidak bersalah dan tidak mengapa kaum wanita itu bebas bercampur gaul mesra dengan kaum lelaki. Islam ini agama yang memudahkan dan jangan mempersulitkan lalu hasil kerana kejahilan dan takwilan salah mereka terhadap perkara syarak menyaksikan kerosakkan demi kerosakkan yang dilakukan di atas nama Agama.


Berapa ramai pendakwah yang hanyut di atas nama cinta ? Berapa ramai ahli agama yang tersangkut dengan isteri orang dan suami orang ? Juga jangan dilupa bahawa yang kerap kali menggunakan agama untuk kepentingan mereka ialah juga golongan agama termasuk mereka yang bergelar professional agama.


Namun apa boleh buat, mereka tidak merasa bersalah.


Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah "Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka." (hadis riwayat Bukhari no. 5769
)