Monday, August 2, 2010

need sucrose and amino acid......

Bakteria memerlukan sucrose untuk teruskan kemandirian spesiesnya...kerana sukrosa itu sendiri adalah bekalan tenaga buat bakteria...amino acid juga amat diperlukan kerana ia membantu pertumbuhan sel-sel bakteria...fructosa pula boleh membantu..tetapi tidak sehebat sukrosa.


begitulah hidup ini...keimanan ibaratnya sukrosa dimana ia adalah kekuatan untuk teruskan perjuangan kita..amino acid pula sebagai taqwa kita..diperlukan untuk membina jati diri..


tetapi kenapa kita lebih berminat memilih fructosa??  knapa kita lebih byk rujuk pada sesuatu yg sudah terang tidak banyak membantu kita?


siapakah fructosa itu? haa...itu kene tanye diri sendiri..selain dari Tuhan siapa yg kita rujuk? itulah fructosa kamu...


tak salah pilih fructosa..kalau jawap kuiz microbiology pon betul..tak salah pon..tapi jgnlah jadikan ia rujukan utama bg segala benda...kitekan ade ALLAH...dia adalah sebenar2 pembantu...


hari ini, ak secara peribadi, asyik bermain2 dgn perasaan..entahlah..ape tah dengan ak mlm ni..kalau keadaan ini jdi..mmg tentu kerja syaitan laknatullah..mmg kite disarankan untuk buat solat sunat..so, ak kne stop kejaplah ni...


sungguh ini tak lain adalah bisikan syaitan yg ingin menyesatkan kite...syaitan2...bnyak2 org..ak jugak ko nk kacau..ak bukan ensem pon..alahai..*sambil tepok2 dahi...ak tak akan sekali2 ikut bisikan kau, syaitan.....sudahlah..ak mahu study..bukan kau pon yg jawab nanti,..


p/s: syaitan tidak pernah jemu utk mengoda kita utk men'join' mereka..permainan perasaan kita tu kdg2 dtg dari bisikan syaitan..dan boleh jadi "karin" kita sendiri..maka dindinglah diri kita dgn ayat ini "Au'zubillah himinasyaitonirrojim".......

Sunday, August 1, 2010

MASA+MASALAH=DEWASA

Assalamualaikum...

semoga kita semua terlindung dibawah lembayung rahmatnya.....

rasanya sudah lame tak bukak blog ni...harap2 tak bersawang la..puas pulak nk vakum2 nanti..hari ahad....hem...cepat betol masa berlalu skang..kejap2 dah ptg kejap2 dah mlm..ak pon rasa mcm kecik je lagi (not in term of size)..rasa mcm baru semalam je jd baby.pastu dah sekolah rendah..menengah..skang dah kat U...kejap2 dah kawin...hem..xkan nk kawin dgn kuda kot Mizan..calon pun takde..ha a ler...huhu..tak boleh citer pasal kawin dah sekarang..semua tu masih jauh lagi..masanye akan tibe kan?? kenapa ye ak crita pasal kawin ni..huhu..entahlah...tgk page2 org yg dah kawin..tu yg ter'effect' jiwa raga ni..huhu..dl ade jgk pasang angan2 nk kawin awl..tp skang...nk kawin lambaaaat..haa..mcm2 dugaan sebenarnya..lupekan lah.....

ak dah 5 bulan cube mencari identiti diri yang dah hilang...sebab sejak 3 tahun yg lalu ak dah dibuai mimpi lena yg mengasyikkan dan wat ak terjerut akhirnya!! so..harapannya dptlah ak mnjumpai identiti itu........ak amat perlukannye sekarang......walaupun kesunyian...tetapi ak cube biasakan diri dgn keadaan tersebut........


esok kuiz untuk bioprocess.....masih lagi tak cukup preparation..aduhai note syg..knapalah sy rasa ngantuk nk tengok ekau..smlm tak tahu knp badan penat n letih mcm kene santau..aduhai..


p/s: ak manusia biasa yg punya bnyk kelemahan.jgnlah kau sentiasa mngharapkn diri ini xpernah melakukan kesilapan...............wish you all the best...and hopefully you'll not regret with the way that you instinctively choose..ak relakan kau pergi..(^_^)

@kekuatan bukan diukur dgn kekuatan fizikal semata2..tetapi bangun dari 1 masalah itu adalah kekuatan sebenar@

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban~

Malam ni adalah malam dimana pintu langit dibuka...malam nisfu syaaban...segala amalan akan diangkat ke langit...nabi Muhammad (SAW) sering melakukan solat sunat hingga ke subuh pada mlm nisfu syaaban..jadi marilah kita same2 hidupkan malam ni....T_T

entahkan diterima atau tidak amalan hamba mu ni...terlalu banyak dosa......

YaALLAH......................................................T_T


p/s: jika ini adalah kali terakhir ak bertemu dgn mlm nisfu syaaban....ak harap amalanku mlm ni di terima, YA ALLAH..................T_T

Wednesday, July 21, 2010

Tanggungjawap kite sebagai Anak

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” � (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” � (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.


Copy & paste from: http://al-fikrah.net/News/article/sid=717.html


ps: sgt menginsafkan...kite sebenarnya bukan xde ms...tp terlalu leka dgn keadaan semasa..masyALLAH.....tersentuh dgn artikel ini

Thursday, June 3, 2010

paprik


Assalamualaikum!! huu....hari ni xtau nk buat ape...rsnye nak kongsi resepi yang ak masak hari ni..huuu...pagi td family ak dah bertolak ke Cameron Highland..tinggallah sorg2 ni ha..huhu..mati kutu..bgus jgk..at least xde kutu! hehehe..okeyhh....name resepi kite hari ini..cewah..cam cep wan plak rasanye..name dia Paprik SB..haha..SB utk ape? haa..nme pereka dia..huhu..ok..ini bahan2 nye:-

- ayam/udang/ daging (sukahati.tepok dada tnye slera..hehe)

-cili boh (2 sudu)

-sos tiram  (3 sudu)

-bawang besar (dlm 3 biji)

-garam/gula (sesedap rasa)

-daun limau purut (5-8 helai)

-minyak (sesudu dua)

Inilah antara bahan2 nye tu..........

STEP 1

hiris bawang besar secara bulatan..hahaha..nak paham tengok bawah:-

haa....paham? hee

STEP 2

kite mula tumiskan bawang....sampai dia jadi kuning..atau bau dia dah naik..jgn tunggu dia sampai legam..tu tandanye kite kene repeat step 1..haiyo..tu hanguslah maknenye..huhuk

haa....ni hipokrit je pkai sudu..sbnrnye lpas amek gmbar ni cekup pkai tgn je.huhusampai dia jadi kuning tau..baru truskan step 3

STEP 3

masukkan cili boh...sampai dia merah kehitaman tau..lau xmasak..bley wat kite sakit prut...heeeee

STEP 4

bile agak2 dah garing je sambal tu...masukkan air ..sebab ape? kite nk masaakkan udang..lau xgune udang..air tu skit je..paprik sedap lau kuah pekat......(^_^)

STEP 5

masukkan udang dan ayam......sampai dia masak.....

ayam...

udang

STEP 6

campurkan sos tiram....garam dan gula sesesedap rasa.....

STEP 7

masa ni lah masukkan daun limau purut..tp kat umah xde daun tu..huu..puas cari tadi..xkan nk pakai daun terup pulak..huu..so ak cmpur ngn daun sup je..tp SEBENARNYA daun limau purut tau! huhu

STEP 8

campurkan bawang besar yg kite hiris awal2 tadi

STEP 9

kite rasa......haha...lau xsedap..bley alter ngn sos cili ngn gula n garam..xde masalah..hehe

SIAP!!

ade daun sup..haha..

 P/S: selamt mencuba ye..huhuhu

Thursday, May 27, 2010

Alhamdulillah..(^_^)

alhamdulillah......

dgn lafaz itu...ak mula menulis blog ini..heehe

sekarang ni agak sibuk dgn kerja..xdapat nk update blog..terima kasih atas komen2 semua..dgn kehadiran kamu semua, adelah sedikit kekuatan nak truskan pejalann yg still panjang dan berliku2 ni...trima kasih kalian semua..hee

mula bercahaya dah kembali hidup ni..insyALLAH...segalanya akn pulih sedia kala..(^_^)

Sunday, May 9, 2010

SelaMat Hari IBU


selamat hari IBU.......

ucaplah...walaupun ringkas..lebih baik jika dpt memberi sedikit kucupan dipipi mereka..

walaupun seringkas itu..tetapi ia sebenarnya memberi kesan mendalam kepada mereka..itu menunjukkan penghargaan kamu padanya..walaupun masih tidak cukup jika dibandingkan dengan jasa ibu..tetapi sekurang-kurangnya kita menghargai ibu kita...sekurang-kurangnya reti menghargai ibu kita kerana ada juga 'al-haiwanat' yg masih lg tidak sedar diri...............

hati ini panas..panas sgt bila terpandangkan headline Metro pagi td..'IBU SIAL'..anak yg sudah hilang adab..sudah hidup mewah..lupakan diri..lupakan asal usul..lupakan kesusahan ibu mereka..akibat percaya dengan tok bomoh entah apa2..mereka cop ibu mereka SIAL..jika mereka katakan ibu mereka SIAL..sudah tentunya mereka SIAL juga..bertapa ceteknya agama mereka..percaya ibu mereka sial, mereka dera..caci..halau ibu mereka..rugi..tersangat rugi hidup insan2 tersebut..kerana apa? sebanyak mana amalan mereka..tempat mereka tetap di NERAKA! nauzubillah....kita ditegah nabi utk tidak berkata 'uh' kpd ibu kite..itu sudah dikira berdosa..apetah lagi org2 yg meninju2 emak mereka.menghentak2 kepala ibu kelantai..meninggkan ibu mereka di hentian bas sendirian..ape nak jadi anak2 sekarang..ingatlah..jika terfikir hebat pun diri itu..lahirnya dari siapa..siapa yg bertarung nyawa demi nyawa si anak ..siapa???? tetapi alangkah sedih......jika si anak itu akhirnya menjadi seorg yg BIADAP..

pada zaman Rasulullah...ada seorg sahabat nabi..ketika akhir hayatnya..menghadapi azab sakaratulmaut yg berpanjangan..padahal beliau ketika hidupnya sangat warak..menghormati ibunya,cukup amalannya..ketika itu nabi dipanggil..melihatkan keadaan itu, nabi memanggil ibu kepada sahabatnya itu..nabi bertanya adakah anknya pernah menyakiti hatinya?..ibunya berkata anaknya tidak pernah mninggikan suara padanya..segala kebajikan dijaga rapi.ibunya berkata anknya itu anak yg baik..tetapi setelah sekian lama..sahabat itu masih lagi menahan azab sakaratulmaut..melihatkan keadaan seolah2 tiada penghujung..nabi berkata kepada sahabat2 yg lain supaya mengumpulkan kayu api..utk membakar sahabat itu..sebenarnya nabi hendak mendesak ibu sahabatnya utk bercerita hal yg sebenarnya..setelah mendengarkan arahan nabi itu..akhirnya ibunya merayu tidak mmbakar anaknya itu..ibunya berkata, mmg anaknya tidak pernah ingkar kepadanya.sgt baik..dan taat kepadanya.tetapi ada suatu ketika ketika anaknya itu membelikan selendang utk ibunya dan isterinya, isterinya dpt yg lebih cantik drnya..jadi, ibunya berkecil hati, seolah2 anaknya mnyayangi isterinya lebih darinya...sebaik sahaja ibunya memaafkan kesalahan itu, akhirnya sahabat nabi menghembuskan nafas terakhir..

lihat.....betapa kita perlu menjaga hati ibu2 kita.walaupun sahabat nabi itu cukup amalannya..tetapi, secara tidak sengaja mengecilkan hati ibunya..beliau tersiksa ketika sakaratulmaut...masyALLAH, jika anak2 yg menerajang2 ibu mereka?...ALLAH shj tahu ape azab yg bakal menimpa..tunggulah wahai ANAK-ANAK DERHAKA SEKALIAN...


Dikesempatan ini....nak ucapkan selamat hari ibu kepada mak sy...


Pn.Ros Nani bt Hj Ngah

tanpa mak..siapalah diri ini..tidak merasa kehidupan didunia ini..tidak dpt berdiri setinggi ini..jasamu amatlah besar..terima kasih, atas segalanya...ibu....


p/s: terlalu sygkan mak..tidak tahu mcmana nk bls segala jasa mak..