Saturday, August 21, 2010

Palestine tomorrow will be free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free



I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free


 p/s: love Maher Zain's song....wonderful lyrics..nice song...:""")

Friday, August 20, 2010

lupakan..lupakanlah!!!


cintaku mutlaknya hanya pada penciptaku..
.....dan milik isteriku selamanya....

Wednesday, August 18, 2010

mari kawan-kawan

mari kawan-kawan...kita hidupkan malam....

mari kita rebutkan malam lailatulqadar....bulan yang ibadahnya  sama banyak dengan ibadat selama seribu bulan....(jika kita beribadah..kalau tak, tak dapatlah ye....:) )

mari kawan-kawan....

jangan tunggu lagi...

sementara masih ada...

kerana kita tidak tahu sampai bila nafas kita dipinjamkan...

tidak tahu berapa tahun lagi umur kita yang masih bersisa...

tidak tahu adakah mampu kudrat kita untuk mengerjakan ibadat pada masa akan datang..

oleh kerana banyak lagi benda yang kita 'tidak tahu'...marilah...kejar sementara sempat..

sementara ada 5 perkara ini:-

1) hidup

2) muda 

3) kaya (berkemampuan)

4) lapang (ada masa)

5) sihat

maka marilah kita hidupkan malam.....semoga hidup kita diberkati dibawah lembayungnya....(^_^)


p/s: ini bukan ajak-ajak ayam ye..(^_^)


Monday, August 16, 2010

dugaan~~

Ya ALLAH...

rasanya tidak tertanggung ujian ini....

besar sungguh ku rasakan.........

Ya ALLAH......beri kanlah sedikit belasmu untuk hambamu yang hina ini...ringankanlah kiranya segala dugaanku Ya ALLAH....

kembalikanlah lena ku...aku hampir setiap malam menghadapi kesukaran untuk tidur kerana terlalu terganggu dengan masalah ini..........

Ya ALLAH...ampuni dosaku Ya ALLAH..............

mungkin semua yang datang ini adalah atas dosa-dosa aku yanglepas..ampuni aku Ya ALLAH...

aku sangat kerdil...tidak mampu menahan ujianmu terus-terusan, Ya ALLAH....ringankanlah....ringankanlah ujian ini............



Wednesday, August 11, 2010

Masjid Penuh!!

Assalamualaikum (sebut dengan nada prof.Izi kt Era.fm tu ye)

rasanya ramai buat entry pasal ramadan kan?? almaklumlah..sekarang ni diam tak diam dah tiba dah ramadan yang kita rindui selama ini...alhamdulillah...bersyukur sangat masih diberi nyawa lagi untuk menikmati ramadan kali ini................

esok adalah hari pertama berpuasa..jadi malam ini dah disunatkan untuk membuat solat tarawikh..

kami sebilik pon tak ketinggalan untuk buat solat terawikh...ish2..dosa banyak...T_T

kami solat di Masjid Ampuan Afzan, Kuantan..kami bertolak dalam 15 min awal sebelum isyak..tapi, sampai disanun..memang suasananya amat berbeza sangat cik akak...memang tak tercapai akal kami lah..cewah..huhu

ramai sungguh jemaah-jemaah.....walaupun jalan jauh (sebab parking udah penuh), alhamdulillah dapat tempat juga..tapi satu kelemahan, kipas-kipas yang ade disusun kurang sesuai..jadi haba dalam masjid tadi sangtlah.....panas...

berpeluh jangan cakap...boleh dapat tujuh tempayan kot..hehe..tapi  bila ingat kepanasan Neraka Allah...agak membantu untuk terus sabar dan tabah..hehe..

kami buat 8 rakaat sahaja...huu..iman aku ni masih nipis..masyALLAH..masih tak dapat lagi bertahan untuk teruskan hingga 20 rakaat..

insyallah..akan cube memperbaiki diri..sesampai di hostel, kami start bertadarus untuk dapatkan 1 juzuk...

gembira lihat masjid penuh...tapi..janganlah penuh masa hari pertama je ye..hehe...salam ramadan......(^_^)



p/s: kami sebilik cube khatam Alquran sepanjang bulan ramadan yang mulia ini..doakan agar misi kami ini berjaya...:)


 

Saturday, August 7, 2010

DUKA-duka-SUKA-suke....

assalamualaikum....

mulakan cerita hari 'duka' ini dengan lafaz...selamat malam..huu

semalam adalah hari yang sangat penat...sudah menjadi kebiasaan, pada hari khamis kelas dari 8.30 pagi sehingga 10 malam...

lepas kelas 10 malam, dalam pukul 12,.ak keluar kejap makan..dengan roomates..dalam pukul 2 pagi baru balik...


pagi-pagi lagi dah bangun...dengan harapan nak derma darah...


sarapan kat Pak Lah....


pastu dengan excitednye trus pergi UIA..


amek giliran.....

walaupon agak mengerikan tengok jarum yang besar tu..haih..tp semangat tetap nak teruskan menderma...

ak dapat nombor 36..

dah lame tunggu...tibalah giliran ak..sampai test darah lepas..blood group A..hemoglobin pon cukup..tapi....................................


tibe kat blood pressure station..ak dengar berita yang kurang enak...darah ak tinggi...disebabkan ak tak cukup rehat dan tidur..sekurang-kurang untuk menderma perlu tidur 5 jam..wa...rasa mcm jatuh dari katil...haha..rendah je..tp sure sakit jugak..DR tu kate ak xboleh derma..nanti ak pengsan..

sedihnyeeee......xpelah..ak redha jela..mungkin hari lain dapatlah ak berbakti pada orang yang memerlukan..kene sabar lah dulu buat masa ni....


p/s: esok sabtu...tapi ade kelas..habis musnah weekend ak minggu ni..waa..........sabtu ahad kelas...waa...T_T

Monday, August 2, 2010

kisah menginsafkan

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.

Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.
Aku sedang berhadapan dengan Allah
Syurga di sebelah kananku
Neraka di sebelah kiriku
Malaikat Maut berada di belakangku
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik

Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.