Thursday, January 2, 2014

cara menguruskan masa


kalau nak diikutkan hati ni, mahu saje aku give up. bukan sekali, tetapi banyak kali rasa nak macamtu. cabaran untuk buat master ni bukan calang-calang. jadual mingguan padat. semua berisi dengan kerja. pagi pergi office, lab, jumpa supervisor..petang balik..malam sambung dengan penulisan. buku, journal semua kene habiskan. itu belum lagi campur dengan sampling. tuhan je maha mengetahui betapa keciknya kudrat aku mahu menanggung segala kerja yang ade..erghh..
so...nak settlekan semua mcm serabut dan tak tahu nak buat mane dulu..so, aku buat step2 ni...

1) aku akan catat terus ape je kerja dalam buku catatan. jangan ingat je. memori kuat takpe. tapi manusia kan..just prepare je. tak salah.elak kelupaan..

2) Bila kat rumah, aku akan labelkan prioriti kerja tu. urgent atau tak. bile datelinenye..aku letak dalam list.

3) kat depan meja aku, aku buat notice board. just guna polisterin, tampal. kat situlah ak letak semua list kerja. kat situ juga ak tampal planner. kerja yang aku listkan tadi aku akan masuk dalm planner ikut prioriti kerja. bergantung pada due date. setiap hari aku akan set ape perlu aku settlekan supaya aku sentisa dalam plan.

4) bile settle kerja, aku akan potong la dari list tu. so dari list tu ko akan tahu setakat mane ko ikut jadual ko

dengan step ni aku akan tahu setakat mane aku bergerak. palingpenting kte dapat settlekan kerja. lagi satu. setiap hari aku akan pastikan aku bersukan. sebab lepas sukan, aku akan dapat buat kerja dengan amat pantas sekali. wahaha..so, sape2 yang rasa kerja dia sentiasa bertambah, banyak sangat sampai tak terurus, try cara ni.. gudluck


Tuesday, December 31, 2013

Sebab-sebab berenang itu baik untuk anda






1) Berenang lebih selamat berbanding sukan lain

 tapi kene pandai berenang dulu la. kalau tak, tak jadi boh..berenang ni paling kurang impak gravitinyanya. dari pembacaan ak dulu, sekali impak masa jogging, impak yang lutut terpaksa endure adalah hampir dua kali ganda dengan berat kalian.kalau berat korg 70kg, skali berlari tu kire-kira 140kg bebanan la.bygkan kalau 140kg. tak kokak lutut? nk pakai lame tu boh..air tu dapat tampung berat korg, so otot korg kurang bebanan dan digunakan just untuk bergerak.tekanan yang kerap di tendon sperti lutut akan menyebabkan arthritis.

2) Berenang boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovascular

Berenang boleh meningkatkan sistem pernafasan korg. ade kajian membuktikan latihan selama 12 minggu dapat meningkatkan kualiti penggunaa oksigen sebanyak 10% dan jumlah darah yang dipam bagi setiap denyutan meningkat sebanyak 18%. semasa berenang, perlu ada teknik pernafasan yang betul dan melalui teknik itulah sebenarnya dapat meningkatkan kualiti stamina kite.

3)  Membina otot

Terdapat kajian ke atas lelaki yang menamatkan program renang lapan minggu, terdapat peningkatan 23.8% pada otot triceps (belakang lengan).tapi otot yang naik ni lebih menyeluruh berbanding main gym. dan gym tu of cos la lebih besar ototnya. kalau berenang ni smua otot akan naik dengan sekata sebab semua part otot digunakan. tone otot org berenang pon agak catik.tak melebih2.ahak..

4) sukan alternative ketika kecederaan


terapi yang baik untuk pemulihan dari kecederaan adalah berenang. ini kerana rintangan dari air  membolehkan otot bekerja kuat tanpa memberi impact yang besar seperti didarat. sebab tu kalau korg tahu, ade sesi physiotherapi buat dalam kolam kecik...

5) aktiviti yang baik untuk keluarga

yang ni mungkin bergantung pada keluarga la.cuma secara lumrahnya org suke main air. ade yang xsuke. tp cube try, main air dgn family dgn main sukan lain dgn family. main air, swimming lagi best kan? ok..ak kot rasa gitu.huhu

6) banyak membakar kalori

banyak kalori dibakar semasa berenang. sbb kebanyak badan bergerak semasa berenang. ade kajian mngatakan kalori berenang ni 89% sama banyak dari berjogging dan 97% same dari berbasikal. so, lebih kurang je kan...cuma kurang faktor graviti.hukhuk

P/s: nak rasa, tryla sendiri..

Monday, December 30, 2013

Jenis darah (perwatakan & pemakanan)


 Darah yang mengalir di badan setiap manusia cuma terdiri  daripada darah O, A, B dan AB..selain tu alien la kot. yang menjadi persoalan, adakah jenis darah yang berbeza tu boleh mengstrukturkan identiti peribadi seseorg? naahh....salah satu kajian yang dibuat oleh saintis Jepun telah merumuskan ..yaa...jenis darah memberi impak juga kepada peribadi seseorg. kat bawah ni ak cerita sikit, peribadi org mengikut darah korg dan nutrisi ape yang terbaik utk uoll..cekedaut...


DARAH O

Character
 org yg berdarah O ni org yang setia, sabar dan yakin dgn kebolehan diri sendiri. pastu diorg ni sering bersifat ingin menjadi ketua especeli masa kerja berkumpulan. pastu kalau dia nak buat ape je, dia mesti nak capai matlamat tu dengan cara apa sekalipun. tp, org darah O ni cemburu skit..wahaha.
.pastu korg mmg serius dalam persaingan sampaikan korg boleh tertekan. so, korg kene bijak utk kawal emosi diri supaya tak dikuasai dengan tekanan.

Makanan terbaik
Brokoli,ubi,lobak cina,blueberry, cerry, jambu biji, kacang merah,semua jenis bawang, rumput laut, kailan, kunyit, dan daging lombu.

Contoh orang ternama yang berdarah O
Ratu Elizabeth II, John Lennon, Elvis Presley, Liam & Noel Gallagher, Paul Newman.

DARAH A

Peribadi
 org darah A ni sukakan keamanan dan keharmonian. so, ade can nk interview jadi superman. diorg suka buat keje berkumpulan. semua nak sesama.semua nak berteman.haa...g makan, shopping, harap g jemaah lerr kat masjid tu kan..pastu aktif dgn persatuan.bijak bergaul dgn org sekeliling dan org pon best je bekerja dgn korg. pastu korg ni ni penyayang sebab korg sabar dan bertimbang rasa. cuma sensitip skit. cuma kelemahan korg ni degil dan bekerja terlalu kuat sampai tolak tepi masa untuk rehat. kerja-kerja jugak, tapi kesihatan kene jage beb!

Makanan terbaik
sardin, tauhu, susu, kacang buncis, kacang tanah, blueberry, pisang, mangga, jus nanas, tempe, siput babi, brokoli, bayam

Contoh orang ternama yang berdarah A
Adolf Hitler, George Bush Senior, Soseki Natsume, Ringo Starr, Britney Spears.
DARAH B

Peribadi
Korang memang sempoi. korg org yang suka bersederhana. untung org yang kawin dengan korg ni.huhu.redha je..haa..dalam perhubungan, korg ni sangat jujur dan bersifat terus terang. korg ni kreatif dan fleksibel sbb korg suka selesaikan kerja dan tugasan korg dengan cara korg sendiri. korg bijak bersosial n dpt sesuaikan diri dekat semua keadaan. kelemahan korg, korg terlalu berdikari, sampaikan jadi masalah besar. korg perlu fikir, ape masalah mmg ada masa korg boleh settle sorg. tapi ade masa korg kene share dengan org yang korg percaya. korg manusia biasa. perlukan bantuan. nanti kalau korg stuck, kan dah lagi stress..jangan malu untuk minta bantuan!

Makanan terbaik
Susu lombu segar,bubur yang terbuat dari gandum, keju, kuih yang terbuat dari beras, Jenis makanan ubi-ubian, roti essene.
 
Contoh orang ternama yang berdarah B
Akira Kurosawa, Paul McCartney, Mia Farrow, Leonardo Di Caprio, Jack Nicholson. 
 
 
DARAH AB

Peribadi
org yang tenang. rileks, cool je..pandai kawal emosi dan berat badan. korg sentiasa menghormati org lain, so kwn, jiran, family,haiwan peliharaan korg mmg selesa nak berkawan dengan korg. korg ade sifat humor semulajadi, ceria dan sikap menghiburkan. tak de korg cam sunyi je.wahaha..kelemahan korg, korg ssh nk buat keputusan. kene tanya org utk buat keputusan untuk korg. so, korg cube try buat keputusan pasni k..mesti org darah AB slalu tanya nak makan kat mane selalu kan..agaknye laa..
Makanan terbaik
Susu kambing, putih telur, ikan sardine, ikan tuna, keju, buah anggur merah, teh hijau.

Contoh orang ternama yang berdarah AB
Jackie Chan, Marilyn Monroe, John F Kennedy, Mick Jagger, Alain Prost.


P/S: kalau darah muda ni panas baran...yeke..


 

Tuesday, November 12, 2013

hari yang ditunggu akhirnya tiba


setelah 6 tahun....akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba..akhirnyaa..
UIA Gombak akan menjadi saksi peristiwa hari itu...
semoga berjalan lancar...berdebar jugak..tp excited juga ..bercampur2...

Wednesday, October 2, 2013

Kerinduan.........


sejak hantar mak dan ayah ke mekah, sehingga hari ini hati selalu rindukan mereka. terlalu rindu..selalu kalau teringat boleh terus mesej atau call. boleh dengar suara mereka. kali ni mereka jauh. ini kali pertama ak berjauhan dengan mak ayah. hati jadi sangat sayu bila teringat. ak betul2 rindu mereka...:(

sepanjang perjalanan balik hantar mereka aku mmg terlalu sedih. nak pecah dada tahan air mata. sebab risaukan mereka. mak ayah kurang rehat. jadi ak mmg sgt risau..

bila dapat msg dari ayah yang kata mak pening,kurang cergas..ak jadi sgt risau..setiap hari berdoa harap dikurangkan ujian disana.. Ya Allah....

semoga mak ayah dapat melalui ibadah haji dengan tabah..anakmu sentiasa mendoakan mu..

Sunday, September 8, 2013

pagi ahad di dusun



 Pagi ahad biasanya aktiviti aku tak lain berehat jela kat rumah. yelah, isnin sampai jumaat keje sampai tak ingat. hari ahad ni la aku ambik masa nk basuh2 baju, tilam, cadar, kemas bilik dll. cuma hari ni, kawan aku ajak pergi 'kerja'kan dusun dia. sebad dah xde orang nak makan. ak pon pergilah 5 orang. aku-Huzaimi-sal-Fathiah-Elin. satu kereta. sampai kat rumah ecah, kami pon  follow kereta parent ecah. sampai kat kebun tu, mmg tak tahu nak start mane. besar kot! 6 ekar..aku dah lame tak belasah pulasan. aku pon bedal sampai perut memulas. petik 3, makan 2. puas mkn fresh. huhu. manggis plak lagilah puas aku balun. sampaikan tengahari pon mkn tak lalu dah.huhu. durain pon xleh sumbat. sebelum balik tu ayah ecah sempat bawak jalan2 kampung naik hilux. huhu..hasil mmg terbaik..



terlalu banyak, sampaikan kitorg bagi2 kat jiran2 rumah. byk sgt.huhu.


dua makhluk yg hantu durian

proses mengait manggis

ni teknik utk elak semut api.huahua

P/S: semut api bnyk, habis organ dalaman kne kokak!


Thursday, September 5, 2013

Berdiri di kaki sendiri


aku dari kecik jarang berpisah dengan keluarga. masa duduk asrama dulu bermacam siri melarikan diri ak dah buat. mcm scolfield jugak la dlm prison break tu. ade je idea nak melarikan diri dari asrama. huhu. bebudak bilik ak pon dah biasa dah dgn prangai ak. 

ade sekali, masatu musim sakit mata. ak tgk member2 yg sakit smua dpt balik. ak rs situasi ni boleh diexploitasi. ak pon tetenyeh mata ak smpai merah. pg rumah warden sambil bwk buku outing. warden tgk mata merah terus sain. dpt cuti seminggu.tgkla..mane nk pandai ak dulu2..woha...

habis SPM, ak dah mula merantau tempat org. ak sambung belajar kt UIA PJ mastu ak dah betul2 jauh nk balik. jujur, hari pertama ak kat situ ak nangis.hukhuk. mngkin rasa diri comel lg nak mnagis.KOT. tp lame2 ak rs kuat sbb ade kwn sebilik yang baik. jujur. terubat rindu nak balik. biasalah kalau belajar jauh. masalah msti sama. kewangan. ak bukn keluarga senang. dan bukan sifat ak nk mintak2 kat parent. ak akan cuba sedaya upaya utk survive. dengan duit seribu tu utk 3 bulan. bukan mudah nk berjimat. cara ak survive, ak beli periuk nasi n cooker. walaupon org slalu kne saman. tp nasib ak baik, ak sekali pon xpernah kantoi.hee. ak kongsi duit beli sardin n beras. setiap 2 minggu. ak keluar naik bas beli beras. takut kantoi dgn pakguard. ak pass beras kt member yg dah ready kt pagar. punya susah nk berjimat.huhu.sardin pulak. kami akn pilih paling xde brand pastu paling kecik. sekali masak satu tin kecik rm1.20. ade 3ketul ikan kecik. dpt la kongsi 3 org.mkn dengan kicap.ak mkn benda tu tengahari n mlm selama setahun setengah! still survive

masuk kuantan. sekali lagi ak mengalami krisis kewangan. malah lebih teruk.ak dpt separuh je PTPTN. bila tolak yuran. duit poket tinggal rm400. rm 400 utk 4bln?? mustahil anak nak hidup. mastu, ayah bagi ak rm200 sebulan.tak banyak.tp Alhamdulillah.ak syukur.rs bersalah sbb sshkan mak ayah. duit tu, ak mkn reroti n memaggi..penah sekali. ak tpaksa patah dua meggi. sepatahan utk tengahari. sepatahan utk mlm.jgn mimpi nk jd org lain, tgk wayang, mkn sesedap bagai.ak nak mkn nasi pon rasa susah. bila nak masuk tahun 2, ak dapat offer yayasan melaka. alhamdulillah.sejak tu, ak dptdah mkn nasi. tapi still kene berjimat. ak ade lagi record setiap perbelanjaan ak. ade lagi ak simpan.huhu.

zaman master pulak, macam tu juga. nk kata terlalu heaven tu tak la. cukup2 makan. janji ak tak mnyusahkan mak ayah. ak msih lg boleh berbangga, kwn lain terpaksa byr duit daftar master tu dgn bantuan parent tp ak tak perlu. walaupon hanya rm1130, tp bkn senang nk kumpul ms study. hasil pengumpulan ak buat keje sambilan dedulu, dptlah byr. kepuasan sendiri, byr dgn duit sendiri. skang pon, walaupon ade gaji. tp still berjimat tu perlu. ak nk pesan satu je. kita xde duit, jgn asyik kate xde duit. sabar, insyallah ade jalan. mak ayah ak paling banyak bantu ak survive. ayah senyap2 bg 2-3 ratus kalau ak balik. pd ak sgt sweet, dan kuatkan motivasi ak utk blaja lg kuat. skang ni, walau gaji tak besar, ak cuba nk bg mak n ayah. tp setakat ni diorg tak nk amek..:(

Kerja Sambilan

keje sambilan ni memang jadi hobi ak bila cuti. ak xboleh duduk diam kt rumah. bukan duit tujuan utama. tapi pengalaman, kwn, link dan sebagainya.

1) lepas SPM, ak buat part-time kt tempat tuisyen. walaupon keje xglamour. basuh tandas, kutip yuran, pergi bank. tp kat situ ak belajar psl akaun, komunikasi n mcm2 lg

2) pernah cuti sem CFS yg 3 minggu tu je,ak keje part time 2 minggu sbg promoter perumahan. kat sini blajar utk jd muka tembok.huhu. pakai kemeja pns2 kejar org, bukan senang!

3) Jual roti. pepagi n gegelap, bangun rebus sosej. bancuh sos.buat roti sosej black paper. jual rm1 sebiji. untuk bnyk juga. pastu ak blaja buat sos sndiri. boleh la cari makan

4) ak jadi Life saver kat kolam renang. sebelum ak dpt kerja. ak kene ambik lesen dl. walaupon mcm nk mati, dpt jugalah lesen tu. pastu dapat lesen tu, ak apply jd life guard. tp ak keje tak lame. setahun gitu.sbb bos tak bayar gaji. sampai skang (dah 3 tahun) xdpt lg gaji.

5) private tutor. ni best. ak mngajar budak2. tp ak pergi sendiri rumah diorg. so parent tak risau.lgpon student UIA senang nk mngjar. org kate diorg lebih yakin. yeke?. kat sini aku blaja handle bebudak. 

6) jual kerepek. ni baru peringkat rancangan.walaupon dah buat master. tp nak ade side income skit juga.huhu. sbb produk tu best. ak rs boleh pg jauh. nnt ak bncang dgn tokehkedai nk tumpang kedai dia. wokeh! huhu


P/S: jangan lokek memberi...banyak kamu bg org, byk kamu dapat balik. percaya la..ak dah alami bnyk kali. mungkin xdpt dr segi duit juga. tp mungkin dr segi rezeki, offer dan juga isteri yg baik n solehah. woha!