Tuesday, January 31, 2012

Cuti Sem = Cuti blogging


Aku baru nak update blog ni sejak cuti..sorry ye blog..cian kau berlabah2 sana sini..tuan kamu busy le...

err..busyla sangat....

P/S: sape kata habiskan drama korea tak busy??????????? busy woo..hehe

nanti aku update aku aku buat cuti ni..ngee~

Thursday, January 12, 2012

update dalam bas


aku update ni masa aku dalam perjalanan balik ke Muar...rushing sebab nak jumpa hafiz..harap2 dpt jmpa..dalam pukul 10 kot baru sampai..dapat jumpa kejap je pun xpelah..huhu
kt Kuantan hujan sokmo..aku dapat amek voucer pon..xpelah..aku amek bila naik sem lah...

ok...nak layan cite korea..heee

P/S: layan cite korea dalam bas..nice gak..hehe

Wednesday, January 11, 2012

Buat arwah Adhameruddin


hari ni last aku jawap paper..lagi bape jam je ni
exam kali ni first time aku tanpa kau...
mustahil aku tak teringat kau, mer...
dari start celik mata...
pergi kelas...
balik kelas...
masak kat dapur...
makan same2..semua dengan kau
lebih2 lagi time exam ni...
kita akan cari tempat untuk stay..
kita biasa cari kelas2 terpencil..
main kejar2 ngan pak guard..
sebab nak study sampai pagi..
ingat lagi kita kantoi nak stay up kt CTS Lounge..
hehe..aku tak lupa tu..
skang ni aku still teruskan tradisi kita ni..
tradisi yang kita mula buat masa CFS ag..
cumanya kali ni aku sorang2...
tapi tak pe..aku anggap kau ade teman aku...
mula2 start sem...ak tak tahu aku nak study macamana
kekok tau tak..
tapi Alhamdulillah..aku dah boleh..

kalau kawan2 lain mula lupa kau,mer..
tapi tak bagi aku, mer..
kertas2 yang kau tampal kt bilik kita aku still tak cabut..
aku rindu tulisan2 kau..aku biar je..
kalau aku teringat kau..aku duduk kat meja study kau..
aku rindu gosip2 dengan kau kt meja tu..
dan di meja itulah....
kali terakhir aku berbual dengan kau...:(

kau pergi terlalu awal,mer
tapi sudah suratan perkenalan kita utk sementara
aku pernah buat salah kat kau, mer..
tapi Alhamdulillah..ukhuwah kita lebih kuat sejak haritu..
sampai bila2 aku takkan lupa kau..
kenangan kita kt CFS...

walaupun kau tiada dimata lagi...
tapi kau tetap ade kat hati aku..
aku rasa aku kene stop..dah basah dah..hee
harap kau gembira disana...mer

aku akan berjuang sekejap lagi...
dan aku akan pinjam semangat kau,mer!

~Al-fatihah~

Tuesday, January 10, 2012

Muhasabah- Cermin Refleksi yang sangat penting



Dari Syadad bin Aus r.a, Rasulullah saw berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Muhasabah diri sangat penting bagi kita sebagai manusia yang penuh dengan palitan dosa. Muhasabah kepada diri kita diibaratkan sebagai cerminan yang besar yang mereflekskan segala perbuatan kita seharian.Tedapat beberapa aspek yang perlu kita gariskan semasa bermuhasabah diri:-


Aspek-Aspek Yang perlu difikirkan sebelum tidur

Terdapat beberapa aspek yang perlu dimuhasabahi oleh setiap muslim, agar ia menjadi orang yang pandai dan berjaya.


1.Aspek Ibadah

Pertama kali yang harus ditanya kepada setiap muslim adalah aspek ibadah. Karena ibadah merupakan tujuan utama diciptakannya manusia di muka bumi ini. [QS. Adz-Dzaariyaat (51): 56]


2. Aspek Pekerjaan & Perolehan Rezeki

Aspek kedua ini sering kali dianggap remeh oleh kebanyakan orang. Karena sebagian menganggap bahwa aspek ini adalah urusan duniawi yang tidak memberikan pengaruh pada aspek ukhrawinya. Sementara dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda:

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw. bahwa beliau bersabda, ‘Tidak akan bergerak tapak kaki ibnu Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara; umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, dan ilmunya sejauh mana pengamalannya.’ (HR. Turmudzi)


3.Aspek Kehidupan Sosial Keislaman

aspek ini mencakupi hubungan muamalah, akhlak dan adab dengan sesama manusia. bagaimana perlakuan kita seharian.Hakikatnyanya aspek ini sangat penting, sebagaimana yang digambarkan Rasulullah saw. dalam sebuah hadits:

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda, ‘Tahukah kalian siapakah orang yang miskin itu?’ Sahabat menjawab, ‘Orang yang miskin diantara kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki perhiasan.’ Rasulullah saw. bersabda, ‘Orang yang miskin dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakat, namun ia juga datang dengan membawa (dosa) menuduh, mencela, memakan harta orang lain, memukul (mengintimidasi) orang lain. Maka orang-orang tersebut diberikan pahala kebaikan-kebaikan dirinya. Hingga manakala pahala kebaikannya telah habis, sebelum tertunaikan kewajibannya, diambillah dosa-dosa mereka dan dicampakkan pada dirinya, lalu dia pun dicampakkan ke dalam api neraka. (HR. Muslim)

Maksud hadis diatas, gambaran Rasulullah SAW terhadap orang yang muflis di hari akhirat. Datang ke akhirat dengan membawa pahala amal ibadah yang begitu banyak, namun bersamaan dengan itu, ia juga datang ke akhirat dengan membawa dosa yang terkait dengan interaksinya yang negatif terhadap orang lain; mencaci, mencela, menuduh, memfitnah, memakan harta jirannya, dll. Sehingga pahala kebaikannya habis untuk menutupi keburukannya. Bahkan karena kebaikannya tidak cukup untuk menutupi keburukannya tersebut, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut dicampakkan pada dirinya. Hingga jadilah ia tidak memiliki apa-apa, selain hanya dosa dan dosa, akibat tidak memperhatikan aspek ini.


4. Aspek Dakwah

apakah yang keluar dimulut kita seharian adalah perkara2 yang bermanfaat? atau hanya umpatan? cacian? makian? adakah perkataan kita,perlakuan kita bersandar utk dakwah?? cukuplah kita mengingatkkan teman rapat kita untuk tidak lalai..itu juga dikira dakwah

“Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.

[QS. Yusuf :12]


Jika kita dapat mencari kesalahan kita, buatlah solat taubat..kerana Allah maha pengampun..Subhanallah..tapi esok jgn buat ag!


P/S: sebelum tidur, ambil masa untuk fikir tentang aspek diatas, kerana itu adalah ciri org bijak!



Saturday, January 7, 2012

Orang yang aku paling benci!



Aku pantang dengan golongan ni..tak reda lagi dengan kes yang Jane (kwn blogger) cite semalam..ternampak lagi kes macam ni..aku pantang betul lah laki yang dok pukui2 orang pompuan ni..kalau dah tak tahan sangat pi tinju tiang elektrik sana lah!.

.laki mcm ni mintak maaf aku kata, pengecut, bacul, tak de otak..haa..marah sangat ni..aku boleh bayangkan ape perempuan tu buat..mesti tk boleh buat pape..tahan je..berapa sangat kudrat seorang perempuan nak lawan lelaki?? tu pon tak boleh fikir ke lelaki? ko pukui orang yang dah tentu tak boleh lawan ko..pengecut tak tu? pengecutla tuh..

ade pendekatan lain..hati perempuan lembut, cepat tersentuh..kalau betul cara tegur, cara nasihat, cara cakap ikut lah dia..tiba2 nasihat pakai tapak kaki memang hilanglah respek kt ko..sikit2 siku, sikit2 lutut, terajang..ape hal..bape bulan lepas kes2 macam ni tibe2 naik mendadak2..seorang tentera tinju2 isteri dia..sorang laki pijak perut isterinya yang sedang sarat..ni contoh laki yang baran n otak cam tin biskut..kosong tapi konon2nya kuat..alaamak aku emosi sikit bab ni..dah2..huhu..so, untuk laki2 mcm ni, korang kalau marah..bwk2 bsabar..time marah..setan paling senang nak hasut..sebab...

..orang yang kuat adalah orang yang boleh mengawal
kemarahannya bukan meninju hidung isterinya....

P/S : Peace yo!

Hampir ke garisan penamat



exam hanya tinggal beberapa hari lagi..mata pun dah terbayang mak ayah kat rumah, adik montel juga..macam dah tak percaya dah habis satu sem..kejapnya masa berlalu...rasanya baru semalam start sem ni..

diam tak diam dah tahun 3 dah..aku akan merindui zaman belajar ni..aku sgt merinduinya nanti..kawan2, kelas, assignmen tak brapa nk rindu la..apetah lagi exam! tapi rindu saat2 struggle tuh..hehe..semester ni paling rasa lah btapa penat, dan teruknya keadaan aku..tak pernah lagi aku exam tak tido..bukan sekali, tapi 3 kali..2 hari berturut2..macam zombi pon ye, mcm dugong pon ade..bukan tak nak tido..tapi takut nk tido..byk benda tak ingat..bukan last minit, tp byk bnda nk kene tgk balik..nnt cuti ni aku review subjek2 aku dah amek...

lusa paper seterusnya..so, keep moving! bye2...

P/S: homesick!


Friday, January 6, 2012

Peristiwa seram di malam exam~



walaupun jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi..tapi aku masih lagi di meja study..
terlalu banyak benda yang perlu di digestkan.aku betul2 kene ingat sebab soalannya nnti berbentuk chemical bond structure yang sgt banyak..jadi aku teruskan study..
walau malam sudah lama melabuhkan tirai....

tiba-tiba aku terasa mengantuk..aku pon bercadang nak buat air..
mane tahu dapat hilangkan ngantuk...
jadi aku pon bukak pintu bilik..gelap..

dan dalam suasana gelap,tiba-tiba aku terlihat kelibat putih
jelas menuruni anak tangga rumah ak..
berderau tak terhingga waktu itu..
hilang serta merta rasa mengantuk..
aku masuk balik bilik aku..degupan jantung ak berdegup sangat kencang!

aku terfikir..apekah benda tu??
ak pasti kwn2 aku smua dah tido..ape yang bgerak td tu?
warna putih pulak tu...
aku pon beranikan diri utk bukak pintu balik..


berdegup kembali jantung aku..aku pun buka pelahan2 pintu aku..
aku jalan setapak kehadapan..ok, tak de..
tibe2 aku terasa ade hembusan nafas di telinga kiri aku..
aku toleh ke kiri dan dengan jelas ada sesuatu sedang merenung aku..
dengan perlahan ia berkata...




"Good luck esk.jwp elok2 na.kang aku pukui hang kalau jwp men2"


dan benda itu terus hilang dalam kegelapan malam..
aku terpinga. terpaku.power gila hantu ni tau aku exam..
ckp bahasa penang plak tuh!

adeh...takkan ade planner plak kan..
..aku mengantuk sebenarnya..
tu buat cerita merapu ni..oklah nak buat air.....


P/S: tibe2 seram bila bukak pintu..tak jadi lah..hehehe..
takut dengan cerita rekaan sendiri..hihihihi (mengilai)