Sunday, May 15, 2011

Hari An-Nakba- luka lama yang masih berdarah!




Tahukah anda apakah hari An-Nakba?? itulah saat dimana hati-hati umat islam bagaikan di siat-siat...dan penderitaan saudara kita di palestin bermula

pada hari tersebut , palestin dijajah oleh Israel laknatullah....

'an-nakba' bermaksud malapetaka. hari malapetaka. ya..hari malapetaka.Pada 15 mei 1948, seramai 700,000 penduduk palestin dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri, segala harta benda di rampas, hasil-hasil tanaman dirosakkan sesuka hati, 500 kampung dikosongkan secara paksa, mereka dihalau seperti haiwan, sesiapa yang melawan akan dibunuh sewenang-wenangnya..

Tahun 1948-1949 itu berlaku juga pembersihan etnik (Monzer Zimmo,2010). ini peta asal palestin dan selepas dijajah Israel:-


tekan gambar diatas untuk lebih jelas


bayangkan, dihalau begitu sahaja, tanpa arah tuju, tanpa tempat berteduh. pada masa itu hanya iman dihati menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup. sehingga hari ini hak mereka terus dicabuli, siapakah yang mahu membela mereka? dimana kita??

hanya doa dan wang ringgit boleh dikirim buat masa ini. percayalah suatu hari nanti akan muncul seorang pemimpin yang akan membela nasib mereka. pabila muncul pemimpin itu, kita harus berdiri dibelakang beliau kerana beliau bukan semata-mata membantu membebaskan palestin untuk rakyat palestin, tetapi..........

......PALESTIN KITA......


jangan lupakan hari An-Nakba ini, ingat sampai bila-bila...
ingatlah setiap 15 mei- luka yang masih berdarah!






P/S: tiada satu gambar pembunuhan rakyat palestin pun ditunjukkan semasa hari kejadian. ternyata mereka pandai menyembunyikan bukti..celakalah kamu, zionis..

No comments: