Tuesday, August 23, 2011

Sekolah Agama semakin TERUK???!!??


TUMPAT: Curiga terdengar tangisan bayi dari sebuah bilik asrama sebuah sekolah agama dekat Pasir Pekan di sini, membongkar rahsia kelahiran seorang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkan pelajar tingkatan enam hingga menggemparkan pengurusan sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari seorang pekerja sekolah terbabit selepas pelajar perempuan berusia 18 tahun itu ditemui bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di atas katil dalam bilik asrama tingkat satu bangunan itu.

Menurut sumber, curiga dengan tangisan itu, pekerja berkenaan memanggil rakannya untuk memeriksa bilik asrama sekolah dan terkejut mendapati dua beranak terbabit berada di atas katil.

Beliau berkata, pelajar berkenaan kelihatan lemah, selain bimbang dengan kejadian berkenaan selepas melahirkan bayi di sekolah.

“Bimbang dengan keselamatan pelajar itu, pekerja berkenaa memaklumkan kepada pihak sekolah dan yang kemudian mendapatkan bantuan ambulans,” katanya.

Pelajar berasal dari Pasir Mas itu dipercayai melahirkan bayi di dalam tandas sebelum membawa anaknya yang masih bertali pusat ke dalam bilik tidur asrama sebelum terlantar akibat keletihan.

Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya sakit senggugut sebelum dipercayai meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama.

“Pelajar itu mendakwa tertinggal barang dan meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke biliknya.

“Dia pernah mengadu sakit perut kepada rakannya, namun bila ditanya dia kata senggugut, malah rakan-rakanya tidak mengesyaki apa-apa dan turut terkejut ," kata sumber.


Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi memberitahu tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian berkenaan.


“Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan dan tidak pasti kejadian itu berlaku di kawasan ini atau sebaliknya. Bagaimanapun siasatan akan dilakukan sekiranya laporan berhubung kejadian itu diterima,” katanya.

SUMBER : Metro

Lepas ni, mungkin ade orang berfikiran masuk sekolah agama pon sama je dengan sekolah biasa. budak sekolah agama pon teruk.huh! tak ada beza. biasalah, bila kes-kes begini. terutama berlaku di sekolah agama. hebohnya agak luar biasa. walhal, kes-kes ini sudah biasa bagi sekolah biasa. tidak boleh dihalang pemikiran orang. bila aku baca pon agak marah, juga..sebab geram dengan keruntuhan akhlak budak-budak sekarang. tambahan pula, imej sekolah agama tu mesti dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu. tapi, kita tidak tahu, pelajar tu diiniaya ke. rela ke. kita tak tahu kisah sebenar..kita tak nak jadi masyarakat yang suka melatah tanpa usul periksa kan..ape pon sekolah agama ade keistimewaannya tersendiri. jika teruk pon ade segelintir..adelah sekumpulan manusia yang timbulkan masalah, tp bukan konsep sekolah itu yang bermasalah..sekolah mana-mana pon, kalau hati susah nak dibentuk memang susah. sekolah agama ade kepentingannya yang tersendiri. yang bersekolah di sekolah agama pasti tahu.....peace yo!

P/S: zaman sekolah tu adalah peringkat dimana guru-guru dan sekolah menyediakan acuan untuk diri kita. Pada peringkat remaja adalah sangat penting untuk mempunyai acuan yang betol. kerana, walaupun ibu bapa sudah mencorak kita sejak kecil, tetapi zaman remaja sangat mencabar dan memerlukan peranan banyak pihak...peace!


4 comments:

Munira Shaari said...

betul 2,klu pasal bdk sekolah agama mesti nk dikecohkn..iman manusia bkn bgantung kat mana dia b'sekolah

Muhammad hamizan bin yusof said...

hem..adatlah tu, munira..tapi tak boleh nk salahkan diorg jgk..sbb expectation org pd bdk agama tinggi..jd bila jd mcmni, org mula pertikai mcm2 benda..its normal..hee..terima jela kan..

Munira Shaari said...

a'ah..dh jd bdk sklh agama kena la pandai2 jaga title 2..huhuu

Muhammad hamizan bin yusof said...

hem...itulah..tp manusia, munira..tak perfect..hee