Solat
Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan
di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak
300 kali.
KAIFIAT
MELAKSANAKANNYA
Sekiranya
dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah
dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala
sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah
dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA
MENGERJAKANNYA
Terdapat
dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah
kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah.
Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali
. Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta
surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak
10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10
kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara
dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan
tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca
surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali
dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua
sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang
untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan
bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum
membaca tahiyat.
3.
Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1
Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr
pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan
Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu
diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan
tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga
dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti
solat zohor dan asar)
أُصَلِّى
سُنَّةَ
الْتَسْبِيْحِ
رَكْعَتَيْنِ
ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana
Allah Taala.
سُبْحَانَ
اللهِ وَالْحَمْدُ
ِللهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَاللهُ
أَكْبَرُ
وَلاَ حَوْلَ
وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ
الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan
Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan
dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL
TASBIH
1.
4 Rakaat 2 Salam
WAKTU |
JUMLAH
TASBIH
|
|
Slps Iftitah sebelum Fatihah |
15
|
|
Sesudah surah Rakaat 1 |
10
|
|
Rukuk |
10
|
|
I'tidal |
10
|
|
Sujud |
10
|
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
|
Sujud kedua |
10
|
|
Selepas surah Rakaat 2 |
10
|
|
Rukuk |
10
|
|
I'tidal |
10
|
|
Sujud |
10
|
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
|
Sujud kedua |
10
|
|
Sebelum Tahiyyat |
15
|
|
JUMLAH |
150
X 2 = 300
|
2.
4 Rakaat 1 Salam
WAKTU |
JUMLAH
TASBIH
|
Slps Iftitah sebelum Fatihah |
15
|
Sesudah surah Rakaat 1 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Selepas surah Rakaat 2 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Sebelum Tahiyyat Awal |
15
|
Selepas Tahiyyat Awal |
15
|
Sesudah Fatihah Rakaat 3 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Selepas Fatihah Rakaat 4 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Sebelum Tahiyyat Akhir |
15
|
JUMLAH |
300
|
DOA
SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ
تَوْفِيْقَ
أَهْلِ الْهُدَى
وَأَعْمَالَ
أَهْلِ الْيَقِيْنَ
وَمُنَاصَحَةَ
أَهْلِ التَّوْبَةِ
وَعَزْمَ
أَهْلِ الصَّبْرِ
وَوَجَلَ
أَهْلِ الْخَشْيَةِ
وَطَلَبَ
أَهْلِ الرَّعْبَةِ
وَتَعَبُّدَ
أَهْلِ الْوَرَعِ
وَعِرْفَانَ
أَهْلِ الْعِلْمِ
حَتَّى نَخَافَكَ
.
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ
مَخَافَةًَ
تُحْجِزُنَا
عَنْ مَعَاصِيْكَ
حَتىَّ نَعْمَلَ
بِطَاعَتِكَ
عَمَلاً
نَسْتَحِقُّ
بِهِ رِضَاكَ
وَحَتَّى
نُنَاصِحَكَ
فِيْ التَّوْبَةِ
وَخَوْفًا
مِنْكَ حَتَّى
نُخْلِصَ
لَكَ النَّصِيْحَةَ
وَحَتَى
نَتَوَكَّلَ
عَلَيْكَ
فِيْ اْلأُمُوْرِ
كُلِّهَا
وَحَتَّى
نُحْسِنَ
الظَّنِّ
بِكَ ، سُبْحَانَ
خَالِقِ
النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan
kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah
kami dari golongan orang yang menerima nasihat
orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti
mana orang-orang yang sabar dan gementar kami
seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon
seperti mana permohonan orang yang suka kepada
kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang
warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk
ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah,
kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan
yang takut yang menghalang kami daripada melakukan
maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu
amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu
dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada
bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga
kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu
dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang
yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau
sebagai Pencipta.
Kelebihan
Kelebihan Solat Sunat Tasbih ini adalah
besar sekali. Rasulullah ada mengajarkan pada bapa saudaranya bahawa
kelebihan solat sunat tasbih itu sangatlah besar sebagaimana dalam hadis
Ibnu 'Abbas..
maksudnya:
"jika
engkau berbuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik
yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak
sengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun
terang-terangan"
(hadis riwayat Abu Daud)
P/S: buat lah selagi badan mampu beribadah..nak tunggu bile?
No comments:
Post a Comment