Tuesday, May 17, 2011

cikgu tuisyen

Bulan mac haritu bos lama ade telefon untuk kerja kat tempat tuisyen dia masa cuti ni. tapi, apakan daya aku dah buat keputusan untuk buat short semester. jadi terpaksa tolak. sedih~

bila dah buat short sem ni, terasa bosan jugak. ye lah..kelas ade 6 jam je sehari. aku pon mula cari kerja. cari punya cari, alhamdulillah, dapat jugak kerja kat Parkson. tapi 12 hari je. aku tak kesah pon sebab gaji pon agak besar. tiba-tiba teringat jiran ade tanya haritu pasal tuisyen. aku dah naik segan dah sebenarnya, sebab baru masuk haritu, makcik sebelah ada tanya kami nak buat tuisyen tak. kami cakap ok je. selang sebulan makcik yang lain pulak tanya. tapi masa tu kitorg nak exam, tak dapat aja dalam masa yang terdekat. kali ni dua minggu lepas. mak cik depan rumah pulak yang datang. dia minta tolong ajar anak dia. kali ni memang tak boleh nak tolaklah..yela hati jiran kene lah jaga kan. kalau dah 3 kali kita berjanji tapi tak tunaikan nanti orang dah tak percaya dah. tapi 2 orang kwn serumah aku kt kampung, 2 orang lagi kerja. nampaknya aku lah kene ajar.

tadi, aku pon berani-beranikan diri serbu rumah akak tu. tanya pasal benda ni. student aku ni perempuan form 3, form 1 dengan lelaki darjah 2. aku rasa macam takut je nak bawak masuk rumah, seeloknya aku lah pergi rumah diorang. dah macam cerita zaman laila majnun je. cikgu pergi rumah anak murid ye.aku lah tu. huu~

tapi teringatkan akak-akak yang dulu tu suruhlah akak tu tanyakanlah, mane tahu nak join sekali. tapi alhamdulillah. akak dan abang tu paham dengan keadaan kitorg. mesra. perbincangan tadi pon memang berjalan lancar la. jelas. sebenarnya aku sangat tersentuh dengan akak dan abang ni. nampak mereka ni bersungguh nak yang terbaik untuk anak mereka. mereka cakap mereka sanggup bayar berapa je janji dapat tengok keputusan anak diorg meningkat. tempat tuisyen yang sekarang ni ramai, dia berhenti. ingatkan tak dapat kerja tuisyen kat kampung sekali dapat ajar tuisyen kt sini kan. rezeki. bila lihatkan kesungguhan abang tu, aku rasa semangat nak tolong anak dia. insyallah aku akan cuba yang terbaik. harap-harap aku boleh bantu yang mana aku mampu. yang penting nak tolong anak bangsa sendiri. paling aku tersentuh dengan ayat akak tu

"akak nak tolong tak dapat, pelajaran pon setakat mane je. akak harapkan kamu je ye"- serius aku tersentuh~

chaiyok cikgu mizan!!

(tapi tadi aku dah cakap awal-awal. jangan panggil cikgu. nampak tau. panggil abang.haha)

P/S: benda yang paling lame bincang td pasal bayaran. kitorg betul-betul tak tahu nak letak harga berapa. abg tu suruh ckp je berapa. dia mungkin ingat kitorg malu nak cakap harga. tapi kitorg bukan malu pon. cuma tak tau. last-last aku cakap berapa yang ikhlas.heee~ selesai.

6 comments:

Munira Shaari said...

slmt m'ngajar :)

Muhammad hamizan bin yusof said...

oh..terima kasih cikgu..sy panggil awk cikgu xpe..heehe

Ἁγία Σοφία said...

selamat hari guru!

Muhammad hamizan bin yusof said...

selamat hari guru, kak! hee..

Nuryn Weida said...

bestnya mizan...hehehe.all the best!

Muhammad hamizan bin yusof said...

best ye? tanggungjawap tu tau..huhu..ok, thanks