Wednesday, December 12, 2012

cara pemakanan mengikut jenis darah kami




Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba



Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


P/s:  macamana? hehehe..boleh tak?

Sunday, December 2, 2012

Alhamdulillah...habis sudah...:)


Alhamdulillah...setelah berhempas pulas akhirnya tamat sudah seminar itu..bukan senang nak hasilkan satu journal rupanya. nampak macam berjela-jela ayat je selama ni, tapi sebenarnya untuk hasilkan satu ayat je perlu masa yang agak banyak. terutama fakata yang kita nak nyatakan. kene pasti betul2 betul dan perlu ade reference. untuk tahap ak sebagai pelajar undergrad, mmg tersangat susah kerana ini pengalaman pertama. paper ak nanti akan dipublish dalam bentuk journal oleh Marine Park Malaysia n Ministry of Natural Resource, dan mulanya memang agak cuak sebab tak pasti mampu atau tak.tapi Alhamdulillah, dengan bantuan supervisor ak Assoc.Prof.Dr.Shahbudin, ak rs ak bnyk blaja. even last minit, alhamdulillah smua ok. kat sana mmg best,makan best,hotel best, dpt jmpa org best2, mmg ter motivated utk jd mcm diorg. dah la ak berempat je yang student undergrad. yang lain kebanyakannya Prof,Dr dan at least PhD n Master student. seminar ni 7 universiti yang join n Marine Park allocate bajet utk conduct research untuk data diorg. UIA dpt dlm Rm118K gitu kot..n salah satunya projek ak..k lah, enjoy the gambar..


 enjoy bilik dl..huhu..tak sempat rehat sebab terus turun main ping pong.

 bilik ni ak duduk berdua. space byk ag sbnrnya





 hari last-sebelum balik..

 hari ke-2.UIA je bj same.hehe



 kafe yang agak terbaik


 ade org main musik masa mkn.hehe


 sukan melempar ini bagus utk rawat stress..huu

layan durian dlu sebelum balik..sedap!


Im soo sory pd seseorg. im too busy smpaikan xsmpat luangkan masa utk awk. dari pagi sampai ke malam asyik buat kerja je smpai biarkan awk sorg2...tp syukur sgt awk fhm..nnt sy blanja Aiskrim ok! hehe..sebab tanpa awk pon, mustahil kerja ni smua boleh siap..tak larat sy nk bawa smua pressure ni..syukur ade awk..ok, sy up lg..Domino!