Sunday, January 12, 2014

Canon G15...ok ke?


aku perlukan kamera.banyak2 kamera, G15 setakat ni yang ade pakej yang aku cari..tapi tak tahulah..nak tanya org, xramai org tahu pasal underwater camera. hajat dihati nak beli DSLR..sebab harga lebih kurang..tapi ak lebih pentingkan value kamera tu dalam air. sebab aku pon banyak buat kerja dalam air.kalau DSLR nak siap casing, memang makan 5-6 ribu la..G15 ni casing mungkin dlm 6-7 ratus je..kalau G15 untuk gambar dah ok dah dlm air..gambar dah mantop dah...harap2 ade yang otai2 dapat tolong..





G15 + underwater casing

yang ni just basic je, belum tambah stobe, arm, wide angle lense, macro lense n sebagainya..tu beribu lagi la hangus..adeeh...

Friday, January 3, 2014

kepala tersepit......


semalam hari pertama sekolah dibukak..dan bila buka facebook, terkejut sebab ramai kes budak tersangkut kat kerusi..tak sangka kerusi yang kaku pon boleh jadi perangkap budak..huahua..

teringat pulak masa kepala tersepit dulu. proses sepitan ni berlaku kat rumah lame nenek aku. tahu kan rumah pattern lame ade beranda.kat beranda tu ade palang-palang. tgk je gambar bawah ni dari google



sejak aku lahir, tak pernah terjangka akal aku nak masuk kepala dalam tu. ceh...benda ni berlaku masa aku nak tengok makdak aku pergi keje. nak tunggu van jemput dia. so ak memula just letak2 je kepala.sandar kat celah tiang tu..kejadian berlaku sangat pantas, sedar2 kepala aku sangkut.haha.tapi aku rileks dulu..cuba keluar..tp hampeh tak boleh.huhu.nak panggil makdak nnt dia nak pergi keje. so aku plan, lepas makdak pergi keje aku panggil ayah. lagipon makdak tak perasan aku. ade la dalam 5 minit aku stuck mcm kekura kat situ.tetiba van keje makdak sampai. pastu semua tunjuk aku. makdak jerit tgk aku tersepit. adeh..kantoila pulak.aku pon senyum kambing je sambil buat peace. saje buat2 macho. padahal dah malu gaban. semua pandang sambil gelak. makdak terus lari panggil ayah. ayah sampai2 je terus marah aku.haha.mungkin tak pernah terbayang aku telanjur sampai macamtu sekali.xde keje sangat masuk kepala kat situ dah kenapa.aku bagitau kejadian tu berlaku tanpa disedari.huhu..pastu ayah aku puas nak keluarkan kepala aku. sebab kayu tu penuh selumbar. ayah tarik-tarik kayu tu..dan sepanjang proses tu menjadi tatapan ramai..haha..last-last ayah cabut kayu yang atas.so, boleh longgarkan kayu tu.bolehla pi keluarkan kepala.haha..sejak jadi benda tu aku pon tak berani nk main sandar-sandar lagi dekat mane2 celahan pon. nanti termasuk kat celahan yang menyepit tu. boleh katekan aku trauma dengan benda yang bertiang.haha.ape pon..my dad is my hero..hehe..

P/S: adik-adik yang tersepit semalam. aku faham perasaan korg semalam..semuanya berlaku sangat pantas kan? dah..lepas ni kite jangan dekati celahan lagi...


Thursday, January 2, 2014

Sebuah perjalanan seorang manusia


perjalanan yang disangka panjang...
rupanya singkat jalannya pendek...
dek hayal dengan lamunan indah..
dibuai dunia diri terbuai...


fantasi hidup realitinya tiada..
jangan terjaga sedar terlewat..
sesalnya sudah gunanya tiada..
akibat lupa destinasi abadi..

nasihat ini utkku dan kita semua...
masa tidak menunggu kita..
tidak berhenti walau sedetik..
tidak menunggu walau sesaat..
sesat rebah bukan salahnya masa..
tetapi diri yang salah pertimbangan..

tiada salah mengejar dunia..
kelak dunia penentu disana..
tetapi yang salah,gilakan dunia..
hingga lupa janji sebelum dicipta..

usah lupa wahai manusia...
ajal maut pastinya tiba..
adakah kita bersedia sentiasa...
menempuh hari penamat usia.......

by me.........

cara menguruskan masa


kalau nak diikutkan hati ni, mahu saje aku give up. bukan sekali, tetapi banyak kali rasa nak macamtu. cabaran untuk buat master ni bukan calang-calang. jadual mingguan padat. semua berisi dengan kerja. pagi pergi office, lab, jumpa supervisor..petang balik..malam sambung dengan penulisan. buku, journal semua kene habiskan. itu belum lagi campur dengan sampling. tuhan je maha mengetahui betapa keciknya kudrat aku mahu menanggung segala kerja yang ade..erghh..
so...nak settlekan semua mcm serabut dan tak tahu nak buat mane dulu..so, aku buat step2 ni...

1) aku akan catat terus ape je kerja dalam buku catatan. jangan ingat je. memori kuat takpe. tapi manusia kan..just prepare je. tak salah.elak kelupaan..

2) Bila kat rumah, aku akan labelkan prioriti kerja tu. urgent atau tak. bile datelinenye..aku letak dalam list.

3) kat depan meja aku, aku buat notice board. just guna polisterin, tampal. kat situlah ak letak semua list kerja. kat situ juga ak tampal planner. kerja yang aku listkan tadi aku akan masuk dalm planner ikut prioriti kerja. bergantung pada due date. setiap hari aku akan set ape perlu aku settlekan supaya aku sentisa dalam plan.

4) bile settle kerja, aku akan potong la dari list tu. so dari list tu ko akan tahu setakat mane ko ikut jadual ko

dengan step ni aku akan tahu setakat mane aku bergerak. palingpenting kte dapat settlekan kerja. lagi satu. setiap hari aku akan pastikan aku bersukan. sebab lepas sukan, aku akan dapat buat kerja dengan amat pantas sekali. wahaha..so, sape2 yang rasa kerja dia sentiasa bertambah, banyak sangat sampai tak terurus, try cara ni.. gudluck