Tuesday, December 31, 2013

Sebab-sebab berenang itu baik untuk anda






1) Berenang lebih selamat berbanding sukan lain

 tapi kene pandai berenang dulu la. kalau tak, tak jadi boh..berenang ni paling kurang impak gravitinyanya. dari pembacaan ak dulu, sekali impak masa jogging, impak yang lutut terpaksa endure adalah hampir dua kali ganda dengan berat kalian.kalau berat korg 70kg, skali berlari tu kire-kira 140kg bebanan la.bygkan kalau 140kg. tak kokak lutut? nk pakai lame tu boh..air tu dapat tampung berat korg, so otot korg kurang bebanan dan digunakan just untuk bergerak.tekanan yang kerap di tendon sperti lutut akan menyebabkan arthritis.

2) Berenang boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovascular

Berenang boleh meningkatkan sistem pernafasan korg. ade kajian membuktikan latihan selama 12 minggu dapat meningkatkan kualiti penggunaa oksigen sebanyak 10% dan jumlah darah yang dipam bagi setiap denyutan meningkat sebanyak 18%. semasa berenang, perlu ada teknik pernafasan yang betul dan melalui teknik itulah sebenarnya dapat meningkatkan kualiti stamina kite.

3)  Membina otot

Terdapat kajian ke atas lelaki yang menamatkan program renang lapan minggu, terdapat peningkatan 23.8% pada otot triceps (belakang lengan).tapi otot yang naik ni lebih menyeluruh berbanding main gym. dan gym tu of cos la lebih besar ototnya. kalau berenang ni smua otot akan naik dengan sekata sebab semua part otot digunakan. tone otot org berenang pon agak catik.tak melebih2.ahak..

4) sukan alternative ketika kecederaan


terapi yang baik untuk pemulihan dari kecederaan adalah berenang. ini kerana rintangan dari air  membolehkan otot bekerja kuat tanpa memberi impact yang besar seperti didarat. sebab tu kalau korg tahu, ade sesi physiotherapi buat dalam kolam kecik...

5) aktiviti yang baik untuk keluarga

yang ni mungkin bergantung pada keluarga la.cuma secara lumrahnya org suke main air. ade yang xsuke. tp cube try, main air dgn family dgn main sukan lain dgn family. main air, swimming lagi best kan? ok..ak kot rasa gitu.huhu

6) banyak membakar kalori

banyak kalori dibakar semasa berenang. sbb kebanyak badan bergerak semasa berenang. ade kajian mngatakan kalori berenang ni 89% sama banyak dari berjogging dan 97% same dari berbasikal. so, lebih kurang je kan...cuma kurang faktor graviti.hukhuk

P/s: nak rasa, tryla sendiri..

Monday, December 30, 2013

Jenis darah (perwatakan & pemakanan)


 Darah yang mengalir di badan setiap manusia cuma terdiri  daripada darah O, A, B dan AB..selain tu alien la kot. yang menjadi persoalan, adakah jenis darah yang berbeza tu boleh mengstrukturkan identiti peribadi seseorg? naahh....salah satu kajian yang dibuat oleh saintis Jepun telah merumuskan ..yaa...jenis darah memberi impak juga kepada peribadi seseorg. kat bawah ni ak cerita sikit, peribadi org mengikut darah korg dan nutrisi ape yang terbaik utk uoll..cekedaut...


DARAH O

Character
 org yg berdarah O ni org yang setia, sabar dan yakin dgn kebolehan diri sendiri. pastu diorg ni sering bersifat ingin menjadi ketua especeli masa kerja berkumpulan. pastu kalau dia nak buat ape je, dia mesti nak capai matlamat tu dengan cara apa sekalipun. tp, org darah O ni cemburu skit..wahaha.
.pastu korg mmg serius dalam persaingan sampaikan korg boleh tertekan. so, korg kene bijak utk kawal emosi diri supaya tak dikuasai dengan tekanan.

Makanan terbaik
Brokoli,ubi,lobak cina,blueberry, cerry, jambu biji, kacang merah,semua jenis bawang, rumput laut, kailan, kunyit, dan daging lombu.

Contoh orang ternama yang berdarah O
Ratu Elizabeth II, John Lennon, Elvis Presley, Liam & Noel Gallagher, Paul Newman.

DARAH A

Peribadi
 org darah A ni sukakan keamanan dan keharmonian. so, ade can nk interview jadi superman. diorg suka buat keje berkumpulan. semua nak sesama.semua nak berteman.haa...g makan, shopping, harap g jemaah lerr kat masjid tu kan..pastu aktif dgn persatuan.bijak bergaul dgn org sekeliling dan org pon best je bekerja dgn korg. pastu korg ni ni penyayang sebab korg sabar dan bertimbang rasa. cuma sensitip skit. cuma kelemahan korg ni degil dan bekerja terlalu kuat sampai tolak tepi masa untuk rehat. kerja-kerja jugak, tapi kesihatan kene jage beb!

Makanan terbaik
sardin, tauhu, susu, kacang buncis, kacang tanah, blueberry, pisang, mangga, jus nanas, tempe, siput babi, brokoli, bayam

Contoh orang ternama yang berdarah A
Adolf Hitler, George Bush Senior, Soseki Natsume, Ringo Starr, Britney Spears.
DARAH B

Peribadi
Korang memang sempoi. korg org yang suka bersederhana. untung org yang kawin dengan korg ni.huhu.redha je..haa..dalam perhubungan, korg ni sangat jujur dan bersifat terus terang. korg ni kreatif dan fleksibel sbb korg suka selesaikan kerja dan tugasan korg dengan cara korg sendiri. korg bijak bersosial n dpt sesuaikan diri dekat semua keadaan. kelemahan korg, korg terlalu berdikari, sampaikan jadi masalah besar. korg perlu fikir, ape masalah mmg ada masa korg boleh settle sorg. tapi ade masa korg kene share dengan org yang korg percaya. korg manusia biasa. perlukan bantuan. nanti kalau korg stuck, kan dah lagi stress..jangan malu untuk minta bantuan!

Makanan terbaik
Susu lombu segar,bubur yang terbuat dari gandum, keju, kuih yang terbuat dari beras, Jenis makanan ubi-ubian, roti essene.
 
Contoh orang ternama yang berdarah B
Akira Kurosawa, Paul McCartney, Mia Farrow, Leonardo Di Caprio, Jack Nicholson. 
 
 
DARAH AB

Peribadi
org yang tenang. rileks, cool je..pandai kawal emosi dan berat badan. korg sentiasa menghormati org lain, so kwn, jiran, family,haiwan peliharaan korg mmg selesa nak berkawan dengan korg. korg ade sifat humor semulajadi, ceria dan sikap menghiburkan. tak de korg cam sunyi je.wahaha..kelemahan korg, korg ssh nk buat keputusan. kene tanya org utk buat keputusan untuk korg. so, korg cube try buat keputusan pasni k..mesti org darah AB slalu tanya nak makan kat mane selalu kan..agaknye laa..
Makanan terbaik
Susu kambing, putih telur, ikan sardine, ikan tuna, keju, buah anggur merah, teh hijau.

Contoh orang ternama yang berdarah AB
Jackie Chan, Marilyn Monroe, John F Kennedy, Mick Jagger, Alain Prost.


P/S: kalau darah muda ni panas baran...yeke..


 

Tuesday, November 12, 2013

hari yang ditunggu akhirnya tiba


setelah 6 tahun....akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba..akhirnyaa..
UIA Gombak akan menjadi saksi peristiwa hari itu...
semoga berjalan lancar...berdebar jugak..tp excited juga ..bercampur2...

Wednesday, October 2, 2013

Kerinduan.........


sejak hantar mak dan ayah ke mekah, sehingga hari ini hati selalu rindukan mereka. terlalu rindu..selalu kalau teringat boleh terus mesej atau call. boleh dengar suara mereka. kali ni mereka jauh. ini kali pertama ak berjauhan dengan mak ayah. hati jadi sangat sayu bila teringat. ak betul2 rindu mereka...:(

sepanjang perjalanan balik hantar mereka aku mmg terlalu sedih. nak pecah dada tahan air mata. sebab risaukan mereka. mak ayah kurang rehat. jadi ak mmg sgt risau..

bila dapat msg dari ayah yang kata mak pening,kurang cergas..ak jadi sgt risau..setiap hari berdoa harap dikurangkan ujian disana.. Ya Allah....

semoga mak ayah dapat melalui ibadah haji dengan tabah..anakmu sentiasa mendoakan mu..

Sunday, September 8, 2013

pagi ahad di dusun



 Pagi ahad biasanya aktiviti aku tak lain berehat jela kat rumah. yelah, isnin sampai jumaat keje sampai tak ingat. hari ahad ni la aku ambik masa nk basuh2 baju, tilam, cadar, kemas bilik dll. cuma hari ni, kawan aku ajak pergi 'kerja'kan dusun dia. sebad dah xde orang nak makan. ak pon pergilah 5 orang. aku-Huzaimi-sal-Fathiah-Elin. satu kereta. sampai kat rumah ecah, kami pon  follow kereta parent ecah. sampai kat kebun tu, mmg tak tahu nak start mane. besar kot! 6 ekar..aku dah lame tak belasah pulasan. aku pon bedal sampai perut memulas. petik 3, makan 2. puas mkn fresh. huhu. manggis plak lagilah puas aku balun. sampaikan tengahari pon mkn tak lalu dah.huhu. durain pon xleh sumbat. sebelum balik tu ayah ecah sempat bawak jalan2 kampung naik hilux. huhu..hasil mmg terbaik..



terlalu banyak, sampaikan kitorg bagi2 kat jiran2 rumah. byk sgt.huhu.


dua makhluk yg hantu durian

proses mengait manggis

ni teknik utk elak semut api.huahua

P/S: semut api bnyk, habis organ dalaman kne kokak!


Thursday, September 5, 2013

Berdiri di kaki sendiri


aku dari kecik jarang berpisah dengan keluarga. masa duduk asrama dulu bermacam siri melarikan diri ak dah buat. mcm scolfield jugak la dlm prison break tu. ade je idea nak melarikan diri dari asrama. huhu. bebudak bilik ak pon dah biasa dah dgn prangai ak. 

ade sekali, masatu musim sakit mata. ak tgk member2 yg sakit smua dpt balik. ak rs situasi ni boleh diexploitasi. ak pon tetenyeh mata ak smpai merah. pg rumah warden sambil bwk buku outing. warden tgk mata merah terus sain. dpt cuti seminggu.tgkla..mane nk pandai ak dulu2..woha...

habis SPM, ak dah mula merantau tempat org. ak sambung belajar kt UIA PJ mastu ak dah betul2 jauh nk balik. jujur, hari pertama ak kat situ ak nangis.hukhuk. mngkin rasa diri comel lg nak mnagis.KOT. tp lame2 ak rs kuat sbb ade kwn sebilik yang baik. jujur. terubat rindu nak balik. biasalah kalau belajar jauh. masalah msti sama. kewangan. ak bukn keluarga senang. dan bukan sifat ak nk mintak2 kat parent. ak akan cuba sedaya upaya utk survive. dengan duit seribu tu utk 3 bulan. bukan mudah nk berjimat. cara ak survive, ak beli periuk nasi n cooker. walaupon org slalu kne saman. tp nasib ak baik, ak sekali pon xpernah kantoi.hee. ak kongsi duit beli sardin n beras. setiap 2 minggu. ak keluar naik bas beli beras. takut kantoi dgn pakguard. ak pass beras kt member yg dah ready kt pagar. punya susah nk berjimat.huhu.sardin pulak. kami akn pilih paling xde brand pastu paling kecik. sekali masak satu tin kecik rm1.20. ade 3ketul ikan kecik. dpt la kongsi 3 org.mkn dengan kicap.ak mkn benda tu tengahari n mlm selama setahun setengah! still survive

masuk kuantan. sekali lagi ak mengalami krisis kewangan. malah lebih teruk.ak dpt separuh je PTPTN. bila tolak yuran. duit poket tinggal rm400. rm 400 utk 4bln?? mustahil anak nak hidup. mastu, ayah bagi ak rm200 sebulan.tak banyak.tp Alhamdulillah.ak syukur.rs bersalah sbb sshkan mak ayah. duit tu, ak mkn reroti n memaggi..penah sekali. ak tpaksa patah dua meggi. sepatahan utk tengahari. sepatahan utk mlm.jgn mimpi nk jd org lain, tgk wayang, mkn sesedap bagai.ak nak mkn nasi pon rasa susah. bila nak masuk tahun 2, ak dapat offer yayasan melaka. alhamdulillah.sejak tu, ak dptdah mkn nasi. tapi still kene berjimat. ak ade lagi record setiap perbelanjaan ak. ade lagi ak simpan.huhu.

zaman master pulak, macam tu juga. nk kata terlalu heaven tu tak la. cukup2 makan. janji ak tak mnyusahkan mak ayah. ak msih lg boleh berbangga, kwn lain terpaksa byr duit daftar master tu dgn bantuan parent tp ak tak perlu. walaupon hanya rm1130, tp bkn senang nk kumpul ms study. hasil pengumpulan ak buat keje sambilan dedulu, dptlah byr. kepuasan sendiri, byr dgn duit sendiri. skang pon, walaupon ade gaji. tp still berjimat tu perlu. ak nk pesan satu je. kita xde duit, jgn asyik kate xde duit. sabar, insyallah ade jalan. mak ayah ak paling banyak bantu ak survive. ayah senyap2 bg 2-3 ratus kalau ak balik. pd ak sgt sweet, dan kuatkan motivasi ak utk blaja lg kuat. skang ni, walau gaji tak besar, ak cuba nk bg mak n ayah. tp setakat ni diorg tak nk amek..:(

Kerja Sambilan

keje sambilan ni memang jadi hobi ak bila cuti. ak xboleh duduk diam kt rumah. bukan duit tujuan utama. tapi pengalaman, kwn, link dan sebagainya.

1) lepas SPM, ak buat part-time kt tempat tuisyen. walaupon keje xglamour. basuh tandas, kutip yuran, pergi bank. tp kat situ ak belajar psl akaun, komunikasi n mcm2 lg

2) pernah cuti sem CFS yg 3 minggu tu je,ak keje part time 2 minggu sbg promoter perumahan. kat sini blajar utk jd muka tembok.huhu. pakai kemeja pns2 kejar org, bukan senang!

3) Jual roti. pepagi n gegelap, bangun rebus sosej. bancuh sos.buat roti sosej black paper. jual rm1 sebiji. untuk bnyk juga. pastu ak blaja buat sos sndiri. boleh la cari makan

4) ak jadi Life saver kat kolam renang. sebelum ak dpt kerja. ak kene ambik lesen dl. walaupon mcm nk mati, dpt jugalah lesen tu. pastu dapat lesen tu, ak apply jd life guard. tp ak keje tak lame. setahun gitu.sbb bos tak bayar gaji. sampai skang (dah 3 tahun) xdpt lg gaji.

5) private tutor. ni best. ak mngajar budak2. tp ak pergi sendiri rumah diorg. so parent tak risau.lgpon student UIA senang nk mngjar. org kate diorg lebih yakin. yeke?. kat sini aku blaja handle bebudak. 

6) jual kerepek. ni baru peringkat rancangan.walaupon dah buat master. tp nak ade side income skit juga.huhu. sbb produk tu best. ak rs boleh pg jauh. nnt ak bncang dgn tokehkedai nk tumpang kedai dia. wokeh! huhu


P/S: jangan lokek memberi...banyak kamu bg org, byk kamu dapat balik. percaya la..ak dah alami bnyk kali. mungkin xdpt dr segi duit juga. tp mungkin dr segi rezeki, offer dan juga isteri yg baik n solehah. woha!

Re-Post




Assalamualaikum..entry ni ak dah buat 2 tahun lepas. tapi terasa nk repost balik.wahaha. masa post ni dibuat, azfar baru beberapa jam fly g france..k lah..sila bebaca...

Entry ni khas ak tujukan buat kawan rapat ak atau bahasa omputehnya BFF (best friend forever)*sila terharu ye korg..huhu..Entry ni memang byk gambar. Saje nak kenang balik kenangan kita kan..Sahabat aku yang pertama ialah Muhd hafizuddin Azman atau kitorg panggil hapiz/piz/jexxn dan sahabat kedua ak Azfar Jasni atau kitorg panggil far/por/garlic…

1) HAPIZ

Ak mula kenal mamat ni ms form 1 lagi.tapi ms tu dia nerd sgt10000x..haha..dia ni pling pandai dlm batch kitorg. sejak form 1, ranking dia dlm form mmg  tak lari dr 5. masa form 1, dia pendiam. selalu jadi mangsa buli. sebb dia baik n skema kan, dia slalu jd mangsa keystone species. ak plak mmg cepat kesian kalau bebudak kene buli ni. start situ ak mula rapat. .ak jd super rapat dgn apiz masa kt 2 Arif.ms tu kitorg berkongsi minat yg same. GAME.mstu kitorg mmg taksub dgn game mcm Age of Empires, Red alert.siap lukis2 gambar lagitu.nak2 ag kt buku arab.hehe...ingat lg tak ms kite pth2kan karkulator rosak? (memang tak de keje k.huhu) bila F** Nampak, balik tu F## mengamuk sangat2 kt ko.sebab ko tgh pegang kalkulator tu. dia ckp tu kalkulator sorg bdk pompuan ni.ak tak tahu nape dia mrh, mungkin sbb admire kt bdk tu. dia mngamuk.hehe. ak masa tu dah keluar klas.tp ak tak jadi keluar bila dengar bunyi org jerit2.tgk2 ko kene marah.dia jerit2.ko duduk je.dia punya ayat maki tu mmg sgt sentap.paling sentap ade perkataan "gemok". ak dgr jd pns. ape kaitan gemok dgn main pth2 kalkulator yg dh pecah yang ktorg sangka xde org punya tu?. Ak mmg kesian sgt kt ko, piz.ko diam je.ak tanye gak dalam hati, knplah ko tak melawan. then, tghari tu ak gaduh besar dgn F@# tu.tp lwn mulut jela. masatu ak tak kuat..:p.huhu.waktu form 2 tu lah ak mula blajar mcm2 dari ko terutama psl pelajaran.lpastu kita berpisah kejap.sebab ms form 3, kelas di rankingkan.jd, Ko msuk kelas pertama n ak kedua (bru mula knl dgn azfar). Walaupun kita lain kelas, tp ak ttp konsistenkan cara yang ko ajar dl.walaupun mula2 ak tak yakin dgn diri sendiri, tp akhirnya ak cemerlang gak r time PMR tu.. Terima kasih, piz sebab ko lah pencetus ak utk belajar. Ms ak form 1 (sebelum rapat dgn ko). Ak dpt no 121 dlm form.ms hujung tahun 120. sape sangka boleh perform PMR.jasamu amat dikenang.hehe. Waktu kita SPM kita sekelas.kita duduk seblah menyebelah.mcm kt 2 Arif dl.tp keadaan dah tak mcm dl.bual2 pasal game.SPM ni kite serius gile.mstu kita mmg asyik blaja je kan.huhu.mmg xde masa nak rehat. Dah nama pon SPM.waktu SPM nil ah kita jd makin rapat.sebab kite jd 1 team utk pasukan inovasi. tak sangka projek ala2 rambo kite bertiga tu dapat pg kebangsaan dua kali.kita pon mmg dah jd sgt akrab.mcm adik bradik.bila tamat SPM.tinggallah kenangan2 indah yang kita lakar kat sekolah tu.bila keluar result seperti ak dan org2 lain duga, kau pelajar terbaik SPM kt sekolah kita..sekarang ni kau dah pun merantau di India. Dan akan kembali sebagai DR gigi *ak xsbr nk dpt rawatan ko sbb msti dpt diskaun kan333?.hukhuk..

2) Azfar

Minah mamat ni pulak ak mula kenal ms form 3. Ms form 1 tu tak brapa nk kenal sebab dia tak terkenal kot. Silap2..ak dah cancelkan..ms form 3 ni ak duduk depan dia.dia ni pon mmg pemalu jgk orgnya.poyo.j.tp bila kenal dgn dia, dia tak lah sesenyap yang disangka. dia mmg seorg yg jujur, baik hati, hormat org tua. Memang selesa berkongsi msalah dgn dia.smpai ke hari ni ape2 pon ak akn cerita kt diorg ni..kitorg start rapat bila azfar call ak utk jd team dia dlm team inovasi. dia terang. bla.bla.bla psl projek tu. then ak pon setuju..sebab ak mmg dr kecik mmg suka bebenda camni. then, atas usaha kite cuti2 bermalam kat lab, tido sejam dua. mkn meggi dlm bikar tu. bergelumang dengan bauan harum kandang. projek kita dpt pg peringkat kebangsaan. tp xdpt tempat la.hehe. mungkin ade hikmahnya. sbb kalau ade tempat, kita kene btanding kt Korea. so, xdpt la fokus trial SPM. seb baik kalah.huhu. Ms SPM, kami jgn mimpilah nk challenge addmath or math azfar. Otak kanan dia mmg perform gileer. huhu.selepas SPM kami kerja sama2, kerja kat Pusat Tuisyen Sinar Berjaya.we start from zero. tak tahu menahu pasal pentadbiran, akaun2 apetah lagi skil2 dengan org ramai..lepastu kita kne handle berdua sebab akak yg incharge tu cuti bersalin. Mmg  agak berat sangat sampai kita pon rs mcm nk terberanak sekali kan.huhu. sekarang ni azfar study kat UTP..dan skang ni tengah praktikal selama 8 bulan di Institut Supérieur de l'Automobile & des Transports ,Nevers, France. 8 bulan nanti tak jumpa.isk2... Biasanya cuti2 ni ak akan buat program kat sekolah lame, SMKA Maahad Muar. Tp nmpaknya tahun ni xdptlah. Ko pun xde.bosannye..so, ak pon decide nk buat short semester.so, azfar…harap2 byk timba pengalaman kt perancis tu n bwk blik sini utk jd engineer yang baik. Lepas 8 bulan kita jumpa k..kita ronggengg.. 

..harapannya persahabatan yang kita bina ini di redhai ALLAH dan insyallah akan kita kekalkan sampai mati..

Korang mmg penting bg ak, sbb korg bukan je ade waktu ak gambira tp ade jugak ms ak sedih. Thanks friend.
Kami ni dah mcm adik bradik.sebab mak ayah kitorang pon mmg saling kenal.slalu stay rumah masing2. seriously ak mmg tak terasa bosan sikit pon bila hang out ngn korg..

 Semoga ukhuwah yg kita bina ini ikhlas kerana ALLAH dan kekal utk dunia akhirat

To my best friend forever, thanks for being a part of my life..ni ade sedikit gambar yg boleh kite gelak2kan..heheheehe..*gelak mat lampir dulu


1) masa Inovation project; institute haiwan kluang,makmal,kandang

dengan encik amiruddin
cikgu pembimbing kami smpai skang;c.rasidah kasbi
ni bahan kajian kitorg.wuhaha

Air teh yg hafiz bancuh.hahaha

suntik ubat
 

apis
apor

amek sampel dr rectum.yaarrkk

lepas habis amek sampel

dgr taklimat cikgu

bengangkan time ni, junior2 tgk kite jemur bwang putih.haha
berhempas pulas buat tesis

ni buat tesis ke borak ni.haha
tragedi 60 ml..haha




2) pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang, Negeri


sebelum presentation

konon-konon tgh discus la kot.haha
ter Johan

3) ASAT kebangsaan; centre point,negeri sembilan


lepak2 kat tasik
sumpah tak tau korg buat gaya ape..terutama apis! haha

ak tak tahu npe ak rs gambr ni sungguh xmatang.haha
ms kemas booth..kemas ke ni weh..sempat gambar2 plak.

mangsa ak.huhu

kitorg mkn2 aiskrim
pilih2 aiskrim
model eskrem.
ms mkn mlm.mkn dgn awek.kene cover.huhu
ak rs ak xtahan lapar.speech pjg sgt


4) after 4 years


ak n hapis-ms g KL


lepas ice skating
ice skate


5) Extra

kat institute haiwan Kluang. kite nk cover ape tah.lupa
habis tadarus..
masa hantar azfar naik flight..
P/s: terasa sedih sgt ms hantor ko, por..so..hopefully dpt sesuaikan diri kt tempat org tu..jage diri, jge iman, insyallah selamat hidup ko. mlm tu, lepas hantar ko, bual2 ngn hapis spanjang jalan..dia teman ak drive..mmg rindu sgt suasana tu..syukurnya ak dpt kwn mcm korg..best sgt..doakan kejayaan ak..friend for ever~
~entry ni khas untuk korg~

Wednesday, September 4, 2013

Jadi First Year balik


29 Ogos 2013, secara rasmi ak jadi budak first year balik. huhu. kene ikut process pendaftaran macam dulu. beratur. dengar taklimat. ade orientasi.bezanya dulu ramai kawan2.. skang ni kami minoriti je kat Gombak tu. beberap ketul jek.huhu

Insyallah lepas 2 tahun lagi akan datang balik kat tempat yg same utk grad.. wish me luck!









UIA Gombak yg penuh dgn kenangan...:)

proses pendaftaran kat CAC


 vocal class



new matric card

P/S: permudahkan masterku dan urusan hidupku..amin~

Thursday, August 1, 2013

masalah nak balik raya


Baru dapat berita orang yang aku nak tumpang balik nnt tak balik. wah...memang sangat hebat cabaran ni. nak cari tiket balik dah tentu takkan ade. aku pon memang pening dah ni nak balik macamana..




agak2 moto ni larat ke nak balik..huhu

Tuesday, July 30, 2013

kejadian tembak di Malaysia


Beberapa bulan lepas, satu kejadian tembak berlaku melibatkan seorang guru.
selepas beberapa bulan, satu lagi kejadian juga melibatkan guru berlaku.
 dan yang terbaru semalam, berlaku kejadian tembak di Kuala Lumpur.
di Facebook sekarang ini pon tersebar video selepas kejadian tembakan tersebut. baru-baru ini tak silap ak keluar satu undang-undang baru tentang penggunaan senjata api ni. sesiapa yang didapati bersalah menyewakan senjata api kepada org lain, dia juga bersalah. bunyi mcm tak adil, tapi ini adalah langkah utk mngelakkan org yang ade lesen menyewa kan senjata tersebut bg membolehkan org lain melakukan jenayah. tapi pendapat aku yang terlibat dlm kejadian sebelum ni bukan jenis yang pinjam2 nih.. ini memang tahap professional. ala2 pembunuh upahan.. nauzubillah..manusia kalau pasal duit tak hairan boleh berbunuh..semoga isu ini boleh ditangani segera. 

P/S: gambar atas tu peserta top shot.ak edit. padan muka.

cuti raya


diam tak diam dah berada di 10 mlm terakhir ramadan..sekejap benar rasanya..
tahun ni, spt tahun lepas raya tak dapat lame..
tapi tahun ni lagi dasyat..hari raya ke-3 dah balik kuantan..
harap tahun depan dpt beraya dengan enaknya..huhu
yangpasti selepas raya banyak sgt kerja yang menanti..
harap dapat selesaikan satu persatu..
all the best Mizan...chaiyokkk

Sunday, June 16, 2013

Kereta baru~


bila tambang bas nak naik 30% terasa nak pakai kereta la pulak..yela, bus Kuantan-Muar dah la terhad. bila dah terhad, even servis ala kadar pon terpaksa jugak naik sebab takde pilihan. pernah sekali rosak sampai 3 kali tersadai tepi jalan. pastu duduk terminal lame sangat. perjalanan 4 jam jadi 11 jam. patotnya kami yang customer ni yang marah. tp sebaliknya..kami pulak kene marah sebab bertanya. kami tanya bukan sebab tak sabar yang mcm mkcik ckp tp nk kepastian je sebab kami tak tau nk teruskan perjalanan mcamana. driver suruh cr bus baru. mustahil lah sebab smua bus occupied.musim raya masa tu kan! huhu

cukupla masatu..bila ingat balik memang horor..skang ni ak ade dua je kereta dalam kepala..ViVA atau Saga SV..saga SV yang baru ni agak murah juga...

Saga- kelebihan dia besar skit dr viva, then jalan jauh best
Viva- of cos save minyak, tinggi skit, so tak terhantuk kepala cam saga.huhu

tengoklah macamana..terbuka hati nk beli yang mane...lagipon ni kereta first..tak yah besar2 sgt..ekonomi pon tak stabil..huhu..bukan ape, malu la jugak..pergi rumah bakal mertua pon tumpang kereta org.haih!

Friday, June 14, 2013

my busy day~


waa...minggu ni selesai presentation untuk Final Year Project..
alhamdulillah...selesai dengan jayanya...
correction untuk thesis pun hanya minor...tak banyak..syukur..

tapi minggu depan banyak benda yang nak dibuat..

1) apply permohonan jalankan kajian di Marine Park
2) buat correction thesis
3) hard bound Thesis
4) meeting putrajaya
5) isi borang master
6) siapkan proposal master
7) list barang nk beli utk master
8) publish journal 
9) tempah barang SCUBA
10) tempah tranport
11) isi borang clearance

benda ni semua perlu disettle next week. sbb sabtunya dah bertolak utk sampling kat Tioman..Ya Allah..permudahkan...sebab itulah..im soo sorry pada kawan2 sebab xsempat spend time same2...terutama pada Cik Munira..soryy juga...tp im so lucky to have u in my life sbb stakat ni u sorg je tahan dengan kebusyaan sy..hehe..

P/s: berkat doa mak ayah n ramai org..semua perjalanan tampak mudah.alhamdulillah.....


Saturday, June 8, 2013

akhirnya kau pergi jua......

hari ini genap sehari engkau pergi... semoga kamu dapat tempuh di alam yang baru.. tunggu kami disana... kami pasti menyusul nanti...... alfatihah kepada pok teh......

Tuesday, June 4, 2013

ya allah...selamatkan pakcikku..... jika ada harapan untuknya sembuhkanlah dia.... jika sudah sampai waktunya permudahkanlah sakaratul mautnya.... pakcik......ijan boleh doa dari jauh je.. T_T

Wednesday, May 29, 2013

senyuman itu.............



malam itu aku dalam perjalanan balik ke rumah sewa..
1.00 pagi...gelap..sejuk...sunyi...
sedang melalui suatu kawasan, ada sepasang manusia berhenti ditepi jalan..
risaukan keadaan yang sudah larut, aku perpatah balik..

dari jauh ak melihat sepasang manusia itu terbongkok-bongkok..
mencari sesuatu.kemudian memijak2 sebelum memasukkan ke bakul moto..
apakah sedang dibuat mereka....?

sebaik ak berhentikan kenderaan ak..
ak disambut dengan senyuman itu...
datang dari insan yang sudah berumur..
berkedut rupanya..lusuh pakainya..
ak lihat pasangannya.
juga sudah berumur...

"pakcik..."
ak memulakan perbualan..
"pakcik buat ape..moto pakcik rosak? mlm dah ni.nak sy tolong ape2?".ak menambah...

"tidak, anak...pakcik cr tin..."..sambil tersenyum..
ak mula sebak..sudah larut begini ada lagi org yang masih bekerja...
pakcik itu kata lagi..
"malam sdp sikit, org tak nampak.. sejuk.."
 ak terus sebak teramat sangat..tapi ak tahan..ak tak mahu tunjuk kesedihan depan mereka..

selepas itu mereka meminta diri utk sambung mengutip tin...
walau bayang mereka sudah hilang..ak masih lg disitu....
pelbagai soalan dikepala..
dimana anak mereka?
bagaimana makan pakai mereka?

kita makan cukup pun masih merungut tak sedap
apatah org yang tak cukup mkn.....
sesungguhnya ramai lagi yang hidup begini

setiap kali ak lalu dikawasan itu ak akan teringat senyuman mereka..




Tuesday, May 21, 2013

Master project


semalam dalam kekalutan untuk siapkan thesis, aku sempat juga curi masa untuk ke ceruk Paloh. untuk set up lab projekmaster  aku nant. ade supplier yg akan supply aquarium, filtering set, rack dan segala macam lagi la utk projek ak. seem to be expensive, harapnya qoutation tak mahal..

untuk master projek, ak akan buat pasal live rock. artificial live rock..mencabar juga tajuknya sbb xbyk rujukan..insyallah..cuba lakukan yang terbaik...

Sunday, May 12, 2013

Nyawa ketika menulis tesis


ketika menulis thesis ni kehidupan memang berubah 360 darjah.
tido pon pukul 4-5 pagi. dalam tak cukup tido still kene teruskan menulis.
nasiblah ak dah start menulis awal. tak lah kelam kabut sangat. 
esok draft kedua ak nak bagi ke supervisor.  
tu pun SV dah bising suh antar awal skit..hehe
SV plak mmg aktif, busy skit sokmo..
 time dia ade mmg tulah masanya nk consult
even due date asal 23hb, tp esok (13hb) dah kene hntar siap kt SV
dia nk basuh dl.hehe.takpe teruk skit xpe asal siap dgn cemerlang

sepanjang minggu ni mmg ak fokus gile2 buat thesis. mandi mkn smua pikiaq nk tulih ape. 
tunggu mknn siap pun dok nulis lg smpai kene maki ngn kawan
hehe.lantak korg janji keje ak siap

rutin ak, dlm tgahari dtg uia siap2 mkn n yang ni:-


 


yang ni mesti kene ade. ak hari ni tak sempat bli nes kopi mocha ni, otak jem seyh..
yg muffin biasanya jd mkn mlmlah. sbb ak duk kat 1 kelas ni
kelas ni dr dl jd tmpat ak bertapa. jd mls nk keluar2.bli muffin ni teruih..
dalam pukul 12.30mlm, agak2 kene halau ak balik la.
smbung kat rumah. kalau rajin buat smpai subuh.

kalau kat rumah ak ske mkn benda ni..


kismis.dia ade wow factor ble mkn.ok tipu..
ak pon tak tau npe ske mkn. masam2 kot. ceh, mcm ngandung

last but not least. senjata ak. tool kesayangan 


my ASUS.
dengan screen 15.3 inchi, mmg efficient nkmenulis
nk promote plak. tp mmg btol. ade extra keybord kt tepi cm desktop.
tanpa ASUS kesayangan ni mmg xsiap laa..

hopefully dpt siap dengan jayanya mlm ni...yeah!!

P/S: ade ag yg jd nyawa ms tulis tesis. tp kat gombak.ok bye...