Wednesday, December 22, 2010

aku perlukan topeng power rangers biru!!




bayangkan ak pakai topeng ni..pastu pukul2 makhluk tu..puas hati den..

mesti tak paham kan..saje jek suspen..hehe..

kisah sedih ni tau sbenarnya..*sila baca dgn perasaan yg sayu utk dptkan mood yg sesuai..haha*

hari ni, ak perlu mencari tabung yang ade kunci tu. sebab ak ade buat bisnes sikit kt wackos (tempat budak2 sains lepak2 bila habis kelas). jadi, untuk mengelakkan kejadian kehilangan income, ak nk beli tabung tu..

lepas kelas Biotechnology, Law and Ethics DR Ahmed yg comel tu, ak trus pergi bandar..mula2 ak pergi kt Tunas Manja..haha..ape punye namelah kedai ni kan..logo kedai ni mak kangaroo dgn anak di yg cute duduk dlm karung poket..wahaha..klakar.tapi malangnye..tak de tabung yang ak nak.ak keluar..

trus ak pergi ke Eng Hong.pun tarak.kedai sebelah  dia pon tarak. trus pergi ke ECM.ECM ni mmg besar ye kwn2 *gaya siti sifir..pastu mata ak mula sakit.sesakit2nya..mula nmpak budak2 sekolah..tapi budak2 sekolah yg jenis ni ak nyampah..mls nk ckp.. 


"kita ddk rapat2 eh.krusi ni keciklah"

ape diorg pk ye..kamu tu baru budak sekolah.ape yg kamu boleh jamin utk hidup bersama..

ak dahlah geram round2 tak jumpa tabung yang ak nak, jumpa pulak dgn golongan2 ni buat nak rayet (pukul) je sorg2..tp seriau pulak diorg mcm ramai..wuhaha..pastu dgn perasaan hampa ak pon keluar.pergi kat Megamall. Ya Allah..lagi bersepah org2 mcm ni..mmg sedih..meruntun jiwalah kalau tgk..bangsa n agama2 lain sedang berlumba2 utk memajukan diri..org islam dan sebangsa dgn kita pula hatinya dah diulit dgn segala fantasi dunia..fikirannya dah diikat dgn keseronokkan dunia sehingga mereka tidak sedar diri mereka itu dah ternoda sedasyat-dahsyatnya!!

ak bukanlah baik..ak sedar, byk sungguh kekurangan diri ini..memang rs tidak layak utk mnyatakan kesalahan org..cuma inilah yg ak mmpu buat..mencela org yang membuat maksiat didalam hati itu kata nabi adalah selemah2 iman kan..itulah..kan best jd power rangers biru.mmg ak takek sorg2..huhu..

masa ak nak naik eskalator. satu psangan ni mmg duk erat berpeluk2..muda benar, dlm lingkungan 14-15 tahun! boyfriend dia siap pandang2 ak dgn muka kerek Kerepek ubi. konon nak menunjuk kat ak yg dia ade girlfriend..huhu..yela, ko hensem, ak tak sbb tu ak jln sorg2..tp ak selesa sbb ak tak bergelumang dgn maksiat hina tu. teett..tak tahan ak lame2 kat sini, ak pulak jd segan bila tgk semua2 tu..hem..ak pon cr surau utk solat zohor.

lepas solat kat surau  situ, ak trus sambung cari, Alhamdulillah ak dpt cr tabung yg ak nak.pastu ak balik cepat2..Ya Allah..kau peliharalah hati ku..jgnlah dekatkan hatiku dgn maksiat yg akan menggelapkan hati ku..amiin..

nak dating mcm ni bila dah kawin.romantik..huhu


P/S : bersyukur dgn didikan ayah n mak ak yang bnyk mmbantu ak utk hidup dlm kehidupan yang penuh cabaran ni...

Monday, December 20, 2010

Penggunaan Gitar Dalam Islam

 

Nyanyian adalah diharuskan oleh golongan pertengahan.Hal ini terjadi apabila orang yang terlalu asyik denagan Allah SWT ,nyanyiannya adalah baik..Manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu,nyanyian haram baginya.
Namun begitu,jika nyanyiannya itu dijadikan sebagai rutin harian sehingga mengabaikan perkara yang harus dan wajib ,maka ia berada dalam kalangan orang-orang bodoh yang kesaksiannya di tolak.
Bercerita mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam,Iman al -Ghazali beranggapan bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali dan ditiup dengan mulut adalah sebahagian daripada punca ia di haramkan.
Pengharaman alat muzik tersebut adalah berpunca daripada haramnya arak.Beliau menganggap muzik akan merangsang orang yang mendengar untuk mengambil arak.Bagi orang yang berhenti daripada meminumnya pula ,mendengar bunyi alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tempat dan pesta minumannya dulu.
Setelah itu beliau membuat huraian dengan menyatakan jelaslah bahawa sebab pengharaman bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan,sebaliknya membuktikan semua pekara baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia
Kesimpulannya tiada hadis yng melarang penggunaan alat muzik ini.Hakikatnya penggunaan alat muzik ini hendaklah digunakan ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT serta tidak melalaikan orang yang bermain dan juga orang yang medengar.

P/S: ramai org kate main gitar ni buat kita gelap hati, berdosa dll..buat ak rs ragu2 dgn hukum main gitar ni. bila jumpa ni dah terjawap dah persoalan ni..

Sunday, December 19, 2010

Ciri-ciri lelaki suka berpoligami

Ni antara ciri2nye...


1. Bersikap sentimental dan suka dimanja dan dibelai

2. Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.

3. Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting.

4. Suka membuat keputusan terburu-buru,

5. Keputusannya selalu berubah-ubah

6. Suka bertukar kereta

7. Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua.


sumber: martinelli's blog


P/S: rasa2nye macam ade je ciri2 ni..wuhaha...


Trip ke London..


Trip ke London? haha..tajuk agak melampau tu..pergi Cameron Highland lah. Trip ni kire yang ke dua untuk tahun ni ak pergi Cameroon..ups! Cameron..asyik brangan pergi luar Negara je..trip pertama dulu ak ikut masa ak masih bekerja di pusat tuisyen. Trip kali ni ak pergi bersama keluarga ak. Aduhai..homesick lah pulak sebut keluarga.padahal baru seminggu naik..huhu.ini serba sedikit pengalaman yang nak kongsi ms trip aritu,,

Hari pertama (7 disember 2010)

Kami Bertolak dari muar dalam jam 2 petang.

gambar-gambar sebelum bertolak:-

ayah tengah susun barang

penuh tak? wahaha

ok, ak tau..ni xde kaitan..ni ms ak tunggu mak ak lah…

Perjalanan mmg agak panjang.tp ak rs pendek sebab ak tido..haha...kami berhenti solat dan makan di RnR Sungai Buloh.

Lepastu kami pon truskan perjalanan..bla..bla..bla..bila hampir dah nak keluar tol bidor..ayah tibe berdialog

“cuba teka..brapa tol kita ni, dari rawang-bidor”

Wahaha..ak memula cume nak main2 teka jek sbb ni permainan budak2...

Pastu mak sambung

“sape kena, mak blanja makan ape je yang dia nak”

..teettt..ak nk seafood..wahaha..terpaksalah meneka dengan serius.ak terpaksa guna ilmu nostradamus ak..(ala ikut logikla jarak rawang-bidor tu..sebelum ni tangkak-kl = Rm 12+)

Jadi ak teka lah rm 36..ayah rm 32..ajid rm 35..mak rm 31..ami rm 27..haha..ami memanglah jauh..tapi semua dekat2..wahaha..bila ayah msuk tempat tol tu semua berdebar (tanda semangat kesukanan yang tinggi)

Pastu keluarlah nilai kt papan tu RM37..wuhaha..!! dekat sudoh denge nombo kawe..semua gelak kuat gile dalam kereta.sampaikan pakcik tol tu tanye kenapa kitorg gelak sedemikian rupa. dia pandang board tu, mmg tak de krateria utk digelak kuat mcm tu. Pastu ayah ak cerita lah.pakcik tu plak gelak kuat2.kitorg Cuma pandang je.kalau ye pon nak jage hati kitorg tak perlulah buat2 gelak kuat cmtu sebab kitorg sedar bukan lawak pon..haha..so, melepaslah kitorg nk mkn best2..tp mak ak mmg betul2 yakin dgn jwpan dia.dia siap keluar duit tol Rm 31 je.ikut ape dia teka..bila ayah mintak br dia cari2 duit..huhu..bravo my mum..confident itu penting ye tak..

Kitorg dah sampai bandar Bidor, Perak.dalam pukul 6 petang. Next, kitorg perlu cari hotel.mula2 nak decide tido masjid je.tapi atas dasar keselamatan kitorg cari hotel jugak.

ni hotel yang kitorg tido..RM 88/net

Ade hotel yang kitorg jumpa kt bandar tu, tp ade sedikit keganjilan terhadap hotel tersebut. Perasaan ak kuat mengatakan yang hotel sebelum ni adalah sarang maksiat.so, kitorg bermalamlah di hotel Long Faat ni.

Hari kedua (8 disember 2010)

Wuhaha…gelak dulu..pagi2 lagi kitorg dah menuju ke tapah untuk meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highland.(rasa mcm kt cerita explorasi kt TV1 lah pulak).wuhaha.jalan dari tapah memang biasalah..sempit sikit, curam sikit.hati-hati, xmo muntah k..dalam perjalanan tu kami berhenti kejap kat air terjun Lata Iskandar..gambar skit...

adik bongsu-ami

adik kedua-ajid

adik sulong-ijan.haha

my beloved family-kecik je fmily ak

air sangat jernih

buktinye..kaki ak memang putih..xlah,airnya jernih.slh ckp plak

pemandangan kat air terjun Lata Iskandar

cempedak goreng yang mak beli..sehingga menjilat biji

selepas puas main air, Kami pon teruskan perjalananlah..

antara rumah orang Asli

Oke2..kami sampai dalam pukul 11 pagi.kami plan nak tido kt Brinchang.sape nak pg nant ak cdangkan kt Brincang.malam2 ade pasar mlm yang korg boleh round2.suasana pon mmg best dari Ringlet ataupon Tanah Rata.lepas je kami dapat hotel..kami trus pegi luch..mmg terbaik mkanan kt sini.ak boleh rasa bertapa segar salad yang ak makan tu.

my lunch-kuah kari tu ak amek sampai melimpah,xsenonoh

mkn dulu.wahaha!!

Lepastu kami jalan2..kami nak pergi ke rose center.sebab dl ak dah pergi masa ikut trip pusat tuisyen.kali ni nak rs pergi dgn family pulak.sebelum tu kami beli2 barang dulu.

ayh kata nk campak ami kt bwh tp xlarat nk angkat sebb gemuk.hehe

mak pilih2 brg..

strawberi coklat.yummy!

Habis shopping, g cari rose center.Selepas berbelit2  cari jalan, jumpa lah jalan utk ke Rose Center. 

bawah ni Gambar2 kat rose center..*nnt kalau korg pergi, ade sorg pekerja bangladesh yang akan jual benih.dia ikut je korg pg.pandai2 korg handle..!




 ni mat bunga ..huahua


pemandangan di puncak

Lepas puas panjat2 bukit (dalam bentuk tanggalah..haha)..kami pon turun..balik tu kami singgah kt pasar malam utk bli makanan mkn mlm

msti ajid tgh pau mak..grr

Selepastu,Kami pun balik utk dinner..lepas tu dalam pukul 9 mlm geng 3 stoodges (ak-jid-ami) kluar merayap lagi.ak sempat sebat 1 baju.tp bayarlah.ajid pon smpat sebat.tp kesian kat ami.dia tak sempat.huhu..ajid blanja kitorg jagung bakar.mmg manis n sedap sgt2..mkn panas2 dalam cuaca sejuk2 gitu mmg tak terkata lah.

ami-ajid

ami-ak

Hari ketiga (9 disember 2010)

Pagi-pagi lagi kami dah merayap..mmg kaki rayap nk buat mcmana kan..wuhaha..tempat pertama kami pergi, ladang strawberi..

gambar kami kat ladang strawberi

Lepastu kami pergi ke Ladang Boh..tapi half way je.sebab tak bukak ag..jadi kami amek gambar kat tepi2 tu je..


ade muke pengutip daun teh x?


“amek gambar ayah dengan daun pudina ni, plez”

Masa nak balik tu hujan lebat.jadi kami singgah sekejap kat kedai strawberi..beli strawberi..bli strawberi coklat..keychain..

mkn pon nk posing

saat2 ami jatuhkan strawberi coklat..tidaakkk

keadaan bandar pagi tu

Sebelum tu kembali ke Hotel kami, kami sarapan dulu..roti canai n milo panas..

makanan yang sgt cocok pg tu.

Sampai hotel dalam pukul 10 pagi dan kami mula berkemas2 sebab tengahari tu dah nak balik.

dah habis kemas..huhu

Dalam jam 11 kitorg pon check out..

Sebelum balik tu kitorg berhenti jap minum teh..

ayah ckp teh dia mhl rm 3 secawan.haha.

Dalam 20minit, kami pon truskan perjalanan..meninggalkan seribu kenangan manis di sini..

Memang touching ms nak balik tu..huhu..entah bila lagi nak pg. Dalam perjalanan tu kami berhenti kejap.tengok permandangan

sweetkan gmbar ni..huhu

Kami sempat jugak singgah kt hutan lipur tapah..huhu..

aksi ami menyelamatkan slipar dia yg jatuh dlm air terjun.wuhaha

Kami duduk2 kat situ dalam 30 min jugak.borak2, gelak2 dan trus balik..alhamdulillah kami selamat sampai Muar dalam pukul 8 malam..

Kenangan ni takkan mungkin ak lupakan..walaupun ak pergi dengan siapa pun selepas ni, mungkin takkan sama..sebab keluarga ak tetap terbaik..walaupun keluarga ak kecik je, tp ak tetap berbangga ada ibubapa & adik2 yang menceriakan hidup ak..love you…proud to be part of them!


Fakta2 tak leh blah masa trip ke Cameron

1) pernah ke org check out pkul 10 malam?.bila kitorg tanye betul2 dia sendiri tak pasti bila org tu nak check out,mngesahkan hotel tu sarang maksiat..location: Hotel see Foo, Bidor..

2) kenapa muka cina kt cameron merah2..mcm awek korea la..hukhuk

3) kami sangat kagum bila kami bercakap keluar asap..dush2..keanak2kan..

4) kalau jumpa org ni jgn bli berger ngn dia..beger dia rasa slipar..location: lata iskandar 


P/S: terlalu banyak bahasa rojak..maaf ya..sebab rindu kt keluarga (xde kene mngena)

Friday, December 17, 2010

sorry ye cik Adik, tak sengaja...

Tadi kelas  penuh..kat lab tu kerusi semua pendek2....

tp sebab penuh ade yang tak dapat kerusi..

ak salah seorang..

masalahnya kerusi tu tinggi..jd dalam lab tu dah macam tiang bendera..so, ak pon duduk blakang..

masalah duk blakang ni tak dengar..

lecturer tu tak pakai microphone..

kelas udahle beso...

jd belakang tu sayup-sayup je dengar

jd lecturer suh pindah depan....ramailah pindah..masa tengah2 pindah tu ak tengok ade kerusi rendah satu...

ak biar dl..pastu tgk mcm tak de orang..ak pon sebatlah krusi tu..sambil ucap Alhamdulillah..masa tu ak tak tau ak rembat kerusi orang..

dah2 tu ak plik apsal sorg budak perempuan ni berdiri..kawan-kawan dia tanya, dia tunjuk2 blakang..ak dengan innosennye pon ikut toleh blakang..

pastu kwn seblah ak tegur, ak amek kerusi dia..aduhai..ak sebat kerusia bermakhluk rupenya...

ingatkan tak bertuan..patot panas je ak duduk td..uPss!

ak fikir, nak pulang ke tak nak..nak pulang ke tak nak..pastu kesian pulak...

masa ak angkat2 tangan nk bg kosi tu kt dia..ade sorg budak bg dia kerusi galah...ak panggil galah sebab kosi tu tinggi..so, duduk lah dia atas kosi galah tu...

to that person..im so sorry k..

im not mean to do that...

aphal speaking ni..

hem...maaf ye..huhu..


p/s: rs bersalah sepanjang kelas..adakah ini tandanya ak gentleman? uhuk...:0

Tuesday, December 7, 2010

kata-kata buat insan yang di rindui


Assalamualaikum..

Dah lame jugak tak update blog yang tak seberapa ni..Alhamdulillah, berkesempatan juga walaupun sekarang ni dah pukul 4 pagi..ini jelah masa yang ada..

masa sebulan cuti ni sudah pun ak penuhkan dengan kerja sambilan..diam tak diam habis dah cuti..rasa berat hati untuk berhenti kerja. sejujurnya ak mmg betol-betol serasi dan selesa bekerja di situ..walaupun kadang-kadang tertekan tahap dewa, tapi 'kebahagiaan' bekerja di situ membuatkan ak lupa dengan segala tekanan2 tu..memamg sangat sedih keranan terpaksa berhenti. tp ak kene sedar, ak perlu teruskan perjuangan ak yang masih lagi panjang ni..

ak kene teruskan perjuangan ak di Kuantan..mengejar cita-cita ak..mengotakan janji ak dan melaksanakan tanggungjawap ak pada ayah dan mak..terlalu berat amanah yang terpikul dibahu ak..tapi ak kene tabah..bukan kehidupan namanya jika semuanya indah..tidak bermakna hidup ini jika segalanya mudah..

jadi sebelum ak berangkat, sekali lagi ak ingin mengatakan yang ak tentu akan merasa rindu bekerja dengan kamu semua. terima kasih atas segala kenangan yang diberikan. ak juga ingin memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang mmbuat kamu semua terguris. insyallah jika ade kesempatan ak akan melawat kamu semua..

harap persabatan kita kekal buat selamanya...

~gambar hiasan~


pengalaman bertemu dengan orang yang hebat sebenarnya boleh membuatkan diri kita bermotivasi. bersyukur sangat berkesempatan bertemu dengan org2 ini..insyallah akan mengaplikasikan semua benda yang dipelajari sewaktu bekerja ni dimasa akan datang..

terima kasih, kalian semua....:)


P/S : tiba masanya waktu untuk melapangkan fikiran.....:)