Monday, December 20, 2010

Penggunaan Gitar Dalam Islam

 

Nyanyian adalah diharuskan oleh golongan pertengahan.Hal ini terjadi apabila orang yang terlalu asyik denagan Allah SWT ,nyanyiannya adalah baik..Manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu,nyanyian haram baginya.
Namun begitu,jika nyanyiannya itu dijadikan sebagai rutin harian sehingga mengabaikan perkara yang harus dan wajib ,maka ia berada dalam kalangan orang-orang bodoh yang kesaksiannya di tolak.
Bercerita mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam,Iman al -Ghazali beranggapan bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali dan ditiup dengan mulut adalah sebahagian daripada punca ia di haramkan.
Pengharaman alat muzik tersebut adalah berpunca daripada haramnya arak.Beliau menganggap muzik akan merangsang orang yang mendengar untuk mengambil arak.Bagi orang yang berhenti daripada meminumnya pula ,mendengar bunyi alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tempat dan pesta minumannya dulu.
Setelah itu beliau membuat huraian dengan menyatakan jelaslah bahawa sebab pengharaman bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan,sebaliknya membuktikan semua pekara baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia
Kesimpulannya tiada hadis yng melarang penggunaan alat muzik ini.Hakikatnya penggunaan alat muzik ini hendaklah digunakan ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT serta tidak melalaikan orang yang bermain dan juga orang yang medengar.

P/S: ramai org kate main gitar ni buat kita gelap hati, berdosa dll..buat ak rs ragu2 dgn hukum main gitar ni. bila jumpa ni dah terjawap dah persoalan ni..

No comments: