Sunday, October 30, 2011

Kad Hari Jadi untuk si comel dari si comel....



Ni lah gelagat Ami bila pilih kad Hari Jadi kepada seseorang


PILIH KAD
Lokasi: Astaka Muar
masa: 2.00-4.00 petang















Ade ke dia suruh aku beli kad ni..huu


dia memang kaki pow..


TULIS AYAT
lokasi : Rumah
Masa: 8.00-12.00 mlm (lame kot!)

Cari Idea dari kad contoh


Mula Draf


Tension


Draf lagi..

try Google ayat n facebooking

Last-last kua jugak ayat dia yang bape ketul tu..untuk orang yang istimewa memang lame sikit kene cari ayat,kan2..:)


P/s 2: entry kali ni agak peribadi sikit. Jadi agak susah untuk difahami kecuali untuk yang berkenaan. harapnya kamu suka kad kami..:0


...........SELAMAT HARI JADI untuk kamu.........




















Tuesday, October 18, 2011

Maafkanku kawan...


Kuhembuskan nafasku dalam hidup
Indah kesunyian dalam mimpi
Diam ku seribu bahasa
Diam menyimpan dalam perih
Sesumbar ku katakan aku bisa hidup sendiri
Tanpamu kawanku.....

Namun dalam hati aku teriak
Teriak tiada henti
Menangis dalam kepedihan
Kesuyian yang selalu menemani
Dan selalu menghampiri
Selalu dan selalu.....

Adakah secercah harapan
Menyelimuti diri dan merasuk ke hati
Adakah....
Dimana harus ku mencari?
Kawan pengganti seperti engkau.?.........

Tiada..tiada sepertimu kawan.

Maafkanku......

Maafkanku.....

Maafkanku....



Monday, October 10, 2011

sebelum bergelar Biotechnologist


Biotechnologist..

Alhamdulillah, dari kecik inilah impian aku..walaupun tidak begitu spesifik untuk berada dalam bidang ni, tapi aku dari kecik memang kagum melihat manusia bersut putih di kaca TV. Manusia bersut putih yang petah bercakap tentang fakta-fakta sains, yang ada teori-teori baru, yang yakin menerangkan itu-ini kepada orang. banyak rasanya cerita-cerita macam tu kt TV sekarang. cuba tengok kt channel 501..pasal eksperimen-eksperimen untuk budak-budak kecik. cerita macamtu yang aku pernah tertengok dulu...

Aku ingat lagi peristiwa sewaktu kecil , macamana aku hampir menghanguskan rumah aku sendiri sebab nak tahu macamana api merebak dari kertas kecik, peristiwa masukkan air dalam kipas sebab nak tengok macamana air yang banyak2 tu boleh diserakkan oleh angin, lepastu patahkan pokok2 mak sebab nak tengok ape dalam tu..bila terfikir tu, gelak aku sorang-sorang..gila betul aku dulu..hehe.. belum lagi aku tumpahkan 2 baldi air kat seluruh rumah termasuk bilik tidur parent sebab...hem...sebab ape, aku lupa..hehe..tapi, kesemua keje gila tu diakhiri dengan satu pengakhiran yang sama..kene belasah dengan ayah..hehe..cakap je dengan ape, rotan, hanger,joran..semua penah rasa..semua tu ok lah, tapi aku tak boleh makan dengan paip getah..itu jangan main-main..bengkak 2 minggu woo..ni semua gara-gara sifat curious aku...curious membawa padah..hehe..

minat aku itu jadi semakin mendalam sewaktu aku di tingkatan 4..aku terlibat dengan satu projek.projek itu adalah sama bidang dengan bidang yang aku buat sekarang.bioteknologi.projek tersebut berjaya menjadi johan untuk peringkat negeri dan layak untuk membuat pameran pada orang ramai di peringkat kebangsaan..dalam pertandingan karnival sains dan teknologi kebangsaan pula, aku berjaya mendapat tempat 30 teratas dalam 200 lebih penyertaan..tapi tak menang la...orang lain mantap-mantap..projek power-power gile..projek aku biasa je...huu...tp..

itulah yang membuatkan aku lebih jelas dengan matlamat aku, minat aku...untuk menjadi seorang saintis...

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat peluang itu sekarang... aku akan buktikan impian aku bukan sia-sia...paling penting...aku boleh teruskan gila aku dalam lab tanpa kene rotan..wahaahaha..


dulu tak dapat den nak main mesin ni...




serabut sikit..sorry



P/S: Tetapi banyak sungguh cabarannya....Ya Allah..kuatkanlah hati ini..:(

Sunday, October 2, 2011

aku skang Life Guard...



Alhamdulillah...setelah berhempas pulas mendapatkan lesen.(rujuk sini).akhirnya 12 hb september 2011 aku secara rasmi telah ditauliahkan dengan bronze medallion dimana dengan adanya sijil tu aku boleh berkhidmat dimana-mana kolam renang sebagai life guard..

bermulalah episod aku di kolam renang UIA KUANTAN..walaupun penat dengan kelas dan lab, aku setakat ni sangat seronok dengan kerja aku..aku rasa, inilah kerja part time yang paling seronok pernah aku buat..tak stress..rakan kerja yang best..dapat swimming..swimming tu mmg sangat seronok...even 2 jam swimming pon aku tak pernah rasa puas..esok aku kerja...excitednya! tengok skit tempat kerja saya...:)



ni pemandangan dari kaunter life guard..


pemandangan dari kaunter juga..





P/S: kawasan ni paling belakang di UIA, dan dikelilingi dengan hutan..malam biasanya akan kabus..jadii sesiapa yang berenang malam rs sejuk gile..dan boleh demam..
tp aku suka swimming mlm!

Cabaran sudah bermula!



Setelah 3 minggu start sem baru..barulah jumpa masa nak update..subject sem ni sangat berat..hampir kesemuanya Killer subject...

Insyallah, dengan 'semangat' baru..aku boleh....:)



berjumpa lagi dengan "benda pelik" ni





“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan
[Alam Nasyrah 94: 5-6]


P/S: Tiap kesukaran itu disertai kemudahan..:)- Janji ALLAH