Sunday, August 28, 2011

Adakah aku berjumpa lagi dengan ramadan akan datang


sayu...sedih....pilu....tu yang dapat aku rasa pabila melangkah ke masjid sebentar tadi. untuk tahun 2011, tadi adalah terawih terakhir buat aku..entah kan dapat, entahkan tidak untuk aku berjumpa dengan ramadan akan datang..


Ya Allah..semoga engkau terimalah amalanku yang tidak seberapa ini..
aku manusia yang serba kekurangan...
aku manusia yang penuh dengan dosa..
aku lemah....
aku berdosa...
janganlah engkau tutup pintu hatiku Ya Allah..
jika ajalku hampir Ya Allah..
pertemukanlah aku dengan Ramadanmu yang akan datang, Ya Allah..

sungguh..aku terasa berat untuk meninggalkan ramadan ini....
Ya Allah..kuatkanlah hati hambamu ini....
untuk menerima perpisahan ini....

aku sesungguhnya sangat berharap...
Jika ramadan ini bukan yang terakhir buatku....
tetapi jika ini ramadanku yang terakhir, aku redha, Ya ALLAH...

Ya ALLAH..terimalah amalan hambamu yang hina ini.............


P/S: Sungguh! aku pasti akan rindu pada ramadan ini....:''''''''(

Hari mendera adik...


Assalamualaikum....
haaa...puasa pun tinggal satu hari je lagi..
tidak hairan waktu sekarang memang sibuk bersiap untuk menyambut hari lebaran
tidak terkecuali aku..
hari ni final touch untuk bersihkan rumah..
paling best bila buli adik bongsu aku hari ni..
huhu...bila lagi nak tengok dia panjat kerusi lap tingkap..mop lantai..bila lagi..
masa raya ni jela...hehe
sorry ami...bergurau..jgn mara aahh..nanti kene jual..
alaa..lagipon lap tingkap ngan mop jee..tu pon orang tolong..huh..












P/S: ami the best! hehe..

Thursday, August 25, 2011

Setahun yang lalu..............


Setahun yang lalu, bagi aku hari jadi kamu yang paling bermakna buat kita. untuk kita berempat. dulu, ada sahaja aktiviti yang kita buat bila tiba hari jadi kamu. tetapi, hari ini.......................

Dua tahun lepas, kita sambut hari jadi kamu di Benteng, Kuantan..malam tu kita berempat keluar. kononnya nak buat kejutan..pergi jalan-jalan..tapi tak jumpa-jumpa tempat sesuai..dekat-dekat sejam..aku rasa kamu pon dah tau kot..hehe.akhirnya kita berhenti di Benteng. betul-betul tepi sungai Pahang..walaupun kurang surprise, malam tu kita sambut dengan gembira. ketawa bersama-sama.. masih ade lagi video kita malam tu. sebak tiap kali melihat video itu.

Adhamerudin Omar....

walaupun aku diberi masa yang sedikit untuk mengenali kamu, tetapi aku sangat bersyukur. aku sangat bersyukur dapat menjadi rakan baik kamu. aku bersyukur kerana sewaktu kamu pergi, kita sempat habiskan masa bersama, aku berada dekat dengan kamu.. dan aku bersyukur juga aku diberi kesempatan untuk melihat wajah kamu yang terakhir, dapat menyiapkan rumah baru kamu dengan tangan aku sendiri. selamat hari lahir,semoga kamu tenang disana, sahabatku.....

Al-Fatihah

kisah terakhir kita bersama--> KLIK SINI


P/S: masih terbayang-bayang lagi kenangan kita malam itu setiap kali aku melawat Benteng...........


Cerita di Wayang sekarang boleh di bau! haish pelik..



Tadi sambil berjalan-jalan tanpa arah tuju dengan azfar, saje tengok-tengok cerita kat GSC..salah satu cerita aku usha ialah cerita Spy Kids..lepas tu tengok kat poster ade tulis: 4D..with aroma scope..blur aku..bila tanya akak kat kaunter, dia kata, aroma scope maksudnya kebolehan kita untuk bau, segala bau-bauan dalam cerita tu..pening jugak aku..kalau aku tanya lebih-lebih, nanti sure dia suruh aku beli..cangggihh betol boleh bau..tapi semua bau ke? kalau kat tandas ke, bau tandas ke..pastu tak lenguh ke pegang gitu je..cane diorang simpan bau dalam alat kecik tu..bukan bau ni hasil dari sifat kimia satu benda yang dibawa udara ke? cukup ke udara dalam alat tu...aiseh..banyak tanya lah..nanti sape-sape dah tengok, kongsi kat sini eh..nak tengok malas, sebab bukan selalu dapat pergi Melaka..


P/S: Lepas tanya cerita Spy Kids, terbeli tiket. tapi bukan Spy KIds. Cerita rise of the planet of the apes.tak tahu kenapa jadi macam tu. mungkin curious nak tahu ape jadi kalau monyet jadi pandai kot..hehe..
ulasan: tak logik!

Tuesday, August 23, 2011

Sekolah Agama semakin TERUK???!!??


TUMPAT: Curiga terdengar tangisan bayi dari sebuah bilik asrama sebuah sekolah agama dekat Pasir Pekan di sini, membongkar rahsia kelahiran seorang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkan pelajar tingkatan enam hingga menggemparkan pengurusan sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari seorang pekerja sekolah terbabit selepas pelajar perempuan berusia 18 tahun itu ditemui bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di atas katil dalam bilik asrama tingkat satu bangunan itu.

Menurut sumber, curiga dengan tangisan itu, pekerja berkenaan memanggil rakannya untuk memeriksa bilik asrama sekolah dan terkejut mendapati dua beranak terbabit berada di atas katil.

Beliau berkata, pelajar berkenaan kelihatan lemah, selain bimbang dengan kejadian berkenaan selepas melahirkan bayi di sekolah.

“Bimbang dengan keselamatan pelajar itu, pekerja berkenaa memaklumkan kepada pihak sekolah dan yang kemudian mendapatkan bantuan ambulans,” katanya.

Pelajar berasal dari Pasir Mas itu dipercayai melahirkan bayi di dalam tandas sebelum membawa anaknya yang masih bertali pusat ke dalam bilik tidur asrama sebelum terlantar akibat keletihan.

Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya sakit senggugut sebelum dipercayai meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama.

“Pelajar itu mendakwa tertinggal barang dan meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke biliknya.

“Dia pernah mengadu sakit perut kepada rakannya, namun bila ditanya dia kata senggugut, malah rakan-rakanya tidak mengesyaki apa-apa dan turut terkejut ," kata sumber.


Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi memberitahu tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian berkenaan.


“Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan dan tidak pasti kejadian itu berlaku di kawasan ini atau sebaliknya. Bagaimanapun siasatan akan dilakukan sekiranya laporan berhubung kejadian itu diterima,” katanya.

SUMBER : Metro

Lepas ni, mungkin ade orang berfikiran masuk sekolah agama pon sama je dengan sekolah biasa. budak sekolah agama pon teruk.huh! tak ada beza. biasalah, bila kes-kes begini. terutama berlaku di sekolah agama. hebohnya agak luar biasa. walhal, kes-kes ini sudah biasa bagi sekolah biasa. tidak boleh dihalang pemikiran orang. bila aku baca pon agak marah, juga..sebab geram dengan keruntuhan akhlak budak-budak sekarang. tambahan pula, imej sekolah agama tu mesti dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu. tapi, kita tidak tahu, pelajar tu diiniaya ke. rela ke. kita tak tahu kisah sebenar..kita tak nak jadi masyarakat yang suka melatah tanpa usul periksa kan..ape pon sekolah agama ade keistimewaannya tersendiri. jika teruk pon ade segelintir..adelah sekumpulan manusia yang timbulkan masalah, tp bukan konsep sekolah itu yang bermasalah..sekolah mana-mana pon, kalau hati susah nak dibentuk memang susah. sekolah agama ade kepentingannya yang tersendiri. yang bersekolah di sekolah agama pasti tahu.....peace yo!

P/S: zaman sekolah tu adalah peringkat dimana guru-guru dan sekolah menyediakan acuan untuk diri kita. Pada peringkat remaja adalah sangat penting untuk mempunyai acuan yang betol. kerana, walaupun ibu bapa sudah mencorak kita sejak kecil, tetapi zaman remaja sangat mencabar dan memerlukan peranan banyak pihak...peace!


Monday, August 22, 2011

Im BACK!


Alhamdulillah...syukur sangat-sangat..dapat balik blog ni..banyak kenangan kat blog lama ni..syukur dah dapat balik..thanks sangat kat blogger Munira..semangat kembali nak berblogging!!