Wednesday, October 27, 2010

Tanggungjawap......

Beratnya amanah.....

setiap pikulan amanah kita nanti akan dipersoal di akhirat kelak..

amanah bukan suka-suka..bukan buat diri kita berbangga dgn kejayaan mendapatkan jawatan itu..tapi suatu perkara yang amat berat! bayangkan, kita amat mudah untuk tercebur ke dalam neraka kerana tidak menjalankan amanah kita dengan betul..

ikhlaslah wahai hati, jangan kau berkata lagi...amanah itu sangat berat..sangat berat..berikanlah yang terbaik untuk menjalankan amanah itu sebaik-baiknya..

terima kasih pada yang undi..herm...walaupun hanya untuk organisasi yang kecil, tetapi tetap merasakan pikulan amanah yang berat ini....

saya hanya manusia biasa yang akan merasa penat, lelah, dan tidak kuat untuk menempuhi semuanya sendirian..saya harap saya dapat sokongan semua dalam menjalankan tugas tersebut..kerana.........




sesungguhnya...




amanah itu sangat berat~


p/s: insyallah akan berikan yang terbaik...

Tuesday, October 26, 2010

DEmaM

sekarang ni musim final dah kembali.......

adatlah kehidupan tunggang langgang...

tak tidur.....

makan tak tentu...

masa n diri akan jadi tak terurus....

memang adatlah tu bila menjelang Final exam tercinta...woooh.... suke...

hehe..bila lah kan aku nak study smart, terbaik n mmg deboom...

selalu study ade je benda-benda yang melingkar kat fikiran sampaikan akhirnya ak tewas untuk study awl..oh...tidak...

final exam sayang..nnt saya akan fokus pada kamu ya..

tgk..wlaupon lagi seminggu final exam otak dah mula dah corrupt..

hee....

selamat menyambut final exam sekalian semua....maafkan diri ini jika ada kekhilafan yang nyata atau tidak sepanjang sem ni...

doakan yang terbaik untuk ak! 

p/s: ak benci final exam tu sbnrnya..tapi tpaksa ngaku syg..wwooooh..nasib..:'(

Saturday, October 23, 2010

MenCari SeMaNgat DiRi

Assalamualaikum......

sebenarnya dah dua tiga kali dah taip utk buat entry..tp cume biarkan kt draf je...

sorry, post kali ni cam tak de pape je....

sejak dua minggu lepas..ak dapat satu penyakit..

hem...tapi ak tak pasti ape....

bila ak dalam keadaan yang tertekan..kepala ak rasa sangat sakit..

masyallah..terlalu sakit..

berdenyut kepala ni sampaikan ak rasa mcm nak hentak kepala kat dinding!

ya ALLAH..adakah masa ak akan sampai tidak lama lagi?

setiap kali sebelum presentation ak akan tertunduk dulu menahan sakit yang amat sgt!

arrghhh..

final exam semakin hampir...

ak takut ak tak dpt memberi yg terbaik nanti..herm..

tapi mmg sangat busy dlm dua minggu ni..mmg ak  push sgt diri ak utk siapkan smua keje sampai mengabaikan kesihatan ni..hemm....

harap2 ak cepat sembuh..


P/S: takutnye kalau dapat migrain.....

Wednesday, October 13, 2010

Sweetnye.......~

 Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belummelihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…


Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesenkeretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? -sekian-


p/s: mampukah ak jd mcm ni......................

Thursday, October 7, 2010

~kembali pulang~

Am G
Bintang terlihat terang
F C
Saat dirimu datang
Dm E
Cinta yang dulu hilang
F E
Kini kembali pulang


Am G
Lihatlah dia mulai bernyanyi
F C
Coba merangkai mimpi
Dm E
Cinta yang dulu pergi
F E
Kini datang kembali


Am G
Wajahmu mengingatkanku
F C
Dengan kekasihku dulu
Am G
Wajahmu mengingatkanku
F G
Dengan masa laluku


Reff:

C G
Kekasih yang dulu hilang
Dm Am
Kini dia tlah kembali pulang
C G
Akan ku bawa dia terbang
F E
Damai bersama bintang


C G
Kekasih yang dulu hilang
Dm Am
Kini dia tlah kembali pulang
C G
Betapa senang ku dendangkan
F E
Dan takkan ku lepaskan

solo:

Am G
Wajahmu mengingatkanku
F C
Dengan kekasihku dulu
Am G
Wajahmu mengingatkanku
F G

Dengan masa laluku


p/s: err...ade kene mengena ngn hidup ak ke? haha...lagu ni mmg tragis..ehum!...

Apabila aku Down.......ak akan....

aku tertekan...

banyaknya dugaaan yang datang...walaupun luaran nampak tenang, nampak ceria, tapi hati tuhan yang tahu...:)

aku perlukan kekuatan....

minggu ni terlalu banyak benda yang ak tempuh...grrr...sampai tak sempat berfikir untuk diri sendiri..fikirkan masalah org sehingga mslah diri sendiri pon tak selesai...:)


hari ini..ak ada mid term paper untuk Tissue Culture...mlm ni jugak ade presentation yang masih x buat ape2 persediaan lagi....

lepas kelas malam ni..ak akan terus pergi beli tiket balik..ak tak perduli...huhu..

keluarga ak lah kekuatan ak......

nak balik.....................................jugak

harap ak dpt tempuh hari ini dengan cemerlang..amin.......:)