Thursday, September 5, 2013

Berdiri di kaki sendiri


aku dari kecik jarang berpisah dengan keluarga. masa duduk asrama dulu bermacam siri melarikan diri ak dah buat. mcm scolfield jugak la dlm prison break tu. ade je idea nak melarikan diri dari asrama. huhu. bebudak bilik ak pon dah biasa dah dgn prangai ak. 

ade sekali, masatu musim sakit mata. ak tgk member2 yg sakit smua dpt balik. ak rs situasi ni boleh diexploitasi. ak pon tetenyeh mata ak smpai merah. pg rumah warden sambil bwk buku outing. warden tgk mata merah terus sain. dpt cuti seminggu.tgkla..mane nk pandai ak dulu2..woha...

habis SPM, ak dah mula merantau tempat org. ak sambung belajar kt UIA PJ mastu ak dah betul2 jauh nk balik. jujur, hari pertama ak kat situ ak nangis.hukhuk. mngkin rasa diri comel lg nak mnagis.KOT. tp lame2 ak rs kuat sbb ade kwn sebilik yang baik. jujur. terubat rindu nak balik. biasalah kalau belajar jauh. masalah msti sama. kewangan. ak bukn keluarga senang. dan bukan sifat ak nk mintak2 kat parent. ak akan cuba sedaya upaya utk survive. dengan duit seribu tu utk 3 bulan. bukan mudah nk berjimat. cara ak survive, ak beli periuk nasi n cooker. walaupon org slalu kne saman. tp nasib ak baik, ak sekali pon xpernah kantoi.hee. ak kongsi duit beli sardin n beras. setiap 2 minggu. ak keluar naik bas beli beras. takut kantoi dgn pakguard. ak pass beras kt member yg dah ready kt pagar. punya susah nk berjimat.huhu.sardin pulak. kami akn pilih paling xde brand pastu paling kecik. sekali masak satu tin kecik rm1.20. ade 3ketul ikan kecik. dpt la kongsi 3 org.mkn dengan kicap.ak mkn benda tu tengahari n mlm selama setahun setengah! still survive

masuk kuantan. sekali lagi ak mengalami krisis kewangan. malah lebih teruk.ak dpt separuh je PTPTN. bila tolak yuran. duit poket tinggal rm400. rm 400 utk 4bln?? mustahil anak nak hidup. mastu, ayah bagi ak rm200 sebulan.tak banyak.tp Alhamdulillah.ak syukur.rs bersalah sbb sshkan mak ayah. duit tu, ak mkn reroti n memaggi..penah sekali. ak tpaksa patah dua meggi. sepatahan utk tengahari. sepatahan utk mlm.jgn mimpi nk jd org lain, tgk wayang, mkn sesedap bagai.ak nak mkn nasi pon rasa susah. bila nak masuk tahun 2, ak dapat offer yayasan melaka. alhamdulillah.sejak tu, ak dptdah mkn nasi. tapi still kene berjimat. ak ade lagi record setiap perbelanjaan ak. ade lagi ak simpan.huhu.

zaman master pulak, macam tu juga. nk kata terlalu heaven tu tak la. cukup2 makan. janji ak tak mnyusahkan mak ayah. ak msih lg boleh berbangga, kwn lain terpaksa byr duit daftar master tu dgn bantuan parent tp ak tak perlu. walaupon hanya rm1130, tp bkn senang nk kumpul ms study. hasil pengumpulan ak buat keje sambilan dedulu, dptlah byr. kepuasan sendiri, byr dgn duit sendiri. skang pon, walaupon ade gaji. tp still berjimat tu perlu. ak nk pesan satu je. kita xde duit, jgn asyik kate xde duit. sabar, insyallah ade jalan. mak ayah ak paling banyak bantu ak survive. ayah senyap2 bg 2-3 ratus kalau ak balik. pd ak sgt sweet, dan kuatkan motivasi ak utk blaja lg kuat. skang ni, walau gaji tak besar, ak cuba nk bg mak n ayah. tp setakat ni diorg tak nk amek..:(

Kerja Sambilan

keje sambilan ni memang jadi hobi ak bila cuti. ak xboleh duduk diam kt rumah. bukan duit tujuan utama. tapi pengalaman, kwn, link dan sebagainya.

1) lepas SPM, ak buat part-time kt tempat tuisyen. walaupon keje xglamour. basuh tandas, kutip yuran, pergi bank. tp kat situ ak belajar psl akaun, komunikasi n mcm2 lg

2) pernah cuti sem CFS yg 3 minggu tu je,ak keje part time 2 minggu sbg promoter perumahan. kat sini blajar utk jd muka tembok.huhu. pakai kemeja pns2 kejar org, bukan senang!

3) Jual roti. pepagi n gegelap, bangun rebus sosej. bancuh sos.buat roti sosej black paper. jual rm1 sebiji. untuk bnyk juga. pastu ak blaja buat sos sndiri. boleh la cari makan

4) ak jadi Life saver kat kolam renang. sebelum ak dpt kerja. ak kene ambik lesen dl. walaupon mcm nk mati, dpt jugalah lesen tu. pastu dapat lesen tu, ak apply jd life guard. tp ak keje tak lame. setahun gitu.sbb bos tak bayar gaji. sampai skang (dah 3 tahun) xdpt lg gaji.

5) private tutor. ni best. ak mngajar budak2. tp ak pergi sendiri rumah diorg. so parent tak risau.lgpon student UIA senang nk mngjar. org kate diorg lebih yakin. yeke?. kat sini aku blaja handle bebudak. 

6) jual kerepek. ni baru peringkat rancangan.walaupon dah buat master. tp nak ade side income skit juga.huhu. sbb produk tu best. ak rs boleh pg jauh. nnt ak bncang dgn tokehkedai nk tumpang kedai dia. wokeh! huhu


P/S: jangan lokek memberi...banyak kamu bg org, byk kamu dapat balik. percaya la..ak dah alami bnyk kali. mungkin xdpt dr segi duit juga. tp mungkin dr segi rezeki, offer dan juga isteri yg baik n solehah. woha!

No comments: