Thursday, September 5, 2013

Re-Post




Assalamualaikum..entry ni ak dah buat 2 tahun lepas. tapi terasa nk repost balik.wahaha. masa post ni dibuat, azfar baru beberapa jam fly g france..k lah..sila bebaca...

Entry ni khas ak tujukan buat kawan rapat ak atau bahasa omputehnya BFF (best friend forever)*sila terharu ye korg..huhu..Entry ni memang byk gambar. Saje nak kenang balik kenangan kita kan..Sahabat aku yang pertama ialah Muhd hafizuddin Azman atau kitorg panggil hapiz/piz/jexxn dan sahabat kedua ak Azfar Jasni atau kitorg panggil far/por/garlic…

1) HAPIZ

Ak mula kenal mamat ni ms form 1 lagi.tapi ms tu dia nerd sgt10000x..haha..dia ni pling pandai dlm batch kitorg. sejak form 1, ranking dia dlm form mmg  tak lari dr 5. masa form 1, dia pendiam. selalu jadi mangsa buli. sebb dia baik n skema kan, dia slalu jd mangsa keystone species. ak plak mmg cepat kesian kalau bebudak kene buli ni. start situ ak mula rapat. .ak jd super rapat dgn apiz masa kt 2 Arif.ms tu kitorg berkongsi minat yg same. GAME.mstu kitorg mmg taksub dgn game mcm Age of Empires, Red alert.siap lukis2 gambar lagitu.nak2 ag kt buku arab.hehe...ingat lg tak ms kite pth2kan karkulator rosak? (memang tak de keje k.huhu) bila F** Nampak, balik tu F## mengamuk sangat2 kt ko.sebab ko tgh pegang kalkulator tu. dia ckp tu kalkulator sorg bdk pompuan ni.ak tak tahu nape dia mrh, mungkin sbb admire kt bdk tu. dia mngamuk.hehe. ak masa tu dah keluar klas.tp ak tak jadi keluar bila dengar bunyi org jerit2.tgk2 ko kene marah.dia jerit2.ko duduk je.dia punya ayat maki tu mmg sgt sentap.paling sentap ade perkataan "gemok". ak dgr jd pns. ape kaitan gemok dgn main pth2 kalkulator yg dh pecah yang ktorg sangka xde org punya tu?. Ak mmg kesian sgt kt ko, piz.ko diam je.ak tanye gak dalam hati, knplah ko tak melawan. then, tghari tu ak gaduh besar dgn F@# tu.tp lwn mulut jela. masatu ak tak kuat..:p.huhu.waktu form 2 tu lah ak mula blajar mcm2 dari ko terutama psl pelajaran.lpastu kita berpisah kejap.sebab ms form 3, kelas di rankingkan.jd, Ko msuk kelas pertama n ak kedua (bru mula knl dgn azfar). Walaupun kita lain kelas, tp ak ttp konsistenkan cara yang ko ajar dl.walaupun mula2 ak tak yakin dgn diri sendiri, tp akhirnya ak cemerlang gak r time PMR tu.. Terima kasih, piz sebab ko lah pencetus ak utk belajar. Ms ak form 1 (sebelum rapat dgn ko). Ak dpt no 121 dlm form.ms hujung tahun 120. sape sangka boleh perform PMR.jasamu amat dikenang.hehe. Waktu kita SPM kita sekelas.kita duduk seblah menyebelah.mcm kt 2 Arif dl.tp keadaan dah tak mcm dl.bual2 pasal game.SPM ni kite serius gile.mstu kita mmg asyik blaja je kan.huhu.mmg xde masa nak rehat. Dah nama pon SPM.waktu SPM nil ah kita jd makin rapat.sebab kite jd 1 team utk pasukan inovasi. tak sangka projek ala2 rambo kite bertiga tu dapat pg kebangsaan dua kali.kita pon mmg dah jd sgt akrab.mcm adik bradik.bila tamat SPM.tinggallah kenangan2 indah yang kita lakar kat sekolah tu.bila keluar result seperti ak dan org2 lain duga, kau pelajar terbaik SPM kt sekolah kita..sekarang ni kau dah pun merantau di India. Dan akan kembali sebagai DR gigi *ak xsbr nk dpt rawatan ko sbb msti dpt diskaun kan333?.hukhuk..

2) Azfar

Minah mamat ni pulak ak mula kenal ms form 3. Ms form 1 tu tak brapa nk kenal sebab dia tak terkenal kot. Silap2..ak dah cancelkan..ms form 3 ni ak duduk depan dia.dia ni pon mmg pemalu jgk orgnya.poyo.j.tp bila kenal dgn dia, dia tak lah sesenyap yang disangka. dia mmg seorg yg jujur, baik hati, hormat org tua. Memang selesa berkongsi msalah dgn dia.smpai ke hari ni ape2 pon ak akn cerita kt diorg ni..kitorg start rapat bila azfar call ak utk jd team dia dlm team inovasi. dia terang. bla.bla.bla psl projek tu. then ak pon setuju..sebab ak mmg dr kecik mmg suka bebenda camni. then, atas usaha kite cuti2 bermalam kat lab, tido sejam dua. mkn meggi dlm bikar tu. bergelumang dengan bauan harum kandang. projek kita dpt pg peringkat kebangsaan. tp xdpt tempat la.hehe. mungkin ade hikmahnya. sbb kalau ade tempat, kita kene btanding kt Korea. so, xdpt la fokus trial SPM. seb baik kalah.huhu. Ms SPM, kami jgn mimpilah nk challenge addmath or math azfar. Otak kanan dia mmg perform gileer. huhu.selepas SPM kami kerja sama2, kerja kat Pusat Tuisyen Sinar Berjaya.we start from zero. tak tahu menahu pasal pentadbiran, akaun2 apetah lagi skil2 dengan org ramai..lepastu kita kne handle berdua sebab akak yg incharge tu cuti bersalin. Mmg  agak berat sangat sampai kita pon rs mcm nk terberanak sekali kan.huhu. sekarang ni azfar study kat UTP..dan skang ni tengah praktikal selama 8 bulan di Institut SupĂ©rieur de l'Automobile & des Transports ,Nevers, France. 8 bulan nanti tak jumpa.isk2... Biasanya cuti2 ni ak akan buat program kat sekolah lame, SMKA Maahad Muar. Tp nmpaknya tahun ni xdptlah. Ko pun xde.bosannye..so, ak pon decide nk buat short semester.so, azfar…harap2 byk timba pengalaman kt perancis tu n bwk blik sini utk jd engineer yang baik. Lepas 8 bulan kita jumpa k..kita ronggengg.. 

..harapannya persahabatan yang kita bina ini di redhai ALLAH dan insyallah akan kita kekalkan sampai mati..

Korang mmg penting bg ak, sbb korg bukan je ade waktu ak gambira tp ade jugak ms ak sedih. Thanks friend.
Kami ni dah mcm adik bradik.sebab mak ayah kitorang pon mmg saling kenal.slalu stay rumah masing2. seriously ak mmg tak terasa bosan sikit pon bila hang out ngn korg..

 Semoga ukhuwah yg kita bina ini ikhlas kerana ALLAH dan kekal utk dunia akhirat

To my best friend forever, thanks for being a part of my life..ni ade sedikit gambar yg boleh kite gelak2kan..heheheehe..*gelak mat lampir dulu


1) masa Inovation project; institute haiwan kluang,makmal,kandang

dengan encik amiruddin
cikgu pembimbing kami smpai skang;c.rasidah kasbi
ni bahan kajian kitorg.wuhaha

Air teh yg hafiz bancuh.hahaha

suntik ubat
 

apis
apor

amek sampel dr rectum.yaarrkk

lepas habis amek sampel

dgr taklimat cikgu

bengangkan time ni, junior2 tgk kite jemur bwang putih.haha
berhempas pulas buat tesis

ni buat tesis ke borak ni.haha
tragedi 60 ml..haha




2) pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang, Negeri


sebelum presentation

konon-konon tgh discus la kot.haha
ter Johan

3) ASAT kebangsaan; centre point,negeri sembilan


lepak2 kat tasik
sumpah tak tau korg buat gaya ape..terutama apis! haha

ak tak tahu npe ak rs gambr ni sungguh xmatang.haha
ms kemas booth..kemas ke ni weh..sempat gambar2 plak.

mangsa ak.huhu

kitorg mkn2 aiskrim
pilih2 aiskrim
model eskrem.
ms mkn mlm.mkn dgn awek.kene cover.huhu
ak rs ak xtahan lapar.speech pjg sgt


4) after 4 years


ak n hapis-ms g KL


lepas ice skating
ice skate


5) Extra

kat institute haiwan Kluang. kite nk cover ape tah.lupa
habis tadarus..
masa hantar azfar naik flight..
P/s: terasa sedih sgt ms hantor ko, por..so..hopefully dpt sesuaikan diri kt tempat org tu..jage diri, jge iman, insyallah selamat hidup ko. mlm tu, lepas hantar ko, bual2 ngn hapis spanjang jalan..dia teman ak drive..mmg rindu sgt suasana tu..syukurnya ak dpt kwn mcm korg..best sgt..doakan kejayaan ak..friend for ever~
~entry ni khas untuk korg~

No comments: