Wednesday, May 29, 2013

senyuman itu.............



malam itu aku dalam perjalanan balik ke rumah sewa..
1.00 pagi...gelap..sejuk...sunyi...
sedang melalui suatu kawasan, ada sepasang manusia berhenti ditepi jalan..
risaukan keadaan yang sudah larut, aku perpatah balik..

dari jauh ak melihat sepasang manusia itu terbongkok-bongkok..
mencari sesuatu.kemudian memijak2 sebelum memasukkan ke bakul moto..
apakah sedang dibuat mereka....?

sebaik ak berhentikan kenderaan ak..
ak disambut dengan senyuman itu...
datang dari insan yang sudah berumur..
berkedut rupanya..lusuh pakainya..
ak lihat pasangannya.
juga sudah berumur...

"pakcik..."
ak memulakan perbualan..
"pakcik buat ape..moto pakcik rosak? mlm dah ni.nak sy tolong ape2?".ak menambah...

"tidak, anak...pakcik cr tin..."..sambil tersenyum..
ak mula sebak..sudah larut begini ada lagi org yang masih bekerja...
pakcik itu kata lagi..
"malam sdp sikit, org tak nampak.. sejuk.."
 ak terus sebak teramat sangat..tapi ak tahan..ak tak mahu tunjuk kesedihan depan mereka..

selepas itu mereka meminta diri utk sambung mengutip tin...
walau bayang mereka sudah hilang..ak masih lg disitu....
pelbagai soalan dikepala..
dimana anak mereka?
bagaimana makan pakai mereka?

kita makan cukup pun masih merungut tak sedap
apatah org yang tak cukup mkn.....
sesungguhnya ramai lagi yang hidup begini

setiap kali ak lalu dikawasan itu ak akan teringat senyuman mereka..




No comments: