Thursday, August 1, 2013

masalah nak balik raya


Baru dapat berita orang yang aku nak tumpang balik nnt tak balik. wah...memang sangat hebat cabaran ni. nak cari tiket balik dah tentu takkan ade. aku pon memang pening dah ni nak balik macamana..




agak2 moto ni larat ke nak balik..huhu

Tuesday, July 30, 2013

kejadian tembak di Malaysia


Beberapa bulan lepas, satu kejadian tembak berlaku melibatkan seorang guru.
selepas beberapa bulan, satu lagi kejadian juga melibatkan guru berlaku.
 dan yang terbaru semalam, berlaku kejadian tembak di Kuala Lumpur.
di Facebook sekarang ini pon tersebar video selepas kejadian tembakan tersebut. baru-baru ini tak silap ak keluar satu undang-undang baru tentang penggunaan senjata api ni. sesiapa yang didapati bersalah menyewakan senjata api kepada org lain, dia juga bersalah. bunyi mcm tak adil, tapi ini adalah langkah utk mngelakkan org yang ade lesen menyewa kan senjata tersebut bg membolehkan org lain melakukan jenayah. tapi pendapat aku yang terlibat dlm kejadian sebelum ni bukan jenis yang pinjam2 nih.. ini memang tahap professional. ala2 pembunuh upahan.. nauzubillah..manusia kalau pasal duit tak hairan boleh berbunuh..semoga isu ini boleh ditangani segera. 

P/S: gambar atas tu peserta top shot.ak edit. padan muka.

cuti raya


diam tak diam dah berada di 10 mlm terakhir ramadan..sekejap benar rasanya..
tahun ni, spt tahun lepas raya tak dapat lame..
tapi tahun ni lagi dasyat..hari raya ke-3 dah balik kuantan..
harap tahun depan dpt beraya dengan enaknya..huhu
yangpasti selepas raya banyak sgt kerja yang menanti..
harap dapat selesaikan satu persatu..
all the best Mizan...chaiyokkk

Sunday, June 16, 2013

Kereta baru~


bila tambang bas nak naik 30% terasa nak pakai kereta la pulak..yela, bus Kuantan-Muar dah la terhad. bila dah terhad, even servis ala kadar pon terpaksa jugak naik sebab takde pilihan. pernah sekali rosak sampai 3 kali tersadai tepi jalan. pastu duduk terminal lame sangat. perjalanan 4 jam jadi 11 jam. patotnya kami yang customer ni yang marah. tp sebaliknya..kami pulak kene marah sebab bertanya. kami tanya bukan sebab tak sabar yang mcm mkcik ckp tp nk kepastian je sebab kami tak tau nk teruskan perjalanan mcamana. driver suruh cr bus baru. mustahil lah sebab smua bus occupied.musim raya masa tu kan! huhu

cukupla masatu..bila ingat balik memang horor..skang ni ak ade dua je kereta dalam kepala..ViVA atau Saga SV..saga SV yang baru ni agak murah juga...

Saga- kelebihan dia besar skit dr viva, then jalan jauh best
Viva- of cos save minyak, tinggi skit, so tak terhantuk kepala cam saga.huhu

tengoklah macamana..terbuka hati nk beli yang mane...lagipon ni kereta first..tak yah besar2 sgt..ekonomi pon tak stabil..huhu..bukan ape, malu la jugak..pergi rumah bakal mertua pon tumpang kereta org.haih!

Friday, June 14, 2013

my busy day~


waa...minggu ni selesai presentation untuk Final Year Project..
alhamdulillah...selesai dengan jayanya...
correction untuk thesis pun hanya minor...tak banyak..syukur..

tapi minggu depan banyak benda yang nak dibuat..

1) apply permohonan jalankan kajian di Marine Park
2) buat correction thesis
3) hard bound Thesis
4) meeting putrajaya
5) isi borang master
6) siapkan proposal master
7) list barang nk beli utk master
8) publish journal 
9) tempah barang SCUBA
10) tempah tranport
11) isi borang clearance

benda ni semua perlu disettle next week. sbb sabtunya dah bertolak utk sampling kat Tioman..Ya Allah..permudahkan...sebab itulah..im soo sorry pada kawan2 sebab xsempat spend time same2...terutama pada Cik Munira..soryy juga...tp im so lucky to have u in my life sbb stakat ni u sorg je tahan dengan kebusyaan sy..hehe..

P/s: berkat doa mak ayah n ramai org..semua perjalanan tampak mudah.alhamdulillah.....


Saturday, June 8, 2013

akhirnya kau pergi jua......

hari ini genap sehari engkau pergi... semoga kamu dapat tempuh di alam yang baru.. tunggu kami disana... kami pasti menyusul nanti...... alfatihah kepada pok teh......

Tuesday, June 4, 2013

ya allah...selamatkan pakcikku..... jika ada harapan untuknya sembuhkanlah dia.... jika sudah sampai waktunya permudahkanlah sakaratul mautnya.... pakcik......ijan boleh doa dari jauh je.. T_T