Sunday, February 24, 2013

Ya Allah...permudahkanlahhhh


semakin nak hantar thesis..semakin bertambah kerja aku....semakin rumit dan complicated..data ak kene bnyk dan pelbagai..br strong jurnal tu..bertambah kerja ak..pening...bagai ta cukup 24 jam tu..tinggal skit je lg...kuatkan semangat....!!

Saturday, February 2, 2013

My second homee


Salam...

keseronokan cuti semester mmg tak ada utk plajar tahun akhir..its really killing ur happiness..baru je balik kampung, supervisor akan mula tanya bila balik..huu..ak decide untuk balik awal seminggu utk siapkan kerja..tp sebelum naik, ak sekeluarga sempat bercuti..nntilah entry lain..inilah rumah kedua ak..huu..marine laboratory~

 

 projek ni second part dr FYP ak..yg first part dah pon involved dlm projek dgn marine park..yg second projek ni plak involved utk projek student master. target utk habiskan tu agak melampau..tp i just push myself beyond the limit..insyallah dah nk siap..insyallah hari ni siap..ni gambaran skit filtration yg ak buat:



mesin cool blog n mesin tebu






suspended sedimend collected from the sea bottom


oven a bit..



tadaaa...biskut...


okeh...the biskut then will be weighed, then the dried weight are used in order to pertain the sedimentation rates by using some sort of calculation.

my schedule


6.00-6.30 pg= bgn,solat..biasanya tertido balik.huhu
9.00 pg=singgah kafe + beli roti untuk sarapan + tapau utk lunch
10.00-10.30 pg=sampai lab buat keje
1.00 tghari= rehat + lunch + solat
2.00-6.00 ptg = sambung buat lab
6.00-6.15 ptg= balik, bungkus mknan mlm..
malam = baca journal + thesis

*messaging not included.huhu..

mcmtu lah hari2..huu..org bujangg..














Wednesday, December 12, 2012

cara pemakanan mengikut jenis darah kami




Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba



Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


P/s:  macamana? hehehe..boleh tak?

Sunday, December 2, 2012

Alhamdulillah...habis sudah...:)


Alhamdulillah...setelah berhempas pulas akhirnya tamat sudah seminar itu..bukan senang nak hasilkan satu journal rupanya. nampak macam berjela-jela ayat je selama ni, tapi sebenarnya untuk hasilkan satu ayat je perlu masa yang agak banyak. terutama fakata yang kita nak nyatakan. kene pasti betul2 betul dan perlu ade reference. untuk tahap ak sebagai pelajar undergrad, mmg tersangat susah kerana ini pengalaman pertama. paper ak nanti akan dipublish dalam bentuk journal oleh Marine Park Malaysia n Ministry of Natural Resource, dan mulanya memang agak cuak sebab tak pasti mampu atau tak.tapi Alhamdulillah, dengan bantuan supervisor ak Assoc.Prof.Dr.Shahbudin, ak rs ak bnyk blaja. even last minit, alhamdulillah smua ok. kat sana mmg best,makan best,hotel best, dpt jmpa org best2, mmg ter motivated utk jd mcm diorg. dah la ak berempat je yang student undergrad. yang lain kebanyakannya Prof,Dr dan at least PhD n Master student. seminar ni 7 universiti yang join n Marine Park allocate bajet utk conduct research untuk data diorg. UIA dpt dlm Rm118K gitu kot..n salah satunya projek ak..k lah, enjoy the gambar..


 enjoy bilik dl..huhu..tak sempat rehat sebab terus turun main ping pong.

 bilik ni ak duduk berdua. space byk ag sbnrnya





 hari last-sebelum balik..

 hari ke-2.UIA je bj same.hehe



 kafe yang agak terbaik


 ade org main musik masa mkn.hehe


 sukan melempar ini bagus utk rawat stress..huu

layan durian dlu sebelum balik..sedap!


Im soo sory pd seseorg. im too busy smpaikan xsmpat luangkan masa utk awk. dari pagi sampai ke malam asyik buat kerja je smpai biarkan awk sorg2...tp syukur sgt awk fhm..nnt sy blanja Aiskrim ok! hehe..sebab tanpa awk pon, mustahil kerja ni smua boleh siap..tak larat sy nk bawa smua pressure ni..syukur ade awk..ok, sy up lg..Domino!



Friday, November 30, 2012

Nak kawin.....susah ke senang?


haha..tajuk memang agak hardcore..hehe..nak kawin sekarang ni macam2 nak kene fikir. rasanya sampaikan menutupi fungsi penting perkahwinan tu tersendiri. yang penting majlis itu kah? atau hidup selepas itu kah? sampaikan aku sendiri jd kopius. hakikatnya majlis untuk kawin tu tak lah membebankan..tetapi, adat muadat (ade ke?) ni yang jadikan susah..even aku tak lagi nak kawin esok atau lusa, tapi tanya2lah juga kt senior, dll (mls nk eloborate) hehe..

menurut akak N..., (2012), biasanya mmgla kita nak yang simple, tapi family kita takkan nk simple..kita kene jage hati banyak orang untuk buat majlis. jadi, majlis tu jd complicated utk bg kepuasan smua pihak..hee

menurut beliau lg, kita kene pandai2 lah utk bincang molek2 dgn parent or sedara or jiran kalau ade. haih...biasanya mslah org bru nk kawin  ni bajet la....makan sekarang ni kebanyakannya katering. katering sekepala biasa area RM10-15. itu baru katering. khemah, bilik, pelamin, hiasan meja segala bagai tu.belum lagi. pastu kad jemputan lagi..paling murah sekarang 0.8sen sekeping (H.., 2012) ..tu pun kene hujan tulisan jadi lutur. peta Jerantut jadi peta Muar.hehe. ok....sudah pening...biasa yang biasa2 pon akan cecah RM20K

hee..all the best la ye..nak kawin kene pastikan diri tu sedia dulu lah..majlis ni insyallah ade jalannya..yang pasti orang kata kawin ni rezeki jd murah..ok..nk kawin...ade org nk sponsor tak?..hehe


Proses untuk berjaya


semua inginkan kejayaan, nak kaya, ade duit banyak, harta yang menimbun. itulah tafsiran yang sering diberikan oleh orang zaman sekarang. kekayaan. sampaikan cara untuk mendapatkan kekayaan itu pon sudah tidak diambil kira halal atau haram. bukan sedikit orang berjaya dengan cara yang salah. banyak..semoga hidup ak dijauhkan dari semua itu. biarlah kita bermula dari bawah, asalkan cara kita itu betul. biarlah org tidak pandang asalkan tuhan memandang. tak perlu berbaik dengan lecturer. jadi hipokrit semata untuk mendapat 'perlindungan'. kejayaan atas sebab orang lain itu tidak bermakna pon..kerana ia seolah-olah menipu diri sendiri!

proses untuk berjaya bukan senang..planning,usaha,doa...bukan target,approach,bomoh,dapat..

P/S: peace yo!

Thursday, November 8, 2012

update-update..


lamenye tak update blog ambo ni..kesian dia..huu..habis je seminar kebangsaan ni Insyallah lega dah sikit..data utk FYP ak ni sebenarnya akan diberi pada Marine Park..jadi memang sangat2 busy nak analize smua sample yang ade..sedangkan kawan2 lain ade yang belum sampling ag..jelesnyee...:(

minggu ni semua org cuti seminggu..ak je tak dapat balik...duduk lab..huu..sedihnya..insyallah, ade hikmahnya...tabahla!!