Tuesday, February 15, 2011

mane kawan2 rapat ak nih!!!!

Assalamualaikum..sehat semua? uhuk2...mintak2 sehat lah ye..

hari ni nak cakap sikit pasal persahabatan..pernah tak rasa kita ade kawan yang rapat sangat-sangat..lepas tu bile kita ade masalah, kita sakit...kawan tu hilang..huhu..pernah tak?

pernah tak rasa? rs ape? rs macam diperguna..rasa mcm kawan tu cuma ade bile senang je..kan? rasa sangat kecewa sangat9..aku pun rs mcmtu..tambah2 lagi ak tak boleh jalan ni..kaki aku bengkak balik.sampaikan nak mandi pun sakit sangat apetah lagi nak pegi makan..tp ak kene fikir..kawan2 ak po ade masalah juga kan2..

lagipon tak semua kawan2 kita tahu ape yang kita alami..kenapa ye kadang-kadang kita selalu buat andaian yang buruk pada orang walaupun itulah kawan kita paling rapat..itulah SYAITAN..suka membisikkan kata-kata dusta yang akhirnya melaga-lagakan sesama umat..

buat ape kite hirau kawan kita kesahkan kita atau tidak..hiraukan diri kita bila tuhan tak kesahkan kita...nauzubillah..

jadi, janganlah bersangka buruk antara satu sesama yang lain..kawan kita tu pon bukan 24 jam dengan kita..kalau bini kita ye...dia tak hirau kita kene merajuk..wahahaah..ok out...


P/S: ingatan buat diri sendiri...:)

Sunday, February 13, 2011

Sini Ada Hantu~ ape mesejnya


 

Assalamualaikum....

semalam, lepas je habis workshop adobe tu ak terus pergi merayap kt tepi pantai..lepastu trus je pergi ECM..rasa-rasa nak tengok wayang. dah lame rasanya tak tgk wayang. takut nanti aku lupa je bentuk screen wayang macamana..*perlu ke alasan mcmtu? tak boleh biar ni..kene tengok jugak. ak trylah tengok cerita sini ada hantu. ceritanye taklah complicated, sebab dalam tu cerita-cerita hantu di complile kan jadi 1. ade 3 hantu, hantu pokok pisang (seram jugaklah), hantu nombor ekor (seram jugak laa), dan hantu asrama (paling tak seram)..walaupun hantu-hantu tu kurang seram, cerita ni pada aku unik sebab bsifat 'multi-races'. jarangla ade orang nak gabungkan hantu melayu, cina dan sebagainya..biasanya orang melayu tengok cerita melayu, orang cina tengok cerita cina. jadi ini mungkin salah satu usaha yang baik untuk ubah tradisi tu. kite negara yang berbilang kaum dan perlu memahami antara satu sama lain. itu yang membuatkan ak terlalu sayangkan negara ak, Malaysia sebab keunikan yang ada. Jadi, keep it up, James Lee..gud job!! mesej perpaduan kamu  memang saya nampak.teruskan okeh!!


hantu cina yang comel~

hantu melayu yang comel jugak~


P/S: ak gelak besar bila hantu tu bawak sendiri van utk majlis pengebumian dia.hahaha

Saturday, February 12, 2011

Workshop Adobe photoshop yg meriangkan~



Hi, assalamualaikum...ni lah poster saya..huu~ biasa2 je kan~

ak dah setahun 'installed' adobe photoshop dalam laptop ni. tp bila tang nak guna tu, masih garu2 kepala lagi..garu2 dengan kaki pulak tu *haih teruk bebenor tu..

Jadi bila kat U ak ni ade kursus untuk photoshop, rasanya macam orang mengantuk disarungkan bantal..ei..ape daa sarungkan..sorongkan daa..ha! pucuk dicita ulam yang mendatang kan2? kalau kat luar tu gerenti-menti mahal..jadi, ak pon tanpa fikir panjang terus daftar untuk ikut workshop ni.

Dari malam tadi ak dah set, ak nak absorb sebanyak-banyaknya ilmu yang ade, pagi-pagi lagi dah tercegat datang. mula-mula tu memang merangkaklah..sebab aku memang takde basic langsung. nak pahamkan tu memang ambil masa juga. tp Alhamdulillah..banyak ak belajar hari ni. terima kasih di ucapkan pada penganjur, terutama pada 'instructor' tu. penjelasan yang di beri tu memang terang dan mudah difahami. maaflah, kadang-kadang tertanya soalan kurang pandai skit, contohnya "err..macamana nak back balik ye, sy terdelete yang td, saya cari butang undo, tak de"..dia pun ajar..'ALT + Z'..oh, gitu..ingt macam word, boleh undo2 ..aiseh..buat malu je..

Di akhir sesi tadi, semua peserta kene design poster berdasarkan maklumat ini sahaja:-


Sciencess family day

Date : 6 MArch 2011
Venue : IIUM field
Time : 8.30am - 1.00pm


Games :

Galah Panjang
Cocunut Bowling
Konda Kondi
and many moore

Registration

ali 0132xxx92
aminah 017cc999


masa orang lain dah start buat. aku masih blur tak tahu nak design macamana..lame juga fikir tu barulah merangkak-rangkak nak buat... semua kene hantar dan setiap poster tu akan dinilai dan diberitahu ape yang kurang. 


pengajar yang baik dan mesra-bro syafiq


 waktu ak tak tahu nak design macamana. main tangkap-tangkap gambar


hasilnya, poster kat atas sekali tu. bila akhir sesi tu bila dia tunjuk semua poster kat depan, huuu bila bandingkan dengan poster yang ade, jauh beza dengan poster ak.rasa terkebelakang je.huhu..tak pelah, lepas ni kene blaja lebih!


P/S: ape-ape pun, tak sangka boleh design poster dah walaupun datang dengan zero.tahniah pada penganjur, pada saya program tu sgt berjaya mencapai matlamatnya. lepas ni harap2 ade workshop untuk edit-edit gambar gune photoshop..tak sabar nak join...:)



Friday, February 11, 2011

BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY


soalan pertama: Sila beri pendapat anda mengenai VLOG ( Video Log ) BEN ASHAARI ini

Huwaa...ini segmen pertama yang aku join..huuu..ok, pendapat aku ye tentang VLOG ( Video Log ) BEN ASHAARI..Terbaik!! tambah sikit..terbaik dari ladang!! haha..mula-mula tu nampak macam malu-malu je..tapi makin lame makin best..yela, bukan senang kan nak bercakap secara spontan..kalau aku, tak tahu lah macam mana, lagi la suara ni malu-malu nak keluar..silap-silap kamera baru on terpaksa pura-pura pengsan!!  aku ni boleh dikira sebagai blogger baru..senang kata, baru serius nak terjun dalam dunia blogging ni..orang-orang macam bro ben ni lah banyak membantu aku sikit-sikit memahami ape itu BLOG. dari VLOG bro ben, memang banyak tips-tips yang aku boleh dapat dan belajar. pastinya bro ben memang tak lokek ilmu dan banyak kongsi pengalaman-pengalaman dengan orang-orang macam kami ni..keep it up, bro..!! kami tunggu video bro yang akan datang..!!

soalan kedua: Pendapat anda mengenai www.1TUBE.MY dan penambahbaikkan yang boleh anda cadangkan .. Jika ada kelemahan , sila beri pendapat anda ..

okeh, secara jujur..sebenarnya baru dengar 1TUBE ni.kalau bro ben tak buat video kat situ mungkin tak tahu lah 1TUBE tu ape.hehe. Jadi promosi mungkin masih kurang lagi kot..jadi, cadangannya, bro ben boleh jadi duta 1TUBE ni, boleehhh?? haha..bro, gurau je eh..huahuahua..


soalan ketiga: Jika diberi pilihan , apakah anda ingin terlibat dengan projek VLOG ini atau membuatnya sendiri ?

oh semestinya nak terlibat!! huhu..kalau shooting kat outdoor tu lagi best..macam kat tasik ke..kat tepi-tepi pantai ke..baru lebih jelas konsep santai tu...:)


P/S: Jom join segmen bro ben kat SINI




Thursday, February 10, 2011

Hari Tua Menjelang~


malam ni genap dah 22 tahun ak dipinjamkan nyawa ni..

segala2nya ni adalah pinjaman buat ak dan bila2 je boleh ditarik..

persoalannya bersediakah ak?

harapnya segala pengalaman yang ak lalui selama ini mematangkan diri ak...

ak bersyukur dpt berjumpa dengan org-org selama ini menjadi tulang belakang dan kekuatan ak.

hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...:)


p/s: muhamad Al Fateh menawan kota Constantinople pd usia 22 tahun..ape sumbangan ak plak pada umur 22 tahun? masih banyak yang perlu dilakukan..

Tuesday, February 8, 2011

TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Jom kita join ramai2 segmen otai ni..hee..sape2 nak join klik kat SINI

Kembali dalam posisi


Kembali dalam posisi....

cuti pon suda habis..rasa bahagia sangat dapat balik rumah..walaupun cuti kali ini ak menghadapi beberapa musibah..tapi tetap merasakan keseronokan berada disamping keluarga..

rumah nenek kami dilanda banjir..jadi cuti yang sepatutnya diperuntukkan untuk study tu terpaksalah dikorbankan. mungkin ade hikmah disebaliknya kan..walaupun penat tapi gembira sebab dapat bersama2 dengan keluarga berkongsi saat susah, penat sama2, semua memberikan yang terbaik utk siapkan kerja..tahniah, semua..hem,

cuti kali ni juga ak di uji dengan masalah kesihatan..bila dua hari tak boleh berjalan tu, baru terasa nikmat kaki yang Allah beri tu sangat bermakna.. kaki ni kene lebih selalu melangkah ke tempat2 yang baik tanda mensyukuri nikmat ni..

Alhamdulillah semakin pulih..dalam posisi yang terbaik untuk fokus mid term..go-go

P/s: betul, kesakitan itu memang mengingatkan kite tentang kebesaranNya....