Monday, August 2, 2010

kisah menginsafkan

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.

Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.
Aku sedang berhadapan dengan Allah
Syurga di sebelah kananku
Neraka di sebelah kiriku
Malaikat Maut berada di belakangku
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik

Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

1 comment:

Anonymous said...

sgt m'insafkn ...
time to think..