Saturday, January 1, 2011

ke'zutan' di malam Tahun Baru

setelah bertahun-tahun cuba untuk mengikuti ekpedisi2 mcmni, akhirnya diberi kesempatan dan ruang oleh ALLAH utk ikut serta. tapi ak tak nafikan, mmg terasa berat utk pergi.bkn sebab ape pon.tp malas! biasalah, setan..dgn hujan2 mlm td mmg terfikirkan katil je.hukhuk.

tp alhamdulillah ak berjaya pujuk diri utk pergi, ak nekad kali ni nk turun utk ikut team dakwah ni. tahun ni tahun ke-2 UIA bergabung dgn JAIP, serta NGO yg lain spt Perkida, Haluan, Abim dll melakukan ekspedisi ini, mlm td pon ade saudara2 dari UMP dan KIPSAS membuatkan ak rs bersemangat.

pukul 9 mlm: kami smua berkumpul utk mendengar sedikit taklimat.dijangkakan 250 pelajar akan ikut. tp ats sebab2 peribadi kot n hujan, yg hadir cume 100++.mlm td sepatutnya kami berpecah 3 tempat, Benteng, Teluk Cempedak (TC) dan Megamall. tp TC tu dibatalkan sebab hujan lebat.lgpon TC xde konsert. tak ramai dtg. ak pilih utk ke benteng..:P

pukul 11mlm: kitorg smpai, dgr taklimat dan terus berpecah.cari mangsa2..hem..awal2 lagi dah jumpa dgn balok ayam. dari cerita diorg.diorg dari punk Anarki, wuhahaha..dia ckp dia leader kt Kuantan ni, menganggotai 200lebih ahli.untung kami mlm td, trus dpt jmpa ketua ayam. mcm2lah dia cerita mlm td pasal kumpulan dia.punk not dead la, blablabla..punk nazi musuh ketat dia, jumpa dia nak bakarlah..hem..semakin ak dengar hati ak mkin sedih.sedih dgn umat islam sekarang ni..semakin jauh mereka hanyut dgn ideologi yg membungkam hati2 mereka..kami tanya, apa pendapat dia pasal islam. dia jwp islam tu tiang (kt padang pon ade tiang, tiang gol), ak pon xtau dia ckp tiang ape, tp dia tak leh nak ikut tiang ni sebab dah kuat sgt pengaruh nk ikut punk. kami ajak la dia berubah, yela masih ade waktu..umur baru 23 tahun.tp dia kata tak boleh.dah cuba tak boleh.dia dah dari kecik didedahkan dgn benda ni dah sebati dgn benda ni.dia pon ade ikrar2 yg tak boleh keluar sesuka hati.nak solat pon dia kata berat.sebab tak boleh, rambut dye. mereka kata mereka lebih terikut2 budaya luar ni dr islam..nauzubillah..kami tanya pula pasal seks bebas.dia kata, punk amalkan seks bebas. dia sebagai leader, perempuan2 yang baru nak masuk, kene jumpa dia dl n tidur dgn dia dl br dia bg kt ahli2 lain.ape tak de otak ke perempuan tu.tak rasa jadi mcm alat ke.ak mengucap panjang.sgt mengejutkanlaaa..dgr dr mulut diorg sendiri..dia ckp dia dah 4 kali kene siflis (penyakit kelamin) disebabkan seks bebas. aduhai..byk lagi sbnrnya benda yg sesat ak dgr dr dia.nak cerita panjang.cuma dpt diringkaskan, mereka telah jauh dr Islam.kami bg kertas utk dia bc artikel2 pasal mati, taubat nasuha.lepastu,kami pon cari tmpat lain.lepas pertunjukan bunga api, hujan turun dgn lebatnya.tp, kami trus bergerak dlm hujan tu mengedar risalah2 keagamaan  kt org ramai. penerimaan org lain2..ade yang ambil pastu buang lepas 2-3 langkah tanpa baca, ade mengelak bila nampak kami, ade buat muka garang & benci dan siap buat isyarat suruh pergi jauh2, dan ade yg jadikan kertas tu utk halang hujan.mcm2lah gelagat manusia.huhu..kami nak buat mcmana..utk mengubah sesuatu umat perlu datang dari hati2 mereka sendiri.kalau hati tu dah benci, kami buat ape pon tak jalan.tak pelah..janji kami dah cuba.sekurang2nya dah lepas tanggungjawap kami.

2.00pg-kami btolak balik........dgn 1001 kenangan..

sesungguhnya cabaran dakwah ini sgt hebat.tapi bila kita dah mula, kita mula rs seronok.kan dakwah itu wajib bg kita umat islam..maka, JOM Dakwah!! wahaha..mari2...


P/S: berjumpa dgn saudara dari sabah (kini belajar di KIPSAS), mereka dtg dgn kenderaan sendiri.dtg seawal 5 ptg.dan selepas kami balik, mereka ada lagi tmpat nk pergi selepas ini.sgt kagum.semoga ALLAH memberkati usaha kamu, semoga mndapat ganjaran di dunia dan di akhirat.buat sahabat yg ak tak sempat tahu namanya tu.ak akan doakan kamu semoga terus berdakwah..:)

P/S: terharu dgn sorg sis yang bg pinjam payung dia.....:)


No comments: