Tuesday, November 22, 2011

Pengembaraan 20.11.2011 (^_^)





Sabtu 19.11.2011

9.30 malam: Mulakan perjalanan ke UIA Gombak
11.30 malam: berhenti makan jap kat RNR Temerloh



Mi kari-bolehla..:p

AHAD (20.11.2011)

12.30:
Sampai UIA Gombak. nak makan kat cafe Mahallah Ali. tp,tutup pulak. kami pon cari tempat nak tido. gambar yang sempat snap masa sampai.

Library

Kami rehat sebentar kat Masjid

2.30 pagi:
dengan hati yang berdegup-degup, kami mulakan perjalanan ke bukit Broga. kami gerak awal sebab kami perlu isi minyak dulu.

3.30pagi:
bas UIA baru bertolak dari UIA.


Kami minum-minum sikit

4.30pagi:
kami dah sampai bukit Broga.tapi tempatnya sangat pelik..kami tiba-tiba masuk dalam satu kawasan kelapa sawit yg banyak anjing liar. sampai satu ketika, anjing penuh disekeliling kereta. dalam masa yang sama, bus UIA dah sampai. tapi kami tak tahu kami kat mana. kami decide untuk patah balik.


GPS yg kami guna ni tunjuk puncak bukit broga! patot sesat

4.40 pagi:
kami selamat sampai. hati makin berdegup. mata aku terpandang seseorang. aku rasa aku kenal dia! aku harap dia baik-baik je. risau..:(

4.50 pagi:

Dengan serba kekurangan, aku, wan dan nasir memulakan pendakian. Jalan sangat licin. Bape kali aku tergolek.bila tengok orang lain yang lengkap dengan kasut pon struggle untuk naik aku rasa agak down. Aku dah fikir yang aku takkan dapat naik.


Selipar ni buat aku bertambah sukar nak jalan.licin!


Mulanya kami dibelakang sekali. Dibelakang Taylor College. Tapi kami bergerak laju sedikit untuk kejar kumpulan dari UIA..dalam 10 minit.akhirnya kami berjaya berada dibelakang kumpulan UIA.Aku memang hampir give up. Bukan sebab penat tetapi keadaan jalan yang memang licin.sakit tangan berpaut pada batu, pokok. Tapi, aku kuatkan jugak semangat. Aku terpaksa berkaki ayam.hehe.macam pergi sawah! Masalah kedua ialah gelap. Aku memang tak nampak apa-apa. Paling mencabar bila hendak sampai puncak pertama. Curam bukit tu 80◦. Licin dan curam. Memang sangat menguji fikikal dan mental..hehe..ada satu ketika, aku mengelongsor kebawah, aku panik sangat, sebab curam. Dalam masa aku bergolek-golek tu, aku sempat berpaut pada batu. Tak tahulah apa jadi kalau aku terus bergolek-golek kebawah.huhu..tipsnya, bila naik jangan tengok bawah sebab terasa kita tergantung kat tingkat 20! Huhu..


Dalam perjalanan



6.15 pagi

Kami selamat sampai dipuncak yang pertama. Aku sempat berkenalan dengan beberapa orang brother UIA Gombak. Hampir kesemua orang yang berbual dengan aku terkejut bila aku kata aku dari Kuantan.hehe.semangat datang jauh-jauh, penat-penat sebab ade misi besar..heee…kami pon teruskan perjalanan ke puncak kedua. Dari perbualan dengan bro tadi, puncak kedua lebih besar untuk solat.

6.20 pagi

Aku pun sampai.aku tengok dah ramai orang kat puncak.aku sangat malu. Sebab aku paling comot.hehe.bila sampai, ade budak nakal suluh kaki aku…hehe..bila nafas dah stabil, kami pon cari tempat untuk solat subuh.rasa syahdu solat diatas tu. suasananya yang tenang walaupun bising dengan suara orang. rasa rendah diri bila sujud kat tanah, asal usul aku dan tempat yang bakal aku kembali nanti. selesai solat, aku merenung segalanya yang ada kt pucak tu.sangat nyaman, damai.tak dapat digambarkan dengan apa-apa. bersama dengan seseorang yang penting dalam hidup aku membuatkan aku terleka sebentar menikmati semua ini.terlalu indah.aku ada gmbar.tapi kualitinya kurang dan tak sama dengan apa yang aku alami kat atas tu.


6.30pg-8.00pagi

hari mula cerah. suasana nyaman masih terasa. bahagia aku bertambah..:)



syabas kumpulan UIA. sedang orang lain ketawa-ketawa. bergelak-gelak sakan, tapi kamu semua amek kesempatan untuk membaca al-mathurat.dakwah secara halus...:)


hari mula terang. harimau mula mencari rusa (merepek). rusa menyorok dicelah lalang. harimau pun takut..akhirnya harimau ambill gambar je..:)











9.00 pg
kami mula turun. perjalanan turun lebih mencabar. jalan sangat licin. aku pilih untuk mengelongsor. tengah syok mengelongsor, secara tidak sengaja aku tergelongsor kearah satu ketul batu yang agak tajam. hasilnya,satu lubang dalam terbentuk di tapak kaki aku..hee..disebabkan luka tu, aku bergerak semakin perlahan. sakit kerana tanah dan pasir akan masuk dalam luka tu dan akan menambahkan lagi kesan koyak luka tu.tapi, aku terpaksa push juga untuk turun


macam balik bendang
10.45 pg
mandi di UIA Gombak

12.30 pg
Jumpa akak senior yang dah Grad..

1.30 tengahari
mulakan perjalanan ke majlis pertunangan Akram-Nadia di Rawang

2.45 ptg
sampai disana


Ambik berkat...:p


ramai kan? meriah...hehe

Meriah majlis mereka. terasa hepi sangat. semoga mereka dapat tempuh alam pertunangan ni dengan baik sebelum menginjak ke alam perkahwinan pulak..:)

6.30 petang
sampai di UIA Gombak

8.00 Mlm
aku dijemput untuk menghadiri Meggi Party Munira n kawan-kawan dia. mulanya, agak segan. tapi fikir-fikir, inilah masa nak kenal kawan2 dia kan. aku pon join. Alhamdulillah, boleh sesuaikan diri. mereka memang sangat rapat. nampak ukhuwah antara mereka. harap dapat kekal sampai bila-bila.


Paling bahagia kat sini..:)

ISNIN (21.11.2011)

12.30 malam
kami bertolak ke Kuantan

5.00 pagi
sampai di kuantan

**kenangan yang sangat sukar dilupakan. Alhamdulillah, segalanya seperti sudah dipermudahkan. harapnya ini adalah petanda yang baik. Insyallah**


P/S: Terima kasih Cik Munira bawak jalan-jalan UIA. sangat enjoy..hehe..UIA Gombak cantiik!