Friday, April 22, 2011

Life saving society Malaysia..pengalaman berharga..









Assalamualaikum!

aiseh..lame benor rasanya tak update blog ni. hari-hari bukak blog, tapi nak tulis tu macam takde mood pulak. seminggu ni penat sangat. muka sun burn, satu badan sakit-sakit, tak selera makan, mengantuk,haa... semua ni gara-gara nak dapatkan sijil bronze medallion..huu..itu yang tak boleh nak menulis tu. otak penat! huhu. nih den cito dari mulo..apo bondo sijil tu..mano asal usul ae..ok, den crito..

komplek renang UIAM KUANTAN akan buka dalam bulan mei, bila ade kolam renang perlu ade live guard kan? so, UIA bukalah untuk sape-sape yang berminat. cuma nak jadi live guard tu, kene ade sijil bronze medallion dari pasukan penyelamat malaysia dulu. kos nak buat sijil tu dalam rm 450-470. tp Uia akan tanggung 90% kos sijil tu, dan yang paling penting, uia akan ambil bekerja.bolehla buat part time!.aku pon daftar jela.tak sangka pon dapat sebab hanya 5 orang lelaki je diperlukan. yang pergi interview tu agak ramai. mungkin rezeki, bila keluar keputusan, nama aku ade..

hari pertama tu, kami kene buat latihan stamina. adeh!! tak tahu nak cakaplah penat dia. pagi-pagi jurulatih suruh warming up, berenang 20 round! semput jangan cakap..:(
lepas je 20 round tu, trus kene buat lagi, 300 meter kat tempat dalam.memang tak boleh berhenti la.sebab kalau berhenti, akan tenggelam. korang kejang ke, lenguh ke, terpaksa kayuh jugak.lepastu aku tak ingat latih ape..huuu..hari pertama, sorang dari rakan kami, tarik diri.

hari kedua macam biasa warming up dulu, lepas kene berenang sampai semput-semput dan tertelan bergelen-air klorin. lepastu kitorg kene berenang sebelah tangan. cramp ke, ape ke, pandai-pandailah. haha.berhenti sikit, kene tengking la korang. 3 orang coach tu memang sentiasa push kami. macam nak give up pon ade. tapi ak terpaksa pujuk diri. teruskan jela..masa penghujung tu, kami diajar buat 'straddle jump'. guna cara ni, dalam macamana pon air tu, bila kita lompat, kita hanya tenggelam paras dada je..hari kedua ni, seorang lagi rakan kami menarik diri sebab tak tahan..

hari ketiga mula dah tunda orang, kami belajar nak tarik orang guna 3 teknik. 'crosschest', 'chin-tow', dan guna pakaian. kami jugak belajar cara baling tali, cara-cara nak buat tali tu 'straight' bila kita baling. lepas tu menyelam dalam-dalam, ambil objek..sebelum balik, kami diajar untuk tarik mangsa ke atas.ade cara kot. ingatkan main angkat je! haha.ade step-stepnya rupanya..akhir sekali kami diajar buat cpr..

hari keempat. latihan yang paling memenatkan, semua teknik-teknik semalam kene buat. buat banyak-banyak kali sampai cramp, sampai nak termuntah air klorin, memang penat sangat-sangat! sebabnya, esok kami semua akan di test. masa tu lah tentukan kami lulus ke tak. nafas memang tak cukup. aku sendiri tak pasti boleh lulus ke tak. aku pon redha. andai aku tak lulus, aku tak menyesal, sebab banyak sangat benda yang aku belajar, terutama teknik renang tu sendiri...redha jelaa...

hari test, aku memang tak semangat, sebab penat hari-hari lepas tak hilang lagi. dari malam dah berdebar-debar. pagi tu (pagi td la), cuma buat ringan-ringan je. bincang dengan partner ape nak buat.nak buat gerakan lebih smooth. bila tester sampai tu, kami semua dah pucat je semua.takut! paling mengejutkan kami tak dibenarkan pakai goggle. merahla mata macam kuntilanak! haaa..benda pertama dia test ialah pecut 100meter bawah 60saat. lepas ujian pertama tu, power aku makin slow. dah tak kuat dah nak renang, tahap confident nk lepas tu makin tipis, test-test selepas tu semua memang makan banyak stamina, kene power tangan, kaki, minda, mental..argghhh...aku makin tertekan..aku betol-betol tak larat...lepas satu, satu ujian kami kene buat..brapa gelen air tah aku minum hari ni..aku paling tak larat nak tarik org. aku pulak rasa nak lemas..wahaha...sebab dah terlalu lenguh kaki tu..tapi aku terpaksa push..janji aku dapat habiskan..dah buat yang terbaik..lulus ke tak, aku dah malas nk fikir..

habis 8 perkara yang di test tu, tester panggil kami semua.dia hulur cawan, dia tuang air dan suruh kami gilir-gilir minum. lepas tu dia umumkan yang kami semua lulus. aku macam tak percaya! macam nak menangis, nak menjerit.semua ade. sebab bukan mudah nak harung semua ni.terasa penat jiwa raga! haiissh! memang tak percaya!!
lepas dia umumkan tu, barulah nampak kami senyum. kalau tak, macam selipar jamban..lepas tu bergambar sakanlah kami, paling best jurulatih bagi kami main kat tempat terjun tu. wohaaa...best gile!! jurulatih hari ni sgt friendly..tak garang mcm selalu..hee..


aku bersyukur sangat, diberi peluang macam ni, dapat kenal kawan-kawan yang sgt supportive, jurulatih yang tegas tp sangat membimbing, dan tak lupa, sponsor besar..Uia..haha..

bila dapat pingat n sijil tu nanti, insyallah aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk berkhidmat pada masyarakat...sedikit gambar yang nak dikongsikan..:-


with my housemate, adha



terjun dari platform 5 meter

platform 10 meter

lepas penat terjun


WE DID IT!!





sesungguhnya pengalaman ini sangat berhargaaa...terima kasih semua..

P/S: terima kasih buat rakan-rakan, adha, hanis, panjang, jimmy, bushra, diana, korgla punca semangat aku, buat jurulatih tersayang, cikgu alias, encik hassan, abg borhan.terima kasih kerana tak jemu nak bagi tips kt saya, buat tester, encik mat lapi..terima kasih banyak sebab meluluskan kami..kami takkan lupakan jasa kalian. buat pihak uia.. nanti ambil kami kerja, gaji up-up sikit eh..wahahaha...penat, woooo...ok tata..

19 comments:

Ἁγία Σοφία said...

peewiitt!!

haha!

tp...alowhh!!! korang da rasmi dulu kolam tu =(

btw, bila bukak? *mode x sabar* =P

Muhammad hamizan bin yusof said...

kitorg pergi td, kolam uia still under contruction..mcm tak siap lagi..bro asri kata bulan 5 ni serah kunci..tp sy tak percaya bulan 5..haha..tp kak, kolam uia dalam..mcm tkt jgk nk jaga nnt

Munira Shaari said...

uia kuantan br nk ade swimming pool ke??? gombak dh lama ade hekhekhek (jahat x i hoho)

Muhammad hamizan bin yusof said...

huu..tahu tak pe, munira..tu pon tak tahu bukaknye bila..aritu tgk, pekerja still menampal2 jubin ag..huuu...

Munira Shaari said...

ooo so nnt u jd live guard kt situ la ek? good luck for saving people's life :D

Muhammad hamizan bin yusof said...

ha a..life guard..tp buat part time je..huhu..sbnrnya tak berapa yakin lagi nk menyelamat ni..uhu..nyawa org kot.haa..

Munira Shaari said...

oo kiranyer ambik short sem la ni ek.. good2, cari experience hoho

Muhammad hamizan bin yusof said...

ha a..buat short sem..kne jage kolam renang tu sampai grad..lame tuh..huuu..harap2 budak uia kuantan ni smuanya tahu berenang..xlah ssh nnt..huhu..uia buat kolam renang dalam..

Munira Shaari said...

sampai grad??? biar tol huhu.. dh grad nnt blh la u buka complex swimming pool sendiri ,untung taw hoho..anyway i continue 4bln lg cuti hoho jgn jealous

Muhammad hamizan bin yusof said...

ha a..xpe, dptla buat part time sikit2..huhu..xpelaa..cuti la...xkeje ke?

Munira Shaari said...

ikut plan: nk ngajar tuition kt sklh..
x ikut plan: xdpt kata putus dr cikgu lg hahah..
plan skrg: m'ngangur dulu

Muhammad hamizan bin yusof said...

haha..senang cerita menganggur la ni? hahaha...kata nk g kuantan..jom2..huhu

Munira Shaari said...

baru je g jom heboh hari 2 hoho

Muhammad hamizan bin yusof said...

loh...dah pg rupenya..haha..xpe,nnt dtg lagi informla..ne tau ade mood nk blanja awk ke..wahaha

Munira Shaari said...

waaa ni yg b'mood nk g klu sebut p'kataan belanja ni wakaka

Muhammad hamizan bin yusof said...

haha..kene inform dl..ne tau busy time tu..huhu

Munira Shaari said...

anyway nk jmput jg la dtg uia gombak huhu..artwork rama2 dh siap nnt bln 9 ek post haha

Muhammad hamizan bin yusof said...

yeah2...xsabarnya nak dapat rama2 tuh..hehehe...mmg akan turun uia gombak nnt..mngkin ikut program interdebate school..tp bln 9-10 gitu kot..xpasti ag..rsnya dah setahun xjejak kaki kt sana..wahh..rindu..huhu

Muhammad hamizan bin yusof said...

*kesalahan ejaan..live=life..