Saturday, April 2, 2011

Hidup yang dah tak lama...



(sekadar gambar sahaja)


Assalamualaikum..
Tolong baca sekejap ye...kejap pon tak pe..cuma nak ingatkan je...aku sedar topik ini kurang orang suka..tapi aku kene buat jugak entry ni..harap siapa yang baca, tolong baca bagi habis..sebab sekurang-kurangnya lepas tanggungjawap aku..
kali ini nak bercerita tentang satu perkara yang memang sangat penting buat semua manusia..aku terasa seolah-olah tersentak pabila mandengar khutbah jumaat semalam..kerana apa aku tersentak? kerana selama ini aku terlalu leka dengan dunia..kerana terlalu taksub dan asyik memikirkan urusan-urusan dunia sehingga lupa dengan apa yang telah aku janji sebelum roh aku dihembuskan ke jasad aku ini..aku lupa.. sebelum kita dilahirkan, kita telah berjanji dihadapan ALLAH yang kita mengakui keesaan Allah dan akan menuruti segala perintahnya. perkara ini ada diceritakan didalam Surah Al-A’raaf 7:172-173


"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(172) Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” (173)

adakah kita dah lupa dah janji itu? keadaan kiamat tu terlalu dahsyat..sehingga kita gambarkan sedikit keadaan kiamat dari Alquran tu pon dah buat kite terlalu gerun..ni antaranya:-


"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”

(Al-Zalzalah: 1-2)

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)
Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”

(At-Takwir: 1-3)


(sekadar gambar sahaja)

(sekadar gambar sahaja)

bayangkan..dahsyatnya..kita rasa gerun..gerun kan? tapi bape lame? hem..kene muhasabah diri sama-sama kalau tak rasa ape-ape..

antara cerita yang membuatkan ramai jemaah tertunduk sedih sehinggakan khatib yang membaca tu beberapa kali berhenti kerana menahan sebak ialah, cerita rayuan manusia yang meminta di hidupkan kembali ke bumi. pada waktu itu manusia tunduk setunduk-tunduknya dihadapan Allah..merayu-rayu untuk dihidupkan kembali kerana sudah percaya akan janji-janji Allah dan sudah lihat AZAB-AZAB Allah..mereka berjanji akan manuruti segala yang diperintahkan, akan berjanji untuk jadi umat yang baik..tetapi, segalanya sudah terlambat..kerana kali ini tiada siapa yang dapat membantu..semua dah terlambat..terceburlah kita kedalam neraka atau disyurga buat SELAMA-LAMANYA. kalau syurga tu Alhamdulillah..tapi kalau neraka? hari-hari kene seksa tanpa henti!! sanggup??

jika dibumi ini, pintu taubat masih terbuka luas..sebesar-besar manapun dosa kita, jika kita ikhlas bertaubat, dan tidak ulangi semula dosa itu, insyallah dosa itu diampunkan..KECUALI DOSA SYIRIK..

jadi janganlah kita jadi golongan yang rugi di akhirat nanti..jom..masih belum terlambat..kerana apa.tanda-tanda kiamat sudah semakin jelas..marilah bertindak sebelum semuanya sudah terlambat....


P/S : sumber: Koleksi hadis nabi, Sayyid Abdullah bin Alwi Al Haddad, terjemahan ayat Alquran, Abû Amînah Bilâl Philips, believe it or not were born Muslim!

17 comments:

coretan cerita hati said...

nice one.. like his entry ...!

Nadhirah-chan said...

manusia memang mudah lupa . disebabkan kat dunia tak rasa lagi kiamat tu macam mana , jadi semua ambik mudah . hurm ......

she must not be named said...

subhanallah takutnya..bumi da tua.mcm2 benda da jadi.baca entry ni tiba2 fikir sikit je amalan yg di buat..bnyknya dosa..T.T

~CiK TiNieY~ said...

ye sememangnya manusia sentiasa lalai dan alpa...marilah kita sama2 muhasabah diri....;)

Muhammad hamizan bin yusof said...

coretan cerita hati: thanks

nadhirah-chan: tanda dah keluar satu-satu pon masih buat2 tak nampak, nad..hemm

she must not be named: samelah..:(

cik tiniey: mari..masih belum terlambat...

HajarRasdi [BdkKck] said...

entri best mizan!

nway, lama x contact.. huhu.. kn?

nabilah said...

tiba2 ja rasa kecut perut..takutt nak menghadapi kiamat..sebab terasa amalan tak banyak..thanks ingatkan tentang ni..

syairahmohdanuar said...

takut sangat kalau pikir balik semua nie.entry nie sangat nice! :)

Shafiq said...

Terasa banyak salah dan silap je...

Muhammad hamizan bin yusof said...

hajar: hehe..busy exam ni sebenarnya.

Muhammad hamizan bin yusof said...

nab: hem..sama2..ingatan utk diri ak jugak sebenarnya.

Muhammad hamizan bin yusof said...

syairahmohdanuar: terima kasih..:)

Muhammad hamizan bin yusof said...

Shafiq: samalah.banyak dosa....huu~

MBS said...

mudah sangat kita lupa..

Muhammad hamizan bin yusof said...

betul tu~ T_T

CKB said...

dunia semakin tenat
manusia makin ligat
semua seakan tak ingat
bahawa kiamat kian dekat

Muhammad hamizan bin yusof said...

CKB: betul tu...