
walaupun ade terjemahan dalam bahasa inggeris, bahasa melayu dan sebagainya
tetapi kita tak dapat nak faham 100%, jika tak baca dulu sirah nabi dan asbab nuzulnya..asbab nuzul -(sebab turunnya ayat itu, biasanya ayat turun berdasarkan peristiwa dan ade kisah)
baca satu kisah ni, selepas itu kita akan faham ape fungsi kita baca quran:-
"Ada   seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di   pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan   membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa   boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah  tahu bahawa  tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke  rumah, tetapi  untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia  berlari  seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih  membocor  keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali  lagi pergi  ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air,  tetapi apabila  sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.  Meletihkan,  katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya  tidak  berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak   lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia  sedar  bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada  guni  lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan  dalam.
‘Cucuku,  itulah yang akan berlaku jika anda  membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak  faham ataupun ingat kesemuanya,  tetapi apabila anda membacanya, anda  akan berubah dengan sedirinya,  dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah  s.w.t. dalam kehidupan kita.’ "
dah dapat jawapannya? sebab itu selepas kita mengaji hati kite lebih tenang..jom baca quran..pastu kita Blogwalking..
p/s: sumber: woot-woot

7 comments:
betul tu mizn...AL-QURAN ni byk hikmahnya....=)
nice analogy
ain: hem...betol3..
kak su: oh..thanks..huhu
betul2! =D
Contoh ini sebnrnya diilhamkan oleh org Kristian. Kemudian di adaptasi oleh org islam utk mangajak umatnya membaca Quran.
Hebat ilham nasihat org Kristian utk pengikutnya kerana berjaya menarik hati org islam juga supaya cerita ini menjadi nasihat utk pengikut umat islam pula.
PEACE :-)
kepada Encik/Cik Anonymous.thanks for the respond.tak kesahlah cerita itu ilhamnya dtg dr siapa.rasanya tak lari langsung akidah org islam. agak typical kenyataan en anonymous sebenarnya kata org kristian dah bjaya guna analogi ni utk org islam. mmg betul pon baca alquran itu dpt membersihkan hati kan. analogi ni utk memahamkan je.dlm cerita ni xde pon sebut baca bible..rasanya tak lari akidah pon..buka fikiran..
Post a Comment