Saturday, April 9, 2011

Telur ayam palsu!



Isu ni memang dah lama wujud..cuma baru di war-warkan dalam surat khabar baru-baru ni. Ni keratan akhbar yang aku terbaca tu..







yang ni dari Mymetro


mungkin ada yang tahu..mungkin ada yang tak tahu. Mula-mula aku terbaca surat khabar tu, mulut aku agak terlopong untuk beberapa saat. okeh, konfem tak tahu.balik tu aku terus cari kat internet.memang mengejutkan.memang betul.sah! aiseh.betol lah diorg nih...

asal telur ni dari kampung..silap2..itu tagline kumpulan kecik raja lawak lah..asal telur ni dari China. biasa dengar Handphone ka, laptop ka, normal lah tu. ini telur pon! aiya.....korg tahu ape bahan yang diorg guna?


Putih Telor:-
Dibuat dari sodium alginate. sodium alginate ni dilarut dalam air, dan larutan ni akan kelihatan macam cecair likat macam kuah mi ladna pon ye gak. jadi, memang sukar nak bezakan dengan putih telur yang asal..

Kuning Telur:-
caranya, dengan menuangkan larutan kuning tu pada acuan yang berbentuk bulat seperti telur. tepung kanji pon ditambah sedikit untuk dapatkan tekstur "kuning telur"

Kulit Telur:-
larutan kalsium Klorida. putih telur dan kuning telur tu dibungkuskan dengan dengan merendamkan kedua-dua bahan tersebut didalam larutan kalsium klorida..

okeh..kita dah tahu secara teori..jom kita lihat secara visual:-



Ni bahannya-sape boleh baca tulisan tu tolong tinggalkan komen..:p


Ini peralatan yang mangkuk ayun tu diguna

kuning telor

putih telur

kulit telur

lepas kalsium klorida mengeras

yang cap 'nike' tu palsu okeh!

kos telur palsu ni kurang 1/10 dari telur biasa. Di China, telur ni di buat kerana mahu mengatasi kegawatan ekonomi di sana. kalau di sini, harga telur palsu ni dijual pada harga biasa juga, bayangkan berapa untung diorg??

cara nak kenal pasti telur palsu:-


ada juga yang kata telur palsu ni berbuih-buih..


Info dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang:
Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


penggunaan telur ni akan memberi kesan kepada hati dan otak, dimana orang yang menggambil telur palsu ini dikatakan akan mengalami kelembapan otak, dan hilang ingatan! jadi, sape-sape yang 'hantu' telur tu tolong siasat dulu sebelum makan okeh!

P/S: korg tak takut ke ayam buat demostrasi dan mogok tak nak bertelur?
hemm... ataupon nak bawa pihak-pihak tertentu ke mahkamah
kerana menciplak 'produk' mereka?- okeh ngarut!




9 comments:

Unknown said...

susah btol dunia makin maju sekarang nie.. astaga..

Muhammad hamizan bin yusof said...

kemajuan tak salah..tapi byk yang kearah keburukan buat kemajuan nampak salah..

Munira Shaari said...

perkongsian info yg bmanfaat..100 points tuk blogger hamizan!!!

Muhammad hamizan bin yusof said...

cikgu mun: haha..100? yeah..mcm main kuiz kan cikgu, kan2..hehe

Nobita Sensei said...

jom mogok telur beramai-ramai.

Munira Shaari said...

cukup la 2..bnyk songeh plak..anyway i dh hbs exam huray!!!! oops t'lepas plak "excitedness" kt sini hohoho

Muhammad hamizan bin yusof said...

hahaha..100 xcukupla cikgu..huhu..bestnye dia dah habis..jeles..:(

Munira Shaari said...

xhbs lg ke hahaha..study2 hingga ke titisan ink yg t'akhir huhu

Muhammad hamizan bin yusof said...

huu..esk baru habis, munira...xpelah..enjoy dulu ye, esok kita pulak..hehe