Tuesday, November 15, 2011

Jangan marah bila orang tegur!


kita selalu rasa kita tak da salah.perfect.semua orang selesa dengan kita.
bila ditegur, kita melenting. tak boleh terima, masam muka macam shrek
kita manusia penuh dengan kekurangan, itu fakta!

pernah terfikir tak orang yang tegur tu orang yang caring gile kat kita?
dulu masa kecik2 mak ayah, atok nenek, wan aki tegur-tegur kita,
kita ikut je. mungkin takut kene lempang
tp diorang tegur tu sebab nak kita jadi perfect
err...i mean untuk hampir perfect

aku ingat lagi satu peristiwa semasa aku kat sekolah menengah,
ketika dalam tingkatan satu,
masa tu kat surau sekolah aku,
waktu kejadian tak silap solat asar dan lepas je aku solat,
datang seorang hamba allah duduk sebelah aku
dia tegur kedudukan kaki aku masa solat.
aku tak boleh terima. siapa dia nak tegur aku?
aku betol-betol bengang sebab dia tegur sampai orang kat seblah aku pon dengar.
malu..aku..dia xperlu buat macamtu
tahu aku respond macamana?
aku cakap, "ok" dan terus keluar.tanpa ucap terima kasih pon

bila aku dah besar sikit, aku fikir...
betapa baiknya hati dia..
dia perhatikan solat aku..
bila dia lihat ada salah, dia amek risiko untuk tegur aku
dia nak aku perfect melakukan solat,
kenapa aku nak marah, sedangkan dia nak tolong aku!

jadi, bila orang tegur kita, terimalah..
kita kadang-kadang tak nampak..
even belakang rambut kita pon kita tak boleh nampak..
even pakai cermin pon dah di songsangkan kedudukan kiri dan kanan
kita perlukan orang-orang prihatin ni untuk bagi kita nampak.
paling penting nak bagi kita jadi perfect!

"Siapa diantara kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lisannya dan jika tidak mampu dengan hatinya. Dan yang demikian itu selemah-lemahnya iman” (HR Muslim)


P/S: ada jugak orang tegur dengan cara merajuk..kan tuan Ellie? hehe




2 comments:

Munira Shaari said...

tegur org dgn cara merajuk pun berkesan jg, cara baru yg bakal mdapat tempat di hati rakyat M'sia huu-siapa yg invent cara ni ek?

Muhammad hamizan bin yusof said...

awaklah...hehe...