Tuesday, May 17, 2011

Indahnya zaman kanak-kanak...














sebagai manusia normal, tak pernah lagi ada kes yang lahir-lahir terus bujang atau duda, tak de. setiap orang pasti melalui zaman kanak-kanak. macamtu jugak aku. sebab aku normal.haha.Indahnya bila imbas kembali zaman kanak-kanak. tak perlu fikir pasal duit, study, etc. segalanya memang indah! jom kita 'flash back'..

umur 1 bulan- 2 tahun

tak suka ambil gambar-bkn gila glamer, hehe

bersama moyang aku

bersama pak su-sekarang ni aku uli anak dia pulak.hehe


baru lepas mandi-gambar sebelum2 tu sgt cencored. xperlu ambik patotnya.

ijan atas moto

-mak ak cakap ak jalan tak lah cepat sangat, tapi cakap tu agak cepat. cuma pelat tu pekat sangat (masa tu tak de kamus besta, memangla pelat)
-beberapa bulan aku tinggal kat kampung. ayah bekerja di KL. mak berpantang kat kampung. maklumlah, aku anak sulung. tak de pengalaman, jadi nenek lah banyak bantu mak.
-ada satu peristiwa yang aku tak pernah cerita kat sesiapa pon, masa aku 3 bulan, berlaku puting beliung kat kampung aku, masa semua berlindung kat bilik atas, makcik dan nenek aku terlupa aku masih kt dalam buaian lagi di dapur. bila mereka turun, puting beliung baru je lalu dan telah menerbangkan satu zink. mungkin ajal aku masih belum sampai zink tu jatuh beberapa inci sahaja dari atas kepala aku. mak cik aku kata, zink tu jatuh menegak. Alhamdulillah, aku terselamat.
-pada umur 2 tahun, aku dapat seorang kawan baik yang pertama dalam hidup- adik aku

umur 3 tahun- 5 tahun

aku & ajid- adik a.k.a best friend

kat genting highland dengan muka yang sgt bosan

baru reti senyum masa ambil gambar

-aku memang agak hiperaktif. ade je benda nak cuba buat
- dari kecik ayah dah serapkan nilai-nilai disiplin, kalau tak ikut ape yang disuruh tak pe pun, sebab senang je, tali pinggang/ rotan/ joran/ batang paip (tak boleh pilih) wuhaha
-setiap kali ayah pukul, ayah akan letak ubat malam-malam
-kesimpulannya, aku memang nakal!

sekolah rendah

-zaman ni aku memang paling suka. aku ade kawan yang agak ramai, ade pengaruh, ade pengikut. ahaha.aku suka, aku suka. semua akan ikut ape yang aku cakap, even petang-petang pon aku yang decide nak main ape. sampaikan makcik tingkat aku tu panggil aku bos. aku terima jelah kan2..- tapi bos pon kene rotan kalau balik magrib lewat.heheheheheheehhe
-tapi kat sekolah aku berlainan personaliti. sebab aku pengawas kat sekolah. jadi sebagai pengawas yang berkredibili tinggi, aku pendiam di sekolah. dan akan jadi beruk makrib kalau balik rumah.hehe.
-bila pindah rumah baru, populariti aku makin kurang sebab aku tak banyak main kat bawah. nak UPSR kan. aku jarang-jarang turun. last-last aku jadi biasa-biasa je. hee
-dulu aku penakut *tak boleh cerita lebih-lebih. membuka pekung didada amalan yang tidak bagus.haha

sekolah menengah

-zaman yang aku belajar erti persahabatan, erti kehidupan..e.t.c
-mula mengenal kehidupan
-mula matang sikit..ehehe..

alam universiti
-bila berada di alam ni, baru terasa ada bnyak tanggungjawap yang perlu dipikul.
-kerana bukan senang nak dilahirkan sebagai khalifah....
-sedang mengenali kehidupan dengan lebih dalam kerana cabaran hidup bukan satu, tetapi pelbagai
-sekarang ini mak kata dah boleh cari calon sebab dah nak masuk tahun 3. tapi mak cakap cari je. jangan pandai-pandai nak kapel..huuu~ kejap je kan dah nak cari peneman hidup..macam tak percaya je dah 22 tahun..aku rindu zaman kanak-kanak aku...


P/S 1: sedang menuju alam tua??? tidak..

P/S 2: banyak sangat kenangan masa kecik, cuma nak cerita takut panjang. yang pasti bila teringat pasti kita akan tersenyum sendiri. kan? huhu

Sunday, May 15, 2011

Hari An-Nakba- luka lama yang masih berdarah!




Tahukah anda apakah hari An-Nakba?? itulah saat dimana hati-hati umat islam bagaikan di siat-siat...dan penderitaan saudara kita di palestin bermula

pada hari tersebut , palestin dijajah oleh Israel laknatullah....

'an-nakba' bermaksud malapetaka. hari malapetaka. ya..hari malapetaka.Pada 15 mei 1948, seramai 700,000 penduduk palestin dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri, segala harta benda di rampas, hasil-hasil tanaman dirosakkan sesuka hati, 500 kampung dikosongkan secara paksa, mereka dihalau seperti haiwan, sesiapa yang melawan akan dibunuh sewenang-wenangnya..

Tahun 1948-1949 itu berlaku juga pembersihan etnik (Monzer Zimmo,2010). ini peta asal palestin dan selepas dijajah Israel:-


tekan gambar diatas untuk lebih jelas


bayangkan, dihalau begitu sahaja, tanpa arah tuju, tanpa tempat berteduh. pada masa itu hanya iman dihati menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup. sehingga hari ini hak mereka terus dicabuli, siapakah yang mahu membela mereka? dimana kita??

hanya doa dan wang ringgit boleh dikirim buat masa ini. percayalah suatu hari nanti akan muncul seorang pemimpin yang akan membela nasib mereka. pabila muncul pemimpin itu, kita harus berdiri dibelakang beliau kerana beliau bukan semata-mata membantu membebaskan palestin untuk rakyat palestin, tetapi..........

......PALESTIN KITA......


jangan lupakan hari An-Nakba ini, ingat sampai bila-bila...
ingatlah setiap 15 mei- luka yang masih berdarah!






P/S: tiada satu gambar pembunuhan rakyat palestin pun ditunjukkan semasa hari kejadian. ternyata mereka pandai menyembunyikan bukti..celakalah kamu, zionis..

Thursday, May 12, 2011

kelebihan renang dari sukan lain


berdasarkan hadith:-

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berenang. berdasarkan Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-

-
tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-
dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

penampilan diri? haha..berenang ni sebenarnya membantu orang yang nk bentuk badan dia jugak. sebab berenang memang menggunakan seluruh otot-otot badan. kepala, bahu, pinggang, tangan, kaki. Jadi sememangnya berenang ni unik dari sukan lain. contohnya jogging. biasanya penggunaan otot bahagian bawah paling kerap digunakan, tp untuk renang, bahagian atas pinggang paling banyak digunakan. hingga kepala pon digunakan. banyak kajian menunjukkan yang sukan renang paling menyihatkan. paling kurang risiko untuk dapat kecederaan. dan kadar pembakaran kalori yang sangat tinggi.

dari pengalaman sendiri pon, memang rasa lah ape yang dikatakan tu. kalau nak dibandingkan dengan sukan lain. sukan lain pon penat jugak. tapi penat renang ni lain sikit. sebab kita tak terlalu push otot kita berkerja. tp akan rasa jugak sikit lenguh-lenguh gitu. benda ni normal sebab respirasi anaerobik akan menghasilkan asid laktik. jadi bila asid laktik tu berkumpul kat otot yang berkerja kuat dari biasa. tu yang lenguh. secara peribadi, renang ni memang akan naikkan stamina kita sebab pernafasan yang betul semasa berenang akan buat kita dapat control kepenatan kita. paling aku rasa jelas, ialah pasal hilangkan stress tu. memang best la dalam air tu..entahlaa.. nak cakap pon, kene rasa sendiri baru tahu lah..huhu..

biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian. yep, itu faktor terbesar kan. tapi ade je sekarang pakaian renang muslimah. yang laki boleh je pakai full set (baju renang+ seluar panjang). ikut hati je sebenarnya.
kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa...pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~

P/S: dalam masa seminggu je kalau training 2-3jam sehari dah boleh berenang dah..

Wednesday, May 11, 2011

ATAN & ESAH




Tadi masa makan tengahari kat megamall ada lah seorg hamba Allah rapat kat aku..
dia hulurkan kat aku sekeping kad..aku baca lah..oh..untuk persatuan pekak dan bisu malaysia..patot pon dia tak bercakap bila aku tanya tadi..lepastu dia keluarkan keychain yang sumpah comel....satu keychain rm 6..dua keychain rm10..oklah..ak pon bli dua..sebab ade 2 keychain yg supercomel..tapi sebelumtu aku terbuli dia ..aiseh..maaf lah dik..ak tak de duit kecik..ak suruh dia pecahkan dulu duit tu..wahaha..jahatnya ak buli golongan istimewa..ok..ni dia...(kabur skit gambar)


yang ni aku panggil atan

yang ni aku panggil esah

to amira anora..kita pon ade laaa..haha..

P/S: blogger munira. agak-agak awk nak tak esah ni?. kesian awk, penat buat rama-rama..sy bg yang dah siap jela boleh? sy ni pemalas..wahaha..nanti pelajar-pelajar awak mesti kagum awk ade esah ni kat hp..haaa..nak tak? nak tak? nak tak?

Tuesday, May 10, 2011

akhirnya! esok ade kelas...

assalamualaikum...

setelah lame menunggu sampai lebam, kt rumah..akhirnya aku buat keputusan utk keluar..pergi ke UIA tanpa tujuan..pastu tengok-tengok dah ada sesuatu yg bersinar kat notice board..

isnin: 9.30pg-12.30tghari
rabu: 9.30pg-12.30tghari

aiseh..dua hari je kelas beta?? amboi..terlalu banyak waktu bermain ni..haha...nampaknya beta haruslah mencari kerja utk menanggung diri beta di sini..

doakan beta dpt mencari kerja yg bersesuaian, baik lagi halal di sini ya~


P/s: sudah ade teman bermain di sini..wahaha

Sunday, May 8, 2011

politik malaysia, semakin tenat..

Assalamualaikum..

aku terasa macam nak bincang sikit pasal politik.
entahlah, sejak beberapa tahun ni, aku dengan jelas dapat lihat arus perubahan politik dalam negara. aku lihat, sesetengahnya sudah hilang maruah, hilang tanggungjawap, hilang semuanya. tak lain puncanya memang wang, kuasa, perempuan..dan sebagainya.
politik pada hari ini, makin kotor, makin busuk, aku sebagai rakyat seolah-olah melihat boneka hidup di pentas besar. kita sekauman, seagama bercakaran dalam masa yang sama org lain seronok melihat. cukuplah..aku dah cukup muak dengan semua ni. semua ada ideologi masing-masing. aku faham. tapi boleh rasanya kita cari titik persefahaman demi sesuatu yang lebih penting. ini, sampai keluarkan kenyataan yang ak sendiri bingung statusnya sebagai orang alim. sanggup bekerjasama dengan SYAITAN dari bekerjasama dengan saudara seislam sendiri. kalaupun saudara kita itu salah. ada cara utk menegur. bukan terpekik terlolong macam xxx, mengutuk macam orang itu tiada maruah

walaupun kita dah menyokong seseorang tu secara fanatik pon, ambil masa jugak dengar ape yang pihak lagi satu tu cakap. sebab yang kita sokong gila-gila tu bukan nabi. manusia..manusia..manusia..!! yang lu orang, belum apa-apa dah cakap ini semua fitnahla ape la..lu orang sikit pon tak siasat.. alasannya..media dah putar belit..bla..bla...bla..ingatlah..bila org yang rapat dan yang sokong kita gila-gila tiba-tiba lari. mesti ade sesuatu yg kita tak tau tp diorg tau. bila diorg buka mulut. lu org kata itu fitnah... masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. orang tak cerita kalau bnda tu tak wujud...

pada aku, selagi dia itu manusia, susah nk percaya. ramai sekarang ni luaran nampak baik, alim, tapi hakikatnya..tuhan je tahu..manusia ni, selagi mulut ade, dia memang akan bercakap. tambah lagi yang pandai bermain dengan kata-kata.PRU akan datang ni, ak akan mengundi buat pertama kali. semoga ALLAH tunjukkan ak pemimpin yang benar-benar meyakinkan ak dapat menjadi pemimpin yang hebat.. aku takut, aku dipersalahkan diakhirat kerana memilih pemimpin yang salah!

akhir kata-jangan terlalu fanatik dengan pemimpin korg.

P/S: ahli politik juga ramai yang boleh berlakon, masuk pilih kasih la, bro..

hanya bermonolog

aduhai bosannya duduk rumah sorang-sorang..
mati kutu, mati akal, mati semuanya..haa
bila lah short sem nak start nih..
bila dah start short sem ni kelas hanya 6 jam je seminggu..
aiseh...bosan tuh..
rasanya nak tak nak ak kene cari kerja..
ak mmg tak boleh duk diam lame-lame..
nanti ak lumpuh..grr...
duduk rumah sewa..sorang-sorg..jauh dari kampung..
rasa mcm duduk dlm penjara..
semalam dah pergi swimming...hari ni dah tak tahu nak buat ape..

bosan..bosan..bosan..


p/S: tertekan juga bila xde sape nak diajak bercakap..