Wednesday, January 26, 2011

mid semester break

Alhamdulillah tadi dah lepas interview..hem..tak tahulah rezeki dapat ke tak..takpelah, janji dah lepas..lepasni fikir cuti!!

semalam cikgu lame ak call untuk ikut rombongan sekolah bawah kelab ak yang lame, kelab Inovasi..seminggu kat Tasik Kenyir..bestnyee...tapi ak ade paper midsem..jadi tak dapatlah nak ikut..

tapi terharu sangat...diorg ingat lagi kat ak..rs bersalah plak tak dapat nak ikut..tp nak buat mcamana kan..dah exam..xpelah..next time ye...

yang penting cuti ni kene betul2 fokus untuk exam, yeaahhhh!!!!!!!


p/s: tak sabar nak balik..huu~ mak ayah, rinduuuu~

Sunday, January 23, 2011

Teringin nak ade rumah pokok~



Assalamualaikum.....




Masa ak kecik2 dulu, rumah pokok lah benda yang paling ak nak. kalau budak2 lain nak PS, mainan, dan segala macam yang sewaktu dengannya, ak pulak asyik2 berangan nak ade rumah pokok sendiri..ak ade design rumah pokok ak sendiri..nak letak meja, rak buku.macam2 lah..tp ak tak jumpa dah mane buku ak tu.mcm2 ak conteng dalam tu..ak rasa kalau ak jumpa mesti ak gelak sampai cramp tali usus ak..benda2 tak masuk akal mesti punyalah ade..

rumah pokok ni mmg lame dah ak nak.tp masa kecik2 jela..sekarang ni impian dah lain..nak cari isteri idaman..aachhoomm! ok selesema..out dulu..tata


P/S: sekarang ni ak tak pasti pokok ape yg boleh tampung ak membuatkan ak giv up dengan impian nak ade rumah pokok!

Tuesday, January 18, 2011

bilik yang berhantu~


             asrama yang aku duduk ni baru je 5 bulan dibuka. mmg asrama ni baru lah..kebetulan bilik ak ni mmg menghadap satu kawasan tanah lapang yang mmg sunyi sgt2 bila malam..


Ni tanah lapang tu.tampat main layang2 petang2..

bulan pertama dan bulan ke-2 mmg rsnya tak de ape yg menganggu atau kami sendiri tak perasan..entahla..

cuma perasan benda ni berlaku dalam bulan ke-3, ms tu pukul 1.30pg kot. salah sorg dr roomate ak yg waktu tu kat tingkap terdengar suara perempuan mengilai...hem..aneh juga..ak terdengar jugak dari meja ak.tp bila ak keluarkan kepala kat tingkap tu, takde dengar pape pon...ak pon duduk balik..

ak pon sambung wat keje ak, tp dalam 2 minit kemudian,ak terkejut bila ade 1 'benda' putih lalu tepi ak n trus tembus dinding..ak fikir mungkin ilusi ak kott..tp ak mmg perasan benar.yela, walaupun kita tak tgk tepat. still boleh nampak org tepi kita kan? ak yakin benar ade sesuatu yang lalu..benda tu still jadi mesteri sampai ke la ni..

gambar dinding tu, ni dari meja ak.mustahil kan tak nampak?

sejak menjak ni, satu benda yang boleh jd ditecter kitorg..anjing~

bukan anjing kitorg..tp anjing yg duduk kt tanah lapang tu.anjing liar dlm tu mmg banyak la..pernah sekali, masa kitorg tgk cerita hantu ramai2, tibe je anjing2 tu menyalak yang mcm dalam cerita hantu omputih selalu tu..aauuwwuuuu...haa, camtula..bunyi korg buat sendiri k..

mula2 tu kitorg juz buat2 biasa je..tp bila bersahutan2 ni..tiba2 rs somethingla pulak..ak jenguk2 jgk kt tanah lapang tu..tak nampak pape..nampak jgk anjing tu..entahla, anjing tu kan nampak ape yang kita tak nampak..

tingkap ni kalau malam2 agak seram sebab takde langsir

roomate ak malam td baru je kene. dia terjage pukul 4 pagi..lepas dia pergi tandas..dia dengar bunyi anjing mnyalak tu..dia buat biasa je..lepas tu, tak lame ade suara perempuan mengilai, sayup2 je..dia cakap mmg dia tak berani nak toleh2..haha..orang lame2 kate kalau bunyi sayup2 benda tu dekat je dgn kita..kalau kuat..bendanya tu jauh..so, mlm td tu? haha..entah2 kat dlm bilik kitorg.wahaha...

nak tak nak kita kene percaya dengan kewujudan jin dan syaitan ni kan...walaupun kita tak nampak dengan kata kasar.

“Allah menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar dan Dia menciptakan jin daripada api yang bernyala“(surah al-Rahman:ayat 14-15)

bukti yang Allah juga mancipta jin selain manusia..

“Dan sesungguhnya Kami(Allah s.w.t)telah menciptakan manusia(Adam a.s)dari tanah liat yang kering(yang berasal)dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum(Adam)dari api yang sangat panas”(surah al-Hijr: ayat 26-27)

juga bukti dari Al-quran..

P/S: kalau terjumpa, janganlah takut...dia pon diciptakan oleh pencipta yang sama..:)


Saturday, January 1, 2011

ke'zutan' di malam Tahun Baru

setelah bertahun-tahun cuba untuk mengikuti ekpedisi2 mcmni, akhirnya diberi kesempatan dan ruang oleh ALLAH utk ikut serta. tapi ak tak nafikan, mmg terasa berat utk pergi.bkn sebab ape pon.tp malas! biasalah, setan..dgn hujan2 mlm td mmg terfikirkan katil je.hukhuk.

tp alhamdulillah ak berjaya pujuk diri utk pergi, ak nekad kali ni nk turun utk ikut team dakwah ni. tahun ni tahun ke-2 UIA bergabung dgn JAIP, serta NGO yg lain spt Perkida, Haluan, Abim dll melakukan ekspedisi ini, mlm td pon ade saudara2 dari UMP dan KIPSAS membuatkan ak rs bersemangat.

pukul 9 mlm: kami smua berkumpul utk mendengar sedikit taklimat.dijangkakan 250 pelajar akan ikut. tp ats sebab2 peribadi kot n hujan, yg hadir cume 100++.mlm td sepatutnya kami berpecah 3 tempat, Benteng, Teluk Cempedak (TC) dan Megamall. tp TC tu dibatalkan sebab hujan lebat.lgpon TC xde konsert. tak ramai dtg. ak pilih utk ke benteng..:P

pukul 11mlm: kitorg smpai, dgr taklimat dan terus berpecah.cari mangsa2..hem..awal2 lagi dah jumpa dgn balok ayam. dari cerita diorg.diorg dari punk Anarki, wuhahaha..dia ckp dia leader kt Kuantan ni, menganggotai 200lebih ahli.untung kami mlm td, trus dpt jmpa ketua ayam. mcm2lah dia cerita mlm td pasal kumpulan dia.punk not dead la, blablabla..punk nazi musuh ketat dia, jumpa dia nak bakarlah..hem..semakin ak dengar hati ak mkin sedih.sedih dgn umat islam sekarang ni..semakin jauh mereka hanyut dgn ideologi yg membungkam hati2 mereka..kami tanya, apa pendapat dia pasal islam. dia jwp islam tu tiang (kt padang pon ade tiang, tiang gol), ak pon xtau dia ckp tiang ape, tp dia tak leh nak ikut tiang ni sebab dah kuat sgt pengaruh nk ikut punk. kami ajak la dia berubah, yela masih ade waktu..umur baru 23 tahun.tp dia kata tak boleh.dah cuba tak boleh.dia dah dari kecik didedahkan dgn benda ni dah sebati dgn benda ni.dia pon ade ikrar2 yg tak boleh keluar sesuka hati.nak solat pon dia kata berat.sebab tak boleh, rambut dye. mereka kata mereka lebih terikut2 budaya luar ni dr islam..nauzubillah..kami tanya pula pasal seks bebas.dia kata, punk amalkan seks bebas. dia sebagai leader, perempuan2 yang baru nak masuk, kene jumpa dia dl n tidur dgn dia dl br dia bg kt ahli2 lain.ape tak de otak ke perempuan tu.tak rasa jadi mcm alat ke.ak mengucap panjang.sgt mengejutkanlaaa..dgr dr mulut diorg sendiri..dia ckp dia dah 4 kali kene siflis (penyakit kelamin) disebabkan seks bebas. aduhai..byk lagi sbnrnya benda yg sesat ak dgr dr dia.nak cerita panjang.cuma dpt diringkaskan, mereka telah jauh dr Islam.kami bg kertas utk dia bc artikel2 pasal mati, taubat nasuha.lepastu,kami pon cari tmpat lain.lepas pertunjukan bunga api, hujan turun dgn lebatnya.tp, kami trus bergerak dlm hujan tu mengedar risalah2 keagamaan  kt org ramai. penerimaan org lain2..ade yang ambil pastu buang lepas 2-3 langkah tanpa baca, ade mengelak bila nampak kami, ade buat muka garang & benci dan siap buat isyarat suruh pergi jauh2, dan ade yg jadikan kertas tu utk halang hujan.mcm2lah gelagat manusia.huhu..kami nak buat mcmana..utk mengubah sesuatu umat perlu datang dari hati2 mereka sendiri.kalau hati tu dah benci, kami buat ape pon tak jalan.tak pelah..janji kami dah cuba.sekurang2nya dah lepas tanggungjawap kami.

2.00pg-kami btolak balik........dgn 1001 kenangan..

sesungguhnya cabaran dakwah ini sgt hebat.tapi bila kita dah mula, kita mula rs seronok.kan dakwah itu wajib bg kita umat islam..maka, JOM Dakwah!! wahaha..mari2...


P/S: berjumpa dgn saudara dari sabah (kini belajar di KIPSAS), mereka dtg dgn kenderaan sendiri.dtg seawal 5 ptg.dan selepas kami balik, mereka ada lagi tmpat nk pergi selepas ini.sgt kagum.semoga ALLAH memberkati usaha kamu, semoga mndapat ganjaran di dunia dan di akhirat.buat sahabat yg ak tak sempat tahu namanya tu.ak akan doakan kamu semoga terus berdakwah..:)

P/S: terharu dgn sorg sis yang bg pinjam payung dia.....:)


Wednesday, December 22, 2010

aku perlukan topeng power rangers biru!!




bayangkan ak pakai topeng ni..pastu pukul2 makhluk tu..puas hati den..

mesti tak paham kan..saje jek suspen..hehe..

kisah sedih ni tau sbenarnya..*sila baca dgn perasaan yg sayu utk dptkan mood yg sesuai..haha*

hari ni, ak perlu mencari tabung yang ade kunci tu. sebab ak ade buat bisnes sikit kt wackos (tempat budak2 sains lepak2 bila habis kelas). jadi, untuk mengelakkan kejadian kehilangan income, ak nk beli tabung tu..

lepas kelas Biotechnology, Law and Ethics DR Ahmed yg comel tu, ak trus pergi bandar..mula2 ak pergi kt Tunas Manja..haha..ape punye namelah kedai ni kan..logo kedai ni mak kangaroo dgn anak di yg cute duduk dlm karung poket..wahaha..klakar.tapi malangnye..tak de tabung yang ak nak.ak keluar..

trus ak pergi ke Eng Hong.pun tarak.kedai sebelah  dia pon tarak. trus pergi ke ECM.ECM ni mmg besar ye kwn2 *gaya siti sifir..pastu mata ak mula sakit.sesakit2nya..mula nmpak budak2 sekolah..tapi budak2 sekolah yg jenis ni ak nyampah..mls nk ckp.. 


"kita ddk rapat2 eh.krusi ni keciklah"

ape diorg pk ye..kamu tu baru budak sekolah.ape yg kamu boleh jamin utk hidup bersama..

ak dahlah geram round2 tak jumpa tabung yang ak nak, jumpa pulak dgn golongan2 ni buat nak rayet (pukul) je sorg2..tp seriau pulak diorg mcm ramai..wuhaha..pastu dgn perasaan hampa ak pon keluar.pergi kat Megamall. Ya Allah..lagi bersepah org2 mcm ni..mmg sedih..meruntun jiwalah kalau tgk..bangsa n agama2 lain sedang berlumba2 utk memajukan diri..org islam dan sebangsa dgn kita pula hatinya dah diulit dgn segala fantasi dunia..fikirannya dah diikat dgn keseronokkan dunia sehingga mereka tidak sedar diri mereka itu dah ternoda sedasyat-dahsyatnya!!

ak bukanlah baik..ak sedar, byk sungguh kekurangan diri ini..memang rs tidak layak utk mnyatakan kesalahan org..cuma inilah yg ak mmpu buat..mencela org yang membuat maksiat didalam hati itu kata nabi adalah selemah2 iman kan..itulah..kan best jd power rangers biru.mmg ak takek sorg2..huhu..

masa ak nak naik eskalator. satu psangan ni mmg duk erat berpeluk2..muda benar, dlm lingkungan 14-15 tahun! boyfriend dia siap pandang2 ak dgn muka kerek Kerepek ubi. konon nak menunjuk kat ak yg dia ade girlfriend..huhu..yela, ko hensem, ak tak sbb tu ak jln sorg2..tp ak selesa sbb ak tak bergelumang dgn maksiat hina tu. teett..tak tahan ak lame2 kat sini, ak pulak jd segan bila tgk semua2 tu..hem..ak pon cr surau utk solat zohor.

lepas solat kat surau  situ, ak trus sambung cari, Alhamdulillah ak dpt cr tabung yg ak nak.pastu ak balik cepat2..Ya Allah..kau peliharalah hati ku..jgnlah dekatkan hatiku dgn maksiat yg akan menggelapkan hati ku..amiin..

nak dating mcm ni bila dah kawin.romantik..huhu


P/S : bersyukur dgn didikan ayah n mak ak yang bnyk mmbantu ak utk hidup dlm kehidupan yang penuh cabaran ni...

Monday, December 20, 2010

Penggunaan Gitar Dalam Islam

 

Nyanyian adalah diharuskan oleh golongan pertengahan.Hal ini terjadi apabila orang yang terlalu asyik denagan Allah SWT ,nyanyiannya adalah baik..Manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu,nyanyian haram baginya.
Namun begitu,jika nyanyiannya itu dijadikan sebagai rutin harian sehingga mengabaikan perkara yang harus dan wajib ,maka ia berada dalam kalangan orang-orang bodoh yang kesaksiannya di tolak.
Bercerita mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam,Iman al -Ghazali beranggapan bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali dan ditiup dengan mulut adalah sebahagian daripada punca ia di haramkan.
Pengharaman alat muzik tersebut adalah berpunca daripada haramnya arak.Beliau menganggap muzik akan merangsang orang yang mendengar untuk mengambil arak.Bagi orang yang berhenti daripada meminumnya pula ,mendengar bunyi alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tempat dan pesta minumannya dulu.
Setelah itu beliau membuat huraian dengan menyatakan jelaslah bahawa sebab pengharaman bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan,sebaliknya membuktikan semua pekara baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia
Kesimpulannya tiada hadis yng melarang penggunaan alat muzik ini.Hakikatnya penggunaan alat muzik ini hendaklah digunakan ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT serta tidak melalaikan orang yang bermain dan juga orang yang medengar.

P/S: ramai org kate main gitar ni buat kita gelap hati, berdosa dll..buat ak rs ragu2 dgn hukum main gitar ni. bila jumpa ni dah terjawap dah persoalan ni..