Tuesday, April 5, 2011

kenapa kene baca Quran walaupun tak paham??


Assalamualaikum..*sambil buat gaya melambai-lambai usop wilcha ...

pernah terfikir kenapa kita perlu baca quran tak?
walaupun ade terjemahan dalam bahasa inggeris, bahasa melayu dan sebagainya
tetapi kita tak dapat nak faham 100%, jika tak baca dulu sirah nabi dan asbab nuzulnya..asbab nuzul -(sebab turunnya ayat itu, biasanya ayat turun berdasarkan peristiwa dan ade kisah)
baca satu kisah ni, selepas itu kita akan faham ape fungsi kita baca quran:-

"Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’ "

dah dapat jawapannya? sebab itu selepas kita mengaji hati kite lebih tenang..jom baca quran..pastu kita Blogwalking..


p/s: sumber: woot-woot

Saturday, April 2, 2011

Hidup yang dah tak lama...



(sekadar gambar sahaja)


Assalamualaikum..
Tolong baca sekejap ye...kejap pon tak pe..cuma nak ingatkan je...aku sedar topik ini kurang orang suka..tapi aku kene buat jugak entry ni..harap siapa yang baca, tolong baca bagi habis..sebab sekurang-kurangnya lepas tanggungjawap aku..
kali ini nak bercerita tentang satu perkara yang memang sangat penting buat semua manusia..aku terasa seolah-olah tersentak pabila mandengar khutbah jumaat semalam..kerana apa aku tersentak? kerana selama ini aku terlalu leka dengan dunia..kerana terlalu taksub dan asyik memikirkan urusan-urusan dunia sehingga lupa dengan apa yang telah aku janji sebelum roh aku dihembuskan ke jasad aku ini..aku lupa.. sebelum kita dilahirkan, kita telah berjanji dihadapan ALLAH yang kita mengakui keesaan Allah dan akan menuruti segala perintahnya. perkara ini ada diceritakan didalam Surah Al-A’raaf 7:172-173


"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(172) Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” (173)

adakah kita dah lupa dah janji itu? keadaan kiamat tu terlalu dahsyat..sehingga kita gambarkan sedikit keadaan kiamat dari Alquran tu pon dah buat kite terlalu gerun..ni antaranya:-


"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”

(Al-Zalzalah: 1-2)

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)
Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”

(At-Takwir: 1-3)


(sekadar gambar sahaja)

(sekadar gambar sahaja)

bayangkan..dahsyatnya..kita rasa gerun..gerun kan? tapi bape lame? hem..kene muhasabah diri sama-sama kalau tak rasa ape-ape..

antara cerita yang membuatkan ramai jemaah tertunduk sedih sehinggakan khatib yang membaca tu beberapa kali berhenti kerana menahan sebak ialah, cerita rayuan manusia yang meminta di hidupkan kembali ke bumi. pada waktu itu manusia tunduk setunduk-tunduknya dihadapan Allah..merayu-rayu untuk dihidupkan kembali kerana sudah percaya akan janji-janji Allah dan sudah lihat AZAB-AZAB Allah..mereka berjanji akan manuruti segala yang diperintahkan, akan berjanji untuk jadi umat yang baik..tetapi, segalanya sudah terlambat..kerana kali ini tiada siapa yang dapat membantu..semua dah terlambat..terceburlah kita kedalam neraka atau disyurga buat SELAMA-LAMANYA. kalau syurga tu Alhamdulillah..tapi kalau neraka? hari-hari kene seksa tanpa henti!! sanggup??

jika dibumi ini, pintu taubat masih terbuka luas..sebesar-besar manapun dosa kita, jika kita ikhlas bertaubat, dan tidak ulangi semula dosa itu, insyallah dosa itu diampunkan..KECUALI DOSA SYIRIK..

jadi janganlah kita jadi golongan yang rugi di akhirat nanti..jom..masih belum terlambat..kerana apa.tanda-tanda kiamat sudah semakin jelas..marilah bertindak sebelum semuanya sudah terlambat....


P/S : sumber: Koleksi hadis nabi, Sayyid Abdullah bin Alwi Al Haddad, terjemahan ayat Alquran, Abû Amînah Bilâl Philips, believe it or not were born Muslim!

Wednesday, March 23, 2011

kenangan SPM


         Esok memang tarikh keramat untuk pelajar SPM 2010..sebab esoklah segala usaha dan kepenatan selama 2 tahun tu terjawap...lumrah memang  ade yang sedih, gembira, menangis..adatlah tu kan..

buat adik-adik, semoga terima ape yang dah dapat tu..kalau dapat baik, alhamdulillah..kalau dapat kurang baik ingatlah..bukan penamat hidup ni..banyak lagi jalan nak berjaya..yang penting jangan putus asa ok? huhu

teringat kenangan masa amek result SPM 3 tahun lepas..malam tu memang cuba banyak cara nak tido..maklumlah, berkecamuk je hati ni..keputusan SPM tu menentukan arah tuju hidup kita..penting tu..tapi fikir balik...result tu dah tentu ada dah..macamana pon memang akan dapat..jadi buat ape nak takut..tido lah jugak malam tu...huuu~

pagi tu memang berdebar yang amat sangat..tp, sampai-sampai sekolah tu memang gembira jugak lah sebab rindu kat sekolah n jumpa kawan-kawan. cuma saat2 nak tunggu keputusan tu kt dewan memang gemuruh sangat..tapi aku syukur sangat-sangat..saat aku gelabah macamni, mak aku mesti ade teman.huu..tak kira lah masa UPSR, PMR atau SPM dia org pertama ak peluk dulu n cakap terima kasih..biasanya mak akan nangis dulu sebelum ak cari dia..huu...

masa SPM tu adik bongsu ak pon ade..tak sangka sebenarnya mak datang..sebab dia cakap dia sibuk kt pejabat..bila tengok mak kat luar dewan tu, rasa terharu sangat..

lepas dapat result tu, jumpa mak.. pastu mak ckap nak balik pejabat..aku sedih sebenarnya dengan result ak..tapi ak malas dah nak fikir..dah lepas tu lepas laa..huhu..terus cari kawan pergi bandar..makan2 pizza..jalan-jalan..lepaskan tekanan..

dah 3 tahun dah berlalu..hem..sekarang ni semua bawa haluan masing-masing sejak peristiwa tu..semua yang amik SPM semua akan merasai perasaan ni..sama je semua kite..so...jangan takut tau..huhu

P/S: entry ni khas untuk junior..


Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


 salam!!

ha a lah bro...kami ni laki-laki yang berjiwa kental memang busy je selalu..haha..takde2..ni tak boleh jadik, asyik perempuan je join..grr..okeh...nak join jugak..

soalan pertama: Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?

pertama, agama dia elok sokmo..molek..dua rupa, tiga feminin gitu..pastu lembut..haa..yang lain tak kesah...

soalan kedua: Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda ..

haha..entahlaa..no komen lah, bro..haha *tersipu-sipu

soalan ketiga: Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?

pada sy berkorban tu bukan bermaksud lakukan ape saje untuk cinta..itu seolah-olah macam kalah dengan cinta..tengok keadaan..yang penting berkorban dengan "win-win situation"..ade banyak cara kita nak express sayang,kan? huhu..

soalan keempat: Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?

kalau saya lah..tak perlu buktikan ape-ape demi cinta ke ape..saya berserah je..huhu..ingat nak mintak kerja ke kene test2 dulu..huhu..doa dan berserah je..hem..tu selalu kene tipu kot..wahaha..tak pe..janji dapat kenal dia sebelum kawin.jujur atau tak!!

soalan ke lima: Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?

hem..cube jumpa face to face..tanya ape yang diorg tak boleh terima tu..kalau diorg masih berkeras tak nak..terpaksalah lepaskan..tak de makna nak lari-lari..hidup kalau tanpa berkat mak ayah tak kemana...ingat cinta ni untuk dunia je ke..haa

soalan ke-enam: Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?

dua..haha..entahla...sekali tu macam tak serasi..kedua ni dia lari..ade org nak dia..tak pe..biar je..kite cool..tapi lepas ni tak nak dah bercinta..nak terus kawin..sungguh...buang masa..

soalan ke-7: Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa ?

ha...berlaku curang tak ikut jantina..tapi ikut individu..kalau kate laki selalu curang..aku pernah kene dengan pompuan curang ni..tapi tak adil nak cakap pompuan semua gitu..jadi tak adil nak salahkan laki atau perempuan..ikut hati masing-masing..

soalan ke-8: Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

cemburu tanda sayang kan? haha..tapi tak cemburu buta lah..biasa akan tanye yang berkenaan..pikir positif je..

P/S: hee...macam interview pulok..haha..sape nak join..meh pergi sini blog bro BEN 

Hikayat merong mahawangca..

 

Hem..nak tengok cerita tu..orang kate best...hari pertama je dah kutip 500,000.

takpe..lepas je habis semua kerja-kerja ni, aku tengok ulang-ulang sampai 3 kali.huuu..

ups...kawal nafsu tu eh...haa..

takpe-takpe..sabo je laa...

haeh.....

P/S: kesibukan melanda sampai blog ni pon dah bnyak sarang labah-labah..tak pe..korg party2 dulu,naa...nnt siaplah!

Monday, March 7, 2011

Lame dah tak main air terjun!




Assalamualaikum...

Jangan lupa! bila kita selalu kerah otak kita, fikir macam-macam, hafal macam-macam, bagi dia rehat..

Jangan lupa jugak! bila kita dah kerah tenaga kite, dah paksa badan kita buat macam-macam kerja jangan lupa bagi dia rehat..haa..kita bukan robot kan..

haha..apetah aku merepek ni..jadi, setelah melalui minggu-minggu yang memenatkan, rasanya kene lah manja-manjakan diri ni skit kan...

aktiviti ni cuma nak isi masa lapang pagi ahad semalam sebab boring kan.walaupun air terjun yang kitorg nak pergi ni cuma setengah jam je perjalanan, tapi masih tak de kesempatan nak pergi. kebetulan ahad semalam aku free, jadi ajaklah classmate lelaki mane yang nak ikut. ade lah dalam 9 orang yg pergi. sebelum tu kami sarapan dulu kt Pak Lah. kedai ni mmg jadi pilihan student-student UIA sejak turun temurun *macam tradisi plak. 


gambar kat Pak Lah cafe

bila dah makan, dah puas gelak. kitorang pon teruskan perjalanan. tak jauh pon.kalau sape kat kuantan tu, air terjun ni masuk sebelah pintu masuk TUDM. 

Dalam perjalanan-aku hampir jatuh masa amek gambar ni

sampai-sampai tu aku memang teruja la..bau hutan, bunyi hutan, bunyi air yang deru laju-laju. mungkin dah lama sangat tak pergi air terjun kot. lagipon aku mmg suka persekitaran macam ni selain pantai.rasa tenang. sampai-sampai tu terpegun dengan air terjun yang bertingkat tu.

Gambar air terjun tu

 titi gantung

disebabkan tingkat air terjun tu tinggi, ade lah wap air yang membentuk pelangi2 kecik dan comel2..dah nampak air ape lagi kan..menggila lah kami dalam air tu. tp mula2 tu ak cam terkejut ade benda gigit2 kaki. aku terbayang piranha je.haha. kalau piranha dah kokak dah kaki den ni ha.tp ikan kecik2 main langgar2 kaki.comel sangat.macam menyapa kedatangan kami, ikan tu berkumpul banyak2 kat kaki kitorg.tak yah pergi skuba! tengok nih:-


macam2 permainan budak2 lah kitorg main, antaranya, jeng3:-

1) lompat2 seperti kanak2 ribena.

2) Buat menara 'seksaan'

3) main tangkap2 gambar dalam air

4) dan lain-lain..wahaha..bahaya...


 Alhamdulillah, sebelum ni kami sibuk je. masa santai macamni lah dapat eratkan ukhuwah antara kami,walaupon hari2 nampak muka yang sama tapi keadaan tak sama bila waktu santai macam ni..kalau kat kelas tu nak gelak2 tahap harimau bintang memang tak boleh, nanti mesti sister kat kelas akan pandang dengan pendangan yg serong *mungkin serong dengan kepala2 sekali menunjukkan bertapa peliknya perlakuan tersebut. tapi memang berlainan kt sini. kami bebas nak usik2 antara kami, nak gelak sempai mengejutkan binatang2 buas kat situ pon tak kesah *ye ke tak kesah? erkk..kenangan semalam memang sangat bermakna sebelum kami semua menempuh final exam TAK LAMA LAGI..semoga hubungan kita satu kelas kekal sampai bila2..


hidup LILAG..:)


P/S : lebam kot bahu buat menara..huu~

Wednesday, March 2, 2011

Pindah rumah..



        Proses yang aku rasa aku kurang suka ialah berpindah..macam-macam proses nak kene buat..basuh rumah, kemas-kemas barang, ulang-alik pindah-pindah, belum lagi urusan sewa, isi borang keluar asrama. tapi memandangkan aku tak de pilihan. aku terpaksa lah jugak pindah.

rumah ni sederhana.ade tiga bilik. 2 bilik air.dua tingkat..haha..perlu ke cerita? walau macamana pon ak rasa selesa dengan rumah ni. harap-harap selesailah masalah-masalah sebelum ni..

ni sikit je gambar boleh bagi tengok.


dapur= excited nak beraksi kat sini


masuk2 rumah ni tangga sambut korang...:P


aku rasa takde kene mengena-tp ni lah tilam angin aku.haha


semoga keputusan ak untuk duduk rumah sewa ni adalah keputusan yg tepat..amin...jiran-jiran kat sini pon okay..kami berjiran dengan imam masjid taman ni..jadi, rasanya takde masalah pasal jiran.ok lah tu kan?


P/S : Org dulu-dulu kata, kalau makan pindah-pindah.nanti kawin ramai. esk aku akan mula praktikkan!