boleh mintak tolong semua tolong tekan report kat group ni:-
klik SINI
group ni secara terang menghina agama aku, agama kita Islam..
aku memang panas sgt ni..hem..
jom ramai-ramai...
P/S: Ya Allah, kau jahanamkanlah puak-puak yang memusuhi Islam!!
boleh mintak tolong semua tolong tekan report kat group ni:-
klik SINI
group ni secara terang menghina agama aku, agama kita Islam..
aku memang panas sgt ni..hem..
jom ramai-ramai...
P/S: Ya Allah, kau jahanamkanlah puak-puak yang memusuhi Islam!!
Assamualaikum! haa..
nampak header baru aku??
aku ni dah lame nak design header sendiri.tapi maklumlah, busy sikit.pastu kurang kreatif sikit..terpaksalah aku mintak tolong orang designkan..
masa aku main-main *boleh pulak main, dekat dalam SB (Sahabat blogger) ade sorang blogger ni offer nak buatkan header..itu sudah bagus!!
terima kasih banyak-banyak kat nurul sharina..design ni memang aku puas ati sangat..thanks2!! dengan header ni nampak tema coklat yang aku nak kat blog ni..thanks2!! ni blog sharina:-
P/S : Jom pakat ramai-ramai serbu blog dia..
Pernah makan kat Tanjung Lumpur,Kuantan? walaupon dah setahun lebih duduk Kuantan, belum lagi sempat nak pergi sana..
kalau duduk Kuantan, tak jejak Tanjung Lumpur..memang rugi laa. oleh kerana aku tak nak tergolong dalam golongan orang yang rugi, maka aku mesti ke sana! haaa
ape yang ade kat tanjung lumpur tu? kalau nak makan seafood yang segar-segar kat sini laah..
haritu aku pergi, aku tak makan seafood pon..saje nak tengok tempat tu..tapi aku order air gelas besar..haha..king size!
air tembikai + laici
tengok saiz handphone aku tu dengan cawan *aku tak pasti nak panggil cawan ke jug.. bandingkan saiz tu..
lame jugaklah nak habiskan air tu....tapi bagus juga..buat aku lawas esok harinya.. haa...
P/S: harga air ni berpatutan tau
Assalamualaikum..haa..sihat??
ni ha..nak habaq mai ni haa..cek nak pindah rumah baru neh..haha..kenapa keluaq loghat utahga ni..entahla..cek pon tak berapa nak tau..
aku dengan rasminye akan keluar asrama Uia ni..nak pindah rumah baru..tadi keluar beli-beli barang rumah la..tu yang busy skit nak buat entry..
esok nak basuh-basuh rumah dah...nanti dah cantik, aku upload sikit gambar rumah tu..
P/S : nak ubah cara hidup secara serius...
Assalamualaikum...
Dapat segmen ni setelah di tag oleh akak senior..huhu...cuba nasib lah walaupun rsnya blog aku ni tak seberapa hensem pon..tengoklah, tuan dia pon tak hensem,kan....hehe..
okeyh...blog yang aku nak tag ialah:-
bagi kategori lelaki........
bagi kategori wanita calonnya........
okeh luncai, jadi tengok-tengoklah blog yang tak seberapa ni, kalau ade ruang kosong lagi bolehla selit sikit blog ak nih..hee..terharu aku kalau dapat..tapi kalau tak dapat, takpelah..its ok..:)
jadi sape-sape nak join segmen ni mari klik sini
Selamat pagi! haa..dah pagi?? auchh..banyak lagi tak study!! takpe2..lupakan dulu..ehem2..
Alhamdulillah dapat jugak join gathering blogger, tadi..sebelum ni tengok je blogger-blogger lain buat..kite gigit jari je...nasib baik tak putus..haha..
tapi kali ni kecik-kecik je..sebab baru first time kan..macam nak kenal-kenal dulu lah..jadi buat yang mane ade jelah..mula-mula ak sampai ECM tu pukul 11.16pg..hem, ak rs memang tak de orang lagi kot..saje je jalan-jalan..tapi bila sampai-sampai je kt Big Apple tu terpandang dua orang gadis .jadi terus tegur jela..rupanya betul..kecik je diorg ni..comel-comel..huhu..tabik kat diorg sebab punctual..huhu
sambil tunggu blogger2 lain, ak borak-boraklah dengan dua gadis itu..hehe..
dunia ni kecikkan, salah sorang tu, ak ingat just sekampung je dengan ak rupenya satu sekolah jugak..terus ak panggil dia akak senior..haa..sorg lagi tu kecik lagi..hehe..tp dia ckp jgn ckp dgn sape-sape umur dia..so, tak boleh cakaplah ye..hehe..dia kate parent dia ade beli-beli barang kat situ, akak senior dengan ak jadi takut-takut nak kacau dia..hehe..terutama ak! haha..taklah gurau jela, mira...tak kanlah abah awak nak cekik sy kan...:(
banyak jugaklah benda yang kitorg borak tapi paling sweet bile akak senior cerita macamana dia jumpa husband dia..soo....sweeeet...haa....romantik gitu..tapi takleh citelah..hee
lepas beribu-riban saat barulah alia datang dengan housemate dia..rupenya UIA jugak..jumpalah classmate.....hee..lepas makan, kitorg pergi solat dan pergi tarannum..haa..
sebenarnya rasa rendah diri tau dengan diorg..diorg ni dah ade follower ramai, macam2lah tahu pasal blog..ak banyaklah blaja pasal blog ni dari diorg tadi..walaupun baru je kenal, tapi tak rasa kekok bile hang out dengan kamu semua..sangat seronok..nanti insyallah kite jumpa lagi ok..
ni nak tag blog diorg:-
akak senior--> khumaera ismail
budak kecik comel---> amira anora
aliaa UIA-an---> aliaa farhana
P/S: thanks for the precious moment..focus study now!! bye
Assalamualaikum!
soalan ni selalu jugak aku dapat..tp jarang-jarang aku jawap..sebab ape eh? sebab aku tak tahu nak explain macamana....hee
oklah..pertama sekali, aku berblog-blog ni tak pernah pon terlintas nak kumpul-kumpul follower ni..memang TAK PERNAH..huu..jadi memang agak susah la nak dapat follower..terus terang, pernah sekali, aku punya follower kat no 13 sampi berbulan-bulan..baru cecah 14..hehe..aku pon jarang promote blog aku..tu yang lambat tu...
keduanya, blog ni aku wujudkan sebab ak jadikan medium untuk bermonolog dengan diri ak..kalau korg perasan, entry-enty ak sebelum ni banyak pasal kata-kata yang berbaur2 baur nasihat kan3? huhu..itu sebenarnya ak nak legakan hati ak..kalau ak rasa marah, kecewa, sedih..ak akan pujuk diri sendiri dengan buat entry yang macam tu..so, takde lah buat yang pelik-pelik nanti kan..bila ade orang komen, dan berbalas-balas komen dengan ak, dengan sendiri ak rasa lega..so, lupa lah kat marah, sedih tu..hee
blog ni ak dah anggap seperti monolog dalaman ak.tempat ni lah jadi mangsa nanti..so, jadilah blog ni seolah-olah diari elektronik ak, sebabnya tajuk pon a diary of my life kan?.tapi memang rasa terharu sgt ade org yang sanggup follow blog ak yang memang tak seberapa ni..terima kasih banyak2..walaupon orang lain fikir 39 orang tu sikit, tapi ak rasa banyak dah tu..harap2 ape yang ade kt blog yang serba kurang ni korg ameklah..aku memang sayang korg..hee
bayangkan td masa gathering, org sebok2 cerita pasal header, nuffnang..ak senyap je..hehe..ak takde pon benda tu..mula-mula rasa rendah diri jgk tapi takpelah..its ok..huhu..bila buka pasal follower je, lagi lah rasa rendah diri td..tp tak pelah..slumber jelah kate
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"39" ! haha..
Assalamualaikum...(entry untuk orang belum kawin)........:)
Sem ni aku ade satu kelas yang istimewa..kelas yang ak rasa tak pernah rasa nak tidur....nama kelas tu 'parenting skill class'..dalam kelas ni secara terang mengajar tentang hakikat perkahwinan, dan apakah cabaran-cabarannya, serta bagaimana nak menghadapi cabaran-cabaran tersebut..macam2lah isu yang dibincangkan..sebab tu tak pernah tidur..haha..
Tapi sorang member ak ni dia tak ambik, sebab dia kene amek subjek lain.kesian tengok dia.dia kata dia nak sangat ade dlm kelas tu...jadi atas dasar tu, ak amek inisiatif sendiri nak kongsi lah sikit kat blog ni supaya dia pon sama2 dapat jugak ape yang ak dapat..sharing is caring btol tak? haha..akram! kau kene terharu, entry ni memang khas untuk kamu..huhu..
Dan secara tidak langsung bolehlah berkongsi dengan orang lain jugak, sebab ini adalah pengetahuan am yang semua perlu tahu..semua buat-buat malu kononnya nak blaja, buat-buat pandai dan last-last masalah sikit pon dah menyasau-nyasau nak selesaikan..kan bagus ade ilmu..bila orang buat-buat pandai ni buat banyak berlaku penceraian sana-sini..tak salah rasanya blaja awal-awal kan?
hari ni macam intro je, akram..jadi cuma kongsi benda yang ringan-ringan dulu; apakah Objektif perkahwinan dalam Islam...
1) Memupuk suasana yang tenang, cinta, kasih sayang antara pasangan
- Lecturer ak ade tanya kat kelas, cube tgk keluarga kita sekarang ni, adakah suasana di atas wujud? kalau wujud, Alhamdulillah objektif pertama tu mencapai matlamatnya..tapi kalau masih tidak, kita kene amek pengajaran untuk kita guna dimasa akan datang.jangan buat silap yang sama..sebab tu perlunya ilmu..ak dengar dan terus terpaku! betul juga tu!
2) Membentuk keluarga yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk islam
- Objektif kedua ni memang nampak berat..tapi, Insyallah..kalau istiqamah..insyallah boleh..:)
3) Menyediakan persekitaran yang baik bagi khalifas kecil untuk dibesarkan dan dididik
- siapakah khalifah kecil itu? op cos lah anak-anak kita (bakal)
4) Menambah populasi umat Islam
- supaya kita tidak mudah di manipulasikan oleh orang bukan islam..
5) Melindungi individu dan masyarakat dari melakukan dosa dan salah
- aku lupa ape huraian madam ak pasal point ni..ak berangan kat point atas2 ni..sorry..:p
6) Memperkenalkan model suami, isteri dan anak-anak yang baik
- Islam adalah acuan bagi menonjolkan model terbaik untuk insitusi kekeluargaan
7) Meningkatkan hubungan antara manusia
- cinta = paduan dua hati menjadi satu...haha
cukuplah untuk malam ni..ade lagi benda menarik..akan datang menyusul..cara nak mendisiplinkan anak..wahaha...tunggu eh..okeh2..sila cari calon sekarang..!! (kalau dah cukup umur)
P/S: ayat pensyarah ak sebelum kelas habis : "i hope u learn something tonight"..haha.. harap macam tu jugak
Keadaan di padang Mahsyar
Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”.
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.
Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.” Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !” (Yassin, Ayat: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
Syafaat Nabi Muhammad
Pada masa itu ramai yang tidak tahan lagi akan pedihnya menunggu saat untuk dihisap. Tatkala manusia dirundung kesedihan dan bencana yang tidak kuat mereka tahan, mereka meminta kepada orang-orang tertentu yang diberi wewenang oleh Allah untuk memberi syafaat. Mereka pergi kepada Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa. Tetapi mereka semua tidak bisa memberikan syafaat hingga mereka datang kepada Nabi saw, lalu beliau berdiri dan memintakan syafaat kepada Allah, agar menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari adzab yang besar ini. Allah pun memenuhi permohonan itu dan menerima syafaatnya. Ini termasuk kedudukan terpuji yang dijanjikan Allah di dalam firman-Nya : “Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Al-Israa’:79)..
Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-
1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.
2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.
3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w
4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.
5) Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.
Begitu besar keistimewaan Nabi Muhammad sehinggakan layak membuat 5 perkara di atas berbanding nabi-nabi lain. marilah bersama-sama kita berselawat ke atas nabi junjungan besar kita Muhamad SAW supaya di akhirat nanti kita peroleh syafaat darinya...Selamat menyambut hari Maulidur rasul~
P/S: صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
sumber: http://sillaturahim.wordpress.com/2008/01/29/keadaan-manusia-di-padang-mahsyar/
http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/04/13/hanya-nabi-muhammad-pemegang-syafaat.html
http://majalahtauhid.wordpress.com/2009/11/30/syafaat-rasulullah-saw/
http://www.zaharuddin.net/kewangan/702-cukup-dahsyat-tapi-sudah-sedarkah.html
Assalamualaikum..sehat semua? uhuk2...mintak2 sehat lah ye..
hari ni nak cakap sikit pasal persahabatan..pernah tak rasa kita ade kawan yang rapat sangat-sangat..lepas tu bile kita ade masalah, kita sakit...kawan tu hilang..huhu..pernah tak?
pernah tak rasa? rs ape? rs macam diperguna..rasa mcm kawan tu cuma ade bile senang je..kan? rasa sangat kecewa sangat9..aku pun rs mcmtu..tambah2 lagi ak tak boleh jalan ni..kaki aku bengkak balik.sampaikan nak mandi pun sakit sangat apetah lagi nak pegi makan..tp ak kene fikir..kawan2 ak po ade masalah juga kan2..
lagipon tak semua kawan2 kita tahu ape yang kita alami..kenapa ye kadang-kadang kita selalu buat andaian yang buruk pada orang walaupun itulah kawan kita paling rapat..itulah SYAITAN..suka membisikkan kata-kata dusta yang akhirnya melaga-lagakan sesama umat..
buat ape kite hirau kawan kita kesahkan kita atau tidak..hiraukan diri kita bila tuhan tak kesahkan kita...nauzubillah..
jadi, janganlah bersangka buruk antara satu sesama yang lain..kawan kita tu pon bukan 24 jam dengan kita..kalau bini kita ye...dia tak hirau kita kene merajuk..wahahaah..ok out...
P/S: ingatan buat diri sendiri...:)
Assalamualaikum....
semalam, lepas je habis workshop adobe tu ak terus pergi merayap kt tepi pantai..lepastu trus je pergi ECM..rasa-rasa nak tengok wayang. dah lame rasanya tak tgk wayang. takut nanti aku lupa je bentuk screen wayang macamana..*perlu ke alasan mcmtu? tak boleh biar ni..kene tengok jugak. ak trylah tengok cerita sini ada hantu. ceritanye taklah complicated, sebab dalam tu cerita-cerita hantu di complile kan jadi 1. ade 3 hantu, hantu pokok pisang (seram jugaklah), hantu nombor ekor (seram jugak laa), dan hantu asrama (paling tak seram)..walaupun hantu-hantu tu kurang seram, cerita ni pada aku unik sebab bsifat 'multi-races'. jarangla ade orang nak gabungkan hantu melayu, cina dan sebagainya..biasanya orang melayu tengok cerita melayu, orang cina tengok cerita cina. jadi ini mungkin salah satu usaha yang baik untuk ubah tradisi tu. kite negara yang berbilang kaum dan perlu memahami antara satu sama lain. itu yang membuatkan ak terlalu sayangkan negara ak, Malaysia sebab keunikan yang ada. Jadi, keep it up, James Lee..gud job!! mesej perpaduan kamu memang saya nampak.teruskan okeh!!
hantu cina yang comel~
hantu melayu yang comel jugak~
P/S: ak gelak besar bila hantu tu bawak sendiri van utk majlis pengebumian dia.hahaha
Hi, assalamualaikum...ni lah poster saya..huu~ biasa2 je kan~
ak dah setahun 'installed' adobe photoshop dalam laptop ni. tp bila tang nak guna tu, masih garu2 kepala lagi..garu2 dengan kaki pulak tu *haih teruk bebenor tu..
Jadi bila kat U ak ni ade kursus untuk photoshop, rasanya macam orang mengantuk disarungkan bantal..ei..ape daa sarungkan..sorongkan daa..ha! pucuk dicita ulam yang mendatang kan2? kalau kat luar tu gerenti-menti mahal..jadi, ak pon tanpa fikir panjang terus daftar untuk ikut workshop ni.
Dari malam tadi ak dah set, ak nak absorb sebanyak-banyaknya ilmu yang ade, pagi-pagi lagi dah tercegat datang. mula-mula tu memang merangkaklah..sebab aku memang takde basic langsung. nak pahamkan tu memang ambil masa juga. tp Alhamdulillah..banyak ak belajar hari ni. terima kasih di ucapkan pada penganjur, terutama pada 'instructor' tu. penjelasan yang di beri tu memang terang dan mudah difahami. maaflah, kadang-kadang tertanya soalan kurang pandai skit, contohnya "err..macamana nak back balik ye, sy terdelete yang td, saya cari butang undo, tak de"..dia pun ajar..'ALT + Z'..oh, gitu..ingt macam word, boleh undo2 ..aiseh..buat malu je..
Di akhir sesi tadi, semua peserta kene design poster berdasarkan maklumat ini sahaja:-
Sciencess family day
Date : 6 MArch 2011
Venue : IIUM field
Time : 8.30am - 1.00pm
Games :
Galah Panjang
Cocunut Bowling
Konda Kondi
and many moore
Registration
ali 0132xxx92
aminah 017cc999
masa orang lain dah start buat. aku masih blur tak tahu nak design macamana..lame juga fikir tu barulah merangkak-rangkak nak buat... semua kene hantar dan setiap poster tu akan dinilai dan diberitahu ape yang kurang.
pengajar yang baik dan mesra-bro syafiq
waktu ak tak tahu nak design macamana. main tangkap-tangkap gambar
hasilnya, poster kat atas sekali tu. bila akhir sesi tu bila dia tunjuk semua poster kat depan, huuu bila bandingkan dengan poster yang ade, jauh beza dengan poster ak.rasa terkebelakang je.huhu..tak pelah, lepas ni kene blaja lebih!
P/S: ape-ape pun, tak sangka boleh design poster dah walaupun datang dengan zero.tahniah pada penganjur, pada saya program tu sgt berjaya mencapai matlamatnya. lepas ni harap2 ade workshop untuk edit-edit gambar gune photoshop..tak sabar nak join...:)
soalan pertama: Sila beri pendapat anda mengenai VLOG ( Video Log ) BEN ASHAARI ini
Huwaa...ini segmen pertama yang aku join..huuu..ok, pendapat aku ye tentang VLOG ( Video Log ) BEN ASHAARI..Terbaik!! tambah sikit..terbaik dari ladang!! haha..mula-mula tu nampak macam malu-malu je..tapi makin lame makin best..yela, bukan senang kan nak bercakap secara spontan..kalau aku, tak tahu lah macam mana, lagi la suara ni malu-malu nak keluar..silap-silap kamera baru on terpaksa pura-pura pengsan!! aku ni boleh dikira sebagai blogger baru..senang kata, baru serius nak terjun dalam dunia blogging ni..orang-orang macam bro ben ni lah banyak membantu aku sikit-sikit memahami ape itu BLOG. dari VLOG bro ben, memang banyak tips-tips yang aku boleh dapat dan belajar. pastinya bro ben memang tak lokek ilmu dan banyak kongsi pengalaman-pengalaman dengan orang-orang macam kami ni..keep it up, bro..!! kami tunggu video bro yang akan datang..!!
soalan kedua: Pendapat anda mengenai www.1TUBE.MY dan penambahbaikkan yang boleh anda cadangkan .. Jika ada kelemahan , sila beri pendapat anda ..
okeh, secara jujur..sebenarnya baru dengar 1TUBE ni.kalau bro ben tak buat video kat situ mungkin tak tahu lah 1TUBE tu ape.hehe. Jadi promosi mungkin masih kurang lagi kot..jadi, cadangannya, bro ben boleh jadi duta 1TUBE ni, boleehhh?? haha..bro, gurau je eh..huahuahua..
soalan ketiga: Jika diberi pilihan , apakah anda ingin terlibat dengan projek VLOG ini atau membuatnya sendiri ?
oh semestinya nak terlibat!! huhu..kalau shooting kat outdoor tu lagi best..macam kat tasik ke..kat tepi-tepi pantai ke..baru lebih jelas konsep santai tu...:)
P/S: Jom join segmen bro ben kat SINI
malam ni genap dah 22 tahun ak dipinjamkan nyawa ni..
segala2nya ni adalah pinjaman buat ak dan bila2 je boleh ditarik..
persoalannya bersediakah ak?
harapnya segala pengalaman yang ak lalui selama ini mematangkan diri ak...
ak bersyukur dpt berjumpa dengan org-org selama ini menjadi tulang belakang dan kekuatan ak.
hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...:)
p/s: muhamad Al Fateh menawan kota Constantinople pd usia 22 tahun..ape sumbangan ak plak pada umur 22 tahun? masih banyak yang perlu dilakukan..
Kembali dalam posisi....
cuti pon suda habis..rasa bahagia sangat dapat balik rumah..walaupun cuti kali ini ak menghadapi beberapa musibah..tapi tetap merasakan keseronokan berada disamping keluarga..
rumah nenek kami dilanda banjir..jadi cuti yang sepatutnya diperuntukkan untuk study tu terpaksalah dikorbankan. mungkin ade hikmah disebaliknya kan..walaupun penat tapi gembira sebab dapat bersama2 dengan keluarga berkongsi saat susah, penat sama2, semua memberikan yang terbaik utk siapkan kerja..tahniah, semua..hem,
cuti kali ni juga ak di uji dengan masalah kesihatan..bila dua hari tak boleh berjalan tu, baru terasa nikmat kaki yang Allah beri tu sangat bermakna.. kaki ni kene lebih selalu melangkah ke tempat2 yang baik tanda mensyukuri nikmat ni..
Alhamdulillah semakin pulih..dalam posisi yang terbaik untuk fokus mid term..go-go
P/s: betul, kesakitan itu memang mengingatkan kite tentang kebesaranNya....