Tuesday, May 24, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Hari ni cukup 5 hari Nur Kasih (NK) ditayangkan di pawagam. sebagai peminat drama Nur Kasih, aku memang berazam nak tengok movie ni awal-awal lagi. tapi, hari ni baru dapat peluang tengok.

okeh! haha..macamana aku nak katakan ye, mungkin konsep drama tu lebih kita rasa menarik sebab cerita dia panjang. 20-23 jam. movie pula dalam masa 2-3 jam je. jadi tak hairanlah nampak macam rushing..

pada aku lah..ceritanya unik, memang 'trademark2' Nur Kasih tu wujud sepanjang cerita. element suspend yang kene dengan masa. tapi kalau orang yang baru tengok cerita ni, mungkin kurang 'ummpp' laa..paham tu paham, tapi bagi diorang tu biasa. sebab orang yang layan drama NK dapat lihat segala cabaran-cabaran diorang nak bertemu. jadi, kat movie ni pulak menceritakan kesinambungan dari drama tu. tu yang orang yang tak layan drama kata biasa. plot dia best, Kabir Bahtiar memang hebatlah dalam bab-bab camera angle ni. memang cantik scene dalam NK the Movie ni. tapi cerita tu sedih~ kalau feeling betul-betul cerita ni, boleh melalak la dalam panggung tu. tapi masing-masing control. cuma bunyi tarik-tarik hingus jela..hahaha..hakikatnya semua tahu diorang nangis..hee~ overall, aku bagi 4/5 bintang..


P/S: indahnya lihat cinta adam dan Nur..bahagianya kalau jumpa cinta macam tu~

8 comments:

JANNAH means Heaven said...

eh dalam crita ni sapa yang meninggal..ending dia cana?crita sikit...hehe

nabilah said...

dulu cadang gak nak g tgk cite ni tapi pas ramai kata tak berapa best, malas la pulak nak tengok..

CKB said...

aisey, npe la xde kat astro first.. mlsnye nk ke panggung. ( bersiap pi panggung wayang tempah tiket NK the Movie )
:D

Munira Shaari said...

nk tngk!!! nk tngk!!! (guling2 hoho)

tirah said...

btol!!akak pun rase cite tue sgt rushing

baru nak feel dh tuke scene laen.

mmg terus terbantut la feeling nak nages.hahha

tp not bad la cite nie :)

cik azeya said...

peminat NK seh. jarang lelaki minat cerite macam ni. :P

nota kaki:

err cinta macam tu dah tak wujud lagi. kot. hahah.

Hans said...

filem ni memang layan
:-)

Muhammad hamizan bin yusof said...

aiseh...sorry semua...pending je smua komen...blog ni ade problem..nasib baik ade engineer yang sgt baik hati tolong..hehe..nk bls komen ni pon dah tak demam NK lagi dah..huu~