Tuesday, May 24, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Hari ni cukup 5 hari Nur Kasih (NK) ditayangkan di pawagam. sebagai peminat drama Nur Kasih, aku memang berazam nak tengok movie ni awal-awal lagi. tapi, hari ni baru dapat peluang tengok.

okeh! haha..macamana aku nak katakan ye, mungkin konsep drama tu lebih kita rasa menarik sebab cerita dia panjang. 20-23 jam. movie pula dalam masa 2-3 jam je. jadi tak hairanlah nampak macam rushing..

pada aku lah..ceritanya unik, memang 'trademark2' Nur Kasih tu wujud sepanjang cerita. element suspend yang kene dengan masa. tapi kalau orang yang baru tengok cerita ni, mungkin kurang 'ummpp' laa..paham tu paham, tapi bagi diorang tu biasa. sebab orang yang layan drama NK dapat lihat segala cabaran-cabaran diorang nak bertemu. jadi, kat movie ni pulak menceritakan kesinambungan dari drama tu. tu yang orang yang tak layan drama kata biasa. plot dia best, Kabir Bahtiar memang hebatlah dalam bab-bab camera angle ni. memang cantik scene dalam NK the Movie ni. tapi cerita tu sedih~ kalau feeling betul-betul cerita ni, boleh melalak la dalam panggung tu. tapi masing-masing control. cuma bunyi tarik-tarik hingus jela..hahaha..hakikatnya semua tahu diorang nangis..hee~ overall, aku bagi 4/5 bintang..


P/S: indahnya lihat cinta adam dan Nur..bahagianya kalau jumpa cinta macam tu~

Monday, May 23, 2011

Taman Botani melaka



(AMARAN: GAMBAR YANG DITUNJUKKAN AGAK TIDAK MATANG)
SILA TUTUP MATA JIKA MELUAT



~TAMAN BOTANI MELAKA~

papan tanda ditepi jalan yang terpampang jelas di depan biji mata aku. merasakan ada sesuatu yang menarik disitu, lantas aku mengajak ayah aku singgah sebentar..sementara menunggu mak, boleh juga kami buat sesuatu..

okeh~ skemanya ayat.. santai2..

aku, ayah dan adik aku yang dua ketul tu pun pergilah kat taman tu. mungkin aku sukakan alam sekitar, pemandangan pagi tu aku rasakan seperti betul-betul berada di dalam hutan yang tebal. padahal jalan besar ade je kat sebelah. tapi cuaca pagi tu yang redup, ditambah pula dengan kabus di dalam hutan tu membuatkan aku rasa tenang yang teramat tenang. boleh diberi pujian lah pada Kerajaan Melaka yang masih memelihara hutan asal ni. sebab dalam taman ni, korang akan nampak pokok yang pelik-pelik. kami ni masuk macam pelik je baca 'description' kat pokok tu semua. memang tak pernah dengar. ni buktinya aku 'snap' senyap2..huhu..:-


ajid siap garu-garu kepala..


salah satu pokok


tapi kematangan kami memang betul-betul diragut oleh haiwan batu ni:-



bila susun macam ni dah macam teletubies

bila kene gigit...................

dia cakap nak lawan balik

ayah pun aku suruh buli haiwan batu tu




aku nak terbang. tapi burung dinasor ni tak nak gerak...

paut depan tak nak terbang


belakang pon tak nak jugak


last-last aku give up..tak pelah, thanks! lepastu cari gaduh dengan haiwan batu tu


cuba gaduh dengan anak T-Rex. sebab dengan mak dia tak berani.


ajid dengan beraninya nak curi telur

ami cuba menguji berat badan dia..:p

okey..cukuplah..kesimpulannya dari gambar di atas tu jelas menunjukkan kematangan kami dah diragut oleh haiwan batu itu. tapi aksi-aksi di atas ni di luar kawalan. kami matang sebenarnya..hee~

yang pasti aku memang tak berani nak posing gitu kalau benda alah ni hidup..huhu..

dalam 2 jam kat situ, kami pon pergi jalan-jalan kt Mydin pulak. dengan bawak tanah-tanah sekali. sebab tanah-tanah tu melekat kat celah-celah selipar. errr..maaf ye..hehe~

satu lagi pengalaman indah bersama family aku..tapi lagi seronok kalau mak ade..tapi kan, malam tu kan dia makan jamuan sorang-sorang tak ajak kitorang. sampai hati~ heheehehehe

P/S: ayah kata, ayah pernah bawa aku ke tempat ni masa kecik-kecik.
tapi tak ingat lah masa tu~

Nur Kasih The Movie~









Minat dengan cerita Nur Kasih..
pelakon yang natural...
watak yang hidup..
teknik kamera yang mantap...
jalan cerita yang baik...
menyayat hati...
boleh buat kita nangis..hehehe

tapi itu pada drama Nur Kasih..
kalau tidak, takkan sampai 19 juta penonton yang menonton Nur Kasih..
jadi, atas reputasi yang tinggi itu..
ramai penonton mengharapkan yang terbaik untuk movie terbaru Nur Kasih ni..
hari ni lepas kelas nak pergi tengok..heee~
tapi, aku tak naklah datang dengan harapan yang tinggi..
nanti kecewa bila cerita tak sedap..
jadi nak datang dengan perasaan yang biasa..hee~

P/S: Tisu spare harus juga dibawa bersama..bkn untuk diri sendiri, tapi mane tau orang kat sebelah2 nak guna..*ayat alasan..heeee~

Sunday, May 22, 2011

Kriteria Lelaki soleh~

Islam menggariskan ketetapan yang jelas kepada golongan lelaki untuk mengejar tahap soleh dalam kehidupan mereka.Kriteria lelaki soleh harapan agama,dambaan wanita :

  • Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Jihad fisabillillah adalah matlamat dan program hidupnya
  • Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
  • Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran Allah
  • Ikhlas dalam beramal
  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  • Sangat takut kepada ujian Allah
  • Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
  • Solat malam menjadi kebiasaannya
  • Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah
  • Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
  • Menerap nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjaga ukhwah di antara mereka
  • Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya
  • Sangat kuat memegang amanah ,janji dan kerahsiaan
  • Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia.sentiasa saling ingat mengingati sesama ikhwan dan tawadduk kepada Allah
  • Kasih sayang dan penuh perhatian kepada keluarga
sumber : iluv Islam

P/S: cuba memenuhi kriteria di atas..~



Thursday, May 19, 2011

BuKit MoR~


Assalamualaikum..:)

Hari ni nak kongsi sikit satu lagi aktiviti yang aku suka selain berenang..panjat bukit!

Bukit Mor, memang biasanya dijadikan tempat latihan PGA polis. selalunya, dalam seminggu adalah dalam 3-4 kali group Polis akan panjat bukit ni. Tapi sekarang ni dah takde dah. Jadi dari situlah ayah tahu tempat ni. First time dia bawak aku naik Bukit tu, macam nak putus nyawa! haa..masa tu dengan fitness yang rendah, baru makan tengahari lauk asam tumis pulak tu, memang beberapa kali nak pitam. haha..tapi itu dulu lah..sejak dari tu, aku terus jatuh cinta nak naik bukit dan aktiviti panjat bukit Mor ni memang jadi aktiviti wajib untuk aku naik setiap kali aku cuti. mak pernah naik sekali , lepastu dia dah tak nak pergi lagi. dia cakap dia trauma..haha..tadi masa makan malam, dia cakap dia tak kan naik lagi Bukit Mor sebab lepas dia naik haritu sebulan lutut dia sakit...:p

aku suka naik Bukit ni sebab beberapa faktor, pertamanya bila naik tu memang menguji stamina kita, tahap fitness dan mental juga teruji la sebab kecenderungan nak give up tu sangat tinggi, tapi mula-mula je, lama-lama enteng je, bukit Mor ni tak lah sesukar mane pun sebab tu nama pun bukit je, bukan gunung. tapi still bagi kita semput.haha. ok, panjat bukit ni jugak akan bagi kita berpeluh berganda-ganda banyaknya dari jogging. jauh beza.haha.percayalah..paling best, pemandangan yang cantik. sambil naik tu boleh berbual-bual, sangat best. kalau bawak adik aku yang bongsu, naik bukit Mor memang jadi 1 jam 40 min gitu. sebab dia gemok, muatan agak besar, jadi dia selalu mintak rehat. (harap-harap dia baca ni). tak percaya? tengok gambar ni. bukti (ni gambar lama, sekarang dia lagi gemok)


Tengok tu, kan betul..huhu

Tengok perut dia

Lepastu suka control comel.huhu

tapi kalau aku berdua dengan ayah, atau bertiga dengan ayah dan adik kedua biasa ambil masa dalam 35-40 min je.
hari ni, aku naik lagi bukit mor. lepastu terasa nak kongsi kat blog. jadi kerja amik gambar jelah aku tadi. ok meh kita tengok gambar-gambar tadi. kami mula naik dalam pukul 3:15 petang:-


SEBELUM NAIK
amek mood dulu

dengan ayah

jalan masuk-ladang kelapa sawit

challenge beginnn neh (sebut mcm ning baizura sebut dlm iklan astro first)


ANTARA HALANGAN YANG ADA


mula-mula naik pun dah curam

ni ajid..tengok ayah pulak kat bawah

ayah

jalan yang boleh bawa semput

jalan yang agak mencabar

pijak-pijak atas pokok tumbang


PEMANDANGAN HEBAT SEPANJANG PERJALANAN


pokok Nipah (aku hentam je.hee)

pelepah mati yang berduri

subhanallah! cantik

disebalik pokok ni nampak pemandangan seluruh MUAR

denai

air terjun mati

gaung hanya beberapa inci je dari jari kaki

Jalan keluar-ladang tebu

sebelum balik (beza kan dengan gambar sebelum naik tadi? huhu)


P/S: Antara riadah yang baik untuk jantung juga ni..hee~
kalau yang dekat-dekat kat Muar tu, jangan lupa try ye~

Wednesday, May 18, 2011

Alhamdulillah~

kelas RKUD dah nak mula. Tapi tiba-tiba rasa nak update blog.hehe. macamni lah aku, kalau tiba-tiba rasa nak update, kat mana-mane lah aku update. Tapi kalau dah tak de idea nak tulis , duduk termenung beberapa jam pun tak de entry jugak.

so.. Alhamdulillah..tengahari ni, aku balik kampung. diberi kesempatan, ruang, masa dan wang ringgit untuk balik. walaupun baru 2 minggu tak balik, hati ni dah terlalu rindu nak balik kat pangkuan keluarga. my family means everything for me. lagipun aku nak lawat mak.

minggu depan aku dah start kerja kat Parkson. dalam masa yang sama, mak aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk buat Umrah. jadi, aku rasa inilah peluang nak jumpa mak sebelum dia berangkat. ayah tak berkesempatan nak pergi, Polis ni agak susah kalau bab cuti, hem..tak pe lah..belum rezeki ayah~

nanti sabtu ni mak suruh teman dia pergi kursus umrah, insyallah aku akan belajar macam-macam nanti, untuk aku simpan. tiba masa dan rezeki aku, aku pulak pergi. semoga perjalanan mak, mak cik-makcik dan nenek aku ke tanah suci dirahmati dan dilindungi Allah~

semoga selamat perjalanan pergi dan balik nanti....

P/S: Dr. Ibrahim dah pandang-pandang. aku stop dulu ye. *sape suruh gatal duduk depan sangat

Tuesday, May 17, 2011

cikgu tuisyen

Bulan mac haritu bos lama ade telefon untuk kerja kat tempat tuisyen dia masa cuti ni. tapi, apakan daya aku dah buat keputusan untuk buat short semester. jadi terpaksa tolak. sedih~

bila dah buat short sem ni, terasa bosan jugak. ye lah..kelas ade 6 jam je sehari. aku pon mula cari kerja. cari punya cari, alhamdulillah, dapat jugak kerja kat Parkson. tapi 12 hari je. aku tak kesah pon sebab gaji pon agak besar. tiba-tiba teringat jiran ade tanya haritu pasal tuisyen. aku dah naik segan dah sebenarnya, sebab baru masuk haritu, makcik sebelah ada tanya kami nak buat tuisyen tak. kami cakap ok je. selang sebulan makcik yang lain pulak tanya. tapi masa tu kitorg nak exam, tak dapat aja dalam masa yang terdekat. kali ni dua minggu lepas. mak cik depan rumah pulak yang datang. dia minta tolong ajar anak dia. kali ni memang tak boleh nak tolaklah..yela hati jiran kene lah jaga kan. kalau dah 3 kali kita berjanji tapi tak tunaikan nanti orang dah tak percaya dah. tapi 2 orang kwn serumah aku kt kampung, 2 orang lagi kerja. nampaknya aku lah kene ajar.

tadi, aku pon berani-beranikan diri serbu rumah akak tu. tanya pasal benda ni. student aku ni perempuan form 3, form 1 dengan lelaki darjah 2. aku rasa macam takut je nak bawak masuk rumah, seeloknya aku lah pergi rumah diorang. dah macam cerita zaman laila majnun je. cikgu pergi rumah anak murid ye.aku lah tu. huu~

tapi teringatkan akak-akak yang dulu tu suruhlah akak tu tanyakanlah, mane tahu nak join sekali. tapi alhamdulillah. akak dan abang tu paham dengan keadaan kitorg. mesra. perbincangan tadi pon memang berjalan lancar la. jelas. sebenarnya aku sangat tersentuh dengan akak dan abang ni. nampak mereka ni bersungguh nak yang terbaik untuk anak mereka. mereka cakap mereka sanggup bayar berapa je janji dapat tengok keputusan anak diorg meningkat. tempat tuisyen yang sekarang ni ramai, dia berhenti. ingatkan tak dapat kerja tuisyen kat kampung sekali dapat ajar tuisyen kt sini kan. rezeki. bila lihatkan kesungguhan abang tu, aku rasa semangat nak tolong anak dia. insyallah aku akan cuba yang terbaik. harap-harap aku boleh bantu yang mana aku mampu. yang penting nak tolong anak bangsa sendiri. paling aku tersentuh dengan ayat akak tu

"akak nak tolong tak dapat, pelajaran pon setakat mane je. akak harapkan kamu je ye"- serius aku tersentuh~

chaiyok cikgu mizan!!

(tapi tadi aku dah cakap awal-awal. jangan panggil cikgu. nampak tau. panggil abang.haha)

P/S: benda yang paling lame bincang td pasal bayaran. kitorg betul-betul tak tahu nak letak harga berapa. abg tu suruh ckp je berapa. dia mungkin ingat kitorg malu nak cakap harga. tapi kitorg bukan malu pon. cuma tak tau. last-last aku cakap berapa yang ikhlas.heee~ selesai.

Indahnya zaman kanak-kanak...














sebagai manusia normal, tak pernah lagi ada kes yang lahir-lahir terus bujang atau duda, tak de. setiap orang pasti melalui zaman kanak-kanak. macamtu jugak aku. sebab aku normal.haha.Indahnya bila imbas kembali zaman kanak-kanak. tak perlu fikir pasal duit, study, etc. segalanya memang indah! jom kita 'flash back'..

umur 1 bulan- 2 tahun

tak suka ambil gambar-bkn gila glamer, hehe

bersama moyang aku

bersama pak su-sekarang ni aku uli anak dia pulak.hehe


baru lepas mandi-gambar sebelum2 tu sgt cencored. xperlu ambik patotnya.

ijan atas moto

-mak ak cakap ak jalan tak lah cepat sangat, tapi cakap tu agak cepat. cuma pelat tu pekat sangat (masa tu tak de kamus besta, memangla pelat)
-beberapa bulan aku tinggal kat kampung. ayah bekerja di KL. mak berpantang kat kampung. maklumlah, aku anak sulung. tak de pengalaman, jadi nenek lah banyak bantu mak.
-ada satu peristiwa yang aku tak pernah cerita kat sesiapa pon, masa aku 3 bulan, berlaku puting beliung kat kampung aku, masa semua berlindung kat bilik atas, makcik dan nenek aku terlupa aku masih kt dalam buaian lagi di dapur. bila mereka turun, puting beliung baru je lalu dan telah menerbangkan satu zink. mungkin ajal aku masih belum sampai zink tu jatuh beberapa inci sahaja dari atas kepala aku. mak cik aku kata, zink tu jatuh menegak. Alhamdulillah, aku terselamat.
-pada umur 2 tahun, aku dapat seorang kawan baik yang pertama dalam hidup- adik aku

umur 3 tahun- 5 tahun

aku & ajid- adik a.k.a best friend

kat genting highland dengan muka yang sgt bosan

baru reti senyum masa ambil gambar

-aku memang agak hiperaktif. ade je benda nak cuba buat
- dari kecik ayah dah serapkan nilai-nilai disiplin, kalau tak ikut ape yang disuruh tak pe pun, sebab senang je, tali pinggang/ rotan/ joran/ batang paip (tak boleh pilih) wuhaha
-setiap kali ayah pukul, ayah akan letak ubat malam-malam
-kesimpulannya, aku memang nakal!

sekolah rendah

-zaman ni aku memang paling suka. aku ade kawan yang agak ramai, ade pengaruh, ade pengikut. ahaha.aku suka, aku suka. semua akan ikut ape yang aku cakap, even petang-petang pon aku yang decide nak main ape. sampaikan makcik tingkat aku tu panggil aku bos. aku terima jelah kan2..- tapi bos pon kene rotan kalau balik magrib lewat.heheheheheheehhe
-tapi kat sekolah aku berlainan personaliti. sebab aku pengawas kat sekolah. jadi sebagai pengawas yang berkredibili tinggi, aku pendiam di sekolah. dan akan jadi beruk makrib kalau balik rumah.hehe.
-bila pindah rumah baru, populariti aku makin kurang sebab aku tak banyak main kat bawah. nak UPSR kan. aku jarang-jarang turun. last-last aku jadi biasa-biasa je. hee
-dulu aku penakut *tak boleh cerita lebih-lebih. membuka pekung didada amalan yang tidak bagus.haha

sekolah menengah

-zaman yang aku belajar erti persahabatan, erti kehidupan..e.t.c
-mula mengenal kehidupan
-mula matang sikit..ehehe..

alam universiti
-bila berada di alam ni, baru terasa ada bnyak tanggungjawap yang perlu dipikul.
-kerana bukan senang nak dilahirkan sebagai khalifah....
-sedang mengenali kehidupan dengan lebih dalam kerana cabaran hidup bukan satu, tetapi pelbagai
-sekarang ini mak kata dah boleh cari calon sebab dah nak masuk tahun 3. tapi mak cakap cari je. jangan pandai-pandai nak kapel..huuu~ kejap je kan dah nak cari peneman hidup..macam tak percaya je dah 22 tahun..aku rindu zaman kanak-kanak aku...


P/S 1: sedang menuju alam tua??? tidak..

P/S 2: banyak sangat kenangan masa kecik, cuma nak cerita takut panjang. yang pasti bila teringat pasti kita akan tersenyum sendiri. kan? huhu

Sunday, May 15, 2011

Hari An-Nakba- luka lama yang masih berdarah!




Tahukah anda apakah hari An-Nakba?? itulah saat dimana hati-hati umat islam bagaikan di siat-siat...dan penderitaan saudara kita di palestin bermula

pada hari tersebut , palestin dijajah oleh Israel laknatullah....

'an-nakba' bermaksud malapetaka. hari malapetaka. ya..hari malapetaka.Pada 15 mei 1948, seramai 700,000 penduduk palestin dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri, segala harta benda di rampas, hasil-hasil tanaman dirosakkan sesuka hati, 500 kampung dikosongkan secara paksa, mereka dihalau seperti haiwan, sesiapa yang melawan akan dibunuh sewenang-wenangnya..

Tahun 1948-1949 itu berlaku juga pembersihan etnik (Monzer Zimmo,2010). ini peta asal palestin dan selepas dijajah Israel:-


tekan gambar diatas untuk lebih jelas


bayangkan, dihalau begitu sahaja, tanpa arah tuju, tanpa tempat berteduh. pada masa itu hanya iman dihati menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup. sehingga hari ini hak mereka terus dicabuli, siapakah yang mahu membela mereka? dimana kita??

hanya doa dan wang ringgit boleh dikirim buat masa ini. percayalah suatu hari nanti akan muncul seorang pemimpin yang akan membela nasib mereka. pabila muncul pemimpin itu, kita harus berdiri dibelakang beliau kerana beliau bukan semata-mata membantu membebaskan palestin untuk rakyat palestin, tetapi..........

......PALESTIN KITA......


jangan lupakan hari An-Nakba ini, ingat sampai bila-bila...
ingatlah setiap 15 mei- luka yang masih berdarah!






P/S: tiada satu gambar pembunuhan rakyat palestin pun ditunjukkan semasa hari kejadian. ternyata mereka pandai menyembunyikan bukti..celakalah kamu, zionis..

Thursday, May 12, 2011

kelebihan renang dari sukan lain


berdasarkan hadith:-

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berenang. berdasarkan Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-

-
tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-
dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

penampilan diri? haha..berenang ni sebenarnya membantu orang yang nk bentuk badan dia jugak. sebab berenang memang menggunakan seluruh otot-otot badan. kepala, bahu, pinggang, tangan, kaki. Jadi sememangnya berenang ni unik dari sukan lain. contohnya jogging. biasanya penggunaan otot bahagian bawah paling kerap digunakan, tp untuk renang, bahagian atas pinggang paling banyak digunakan. hingga kepala pon digunakan. banyak kajian menunjukkan yang sukan renang paling menyihatkan. paling kurang risiko untuk dapat kecederaan. dan kadar pembakaran kalori yang sangat tinggi.

dari pengalaman sendiri pon, memang rasa lah ape yang dikatakan tu. kalau nak dibandingkan dengan sukan lain. sukan lain pon penat jugak. tapi penat renang ni lain sikit. sebab kita tak terlalu push otot kita berkerja. tp akan rasa jugak sikit lenguh-lenguh gitu. benda ni normal sebab respirasi anaerobik akan menghasilkan asid laktik. jadi bila asid laktik tu berkumpul kat otot yang berkerja kuat dari biasa. tu yang lenguh. secara peribadi, renang ni memang akan naikkan stamina kita sebab pernafasan yang betul semasa berenang akan buat kita dapat control kepenatan kita. paling aku rasa jelas, ialah pasal hilangkan stress tu. memang best la dalam air tu..entahlaa.. nak cakap pon, kene rasa sendiri baru tahu lah..huhu..

biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian. yep, itu faktor terbesar kan. tapi ade je sekarang pakaian renang muslimah. yang laki boleh je pakai full set (baju renang+ seluar panjang). ikut hati je sebenarnya.
kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa...pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~

P/S: dalam masa seminggu je kalau training 2-3jam sehari dah boleh berenang dah..

Wednesday, May 11, 2011

ATAN & ESAH




Tadi masa makan tengahari kat megamall ada lah seorg hamba Allah rapat kat aku..
dia hulurkan kat aku sekeping kad..aku baca lah..oh..untuk persatuan pekak dan bisu malaysia..patot pon dia tak bercakap bila aku tanya tadi..lepastu dia keluarkan keychain yang sumpah comel....satu keychain rm 6..dua keychain rm10..oklah..ak pon bli dua..sebab ade 2 keychain yg supercomel..tapi sebelumtu aku terbuli dia ..aiseh..maaf lah dik..ak tak de duit kecik..ak suruh dia pecahkan dulu duit tu..wahaha..jahatnya ak buli golongan istimewa..ok..ni dia...(kabur skit gambar)


yang ni aku panggil atan

yang ni aku panggil esah

to amira anora..kita pon ade laaa..haha..

P/S: blogger munira. agak-agak awk nak tak esah ni?. kesian awk, penat buat rama-rama..sy bg yang dah siap jela boleh? sy ni pemalas..wahaha..nanti pelajar-pelajar awak mesti kagum awk ade esah ni kat hp..haaa..nak tak? nak tak? nak tak?