Saturday, February 12, 2011

Workshop Adobe photoshop yg meriangkan~



Hi, assalamualaikum...ni lah poster saya..huu~ biasa2 je kan~

ak dah setahun 'installed' adobe photoshop dalam laptop ni. tp bila tang nak guna tu, masih garu2 kepala lagi..garu2 dengan kaki pulak tu *haih teruk bebenor tu..

Jadi bila kat U ak ni ade kursus untuk photoshop, rasanya macam orang mengantuk disarungkan bantal..ei..ape daa sarungkan..sorongkan daa..ha! pucuk dicita ulam yang mendatang kan2? kalau kat luar tu gerenti-menti mahal..jadi, ak pon tanpa fikir panjang terus daftar untuk ikut workshop ni.

Dari malam tadi ak dah set, ak nak absorb sebanyak-banyaknya ilmu yang ade, pagi-pagi lagi dah tercegat datang. mula-mula tu memang merangkaklah..sebab aku memang takde basic langsung. nak pahamkan tu memang ambil masa juga. tp Alhamdulillah..banyak ak belajar hari ni. terima kasih di ucapkan pada penganjur, terutama pada 'instructor' tu. penjelasan yang di beri tu memang terang dan mudah difahami. maaflah, kadang-kadang tertanya soalan kurang pandai skit, contohnya "err..macamana nak back balik ye, sy terdelete yang td, saya cari butang undo, tak de"..dia pun ajar..'ALT + Z'..oh, gitu..ingt macam word, boleh undo2 ..aiseh..buat malu je..

Di akhir sesi tadi, semua peserta kene design poster berdasarkan maklumat ini sahaja:-


Sciencess family day

Date : 6 MArch 2011
Venue : IIUM field
Time : 8.30am - 1.00pm


Games :

Galah Panjang
Cocunut Bowling
Konda Kondi
and many moore

Registration

ali 0132xxx92
aminah 017cc999


masa orang lain dah start buat. aku masih blur tak tahu nak design macamana..lame juga fikir tu barulah merangkak-rangkak nak buat... semua kene hantar dan setiap poster tu akan dinilai dan diberitahu ape yang kurang. 


pengajar yang baik dan mesra-bro syafiq


 waktu ak tak tahu nak design macamana. main tangkap-tangkap gambar


hasilnya, poster kat atas sekali tu. bila akhir sesi tu bila dia tunjuk semua poster kat depan, huuu bila bandingkan dengan poster yang ade, jauh beza dengan poster ak.rasa terkebelakang je.huhu..tak pelah, lepas ni kene blaja lebih!


P/S: ape-ape pun, tak sangka boleh design poster dah walaupun datang dengan zero.tahniah pada penganjur, pada saya program tu sgt berjaya mencapai matlamatnya. lepas ni harap2 ade workshop untuk edit-edit gambar gune photoshop..tak sabar nak join...:)



6 comments:

Munira Shaari said...

good try.. i think it's better 4 u to use more easy photo editor like photo impact or photoscape (suggesting :) ) enjoy editing!!

Muhammad hamizan bin yusof said...

hehe..thanks 4 the suggestion..but,i find a lot of fun when i dealing with photoshop! hee..i am now exploring more deep on photoshop usage..mungkin satu hari lag ok kot dari poster atas tu..hehehe..

Munira Shaari said...

post la bnyk2 photo yg di editkn huhu

Muhammad hamizan bin yusof said...

hehe..yelaa~ itu mcm perli je..huhu..xnak la post..nnt org kate poyo je..hee~

Munira Shaari said...

mana de perli la..klu nk bkarya dgn photo editing kene poyo sikit huhu :p

Muhammad hamizan bin yusof said...

hehehe..tgklah nanti..kalau benda yg di edit tu cntik bolehla kongsi..hehe..sebab berkeyakinan sikit..huhu